Revolution Two – Tema Profesional Secara Percuma
wordpress October 31st, 2008Sekiranya anda mengikuti perkembangan dunia WordPress, mungkin anda perasan dengan lambakan tema-tema berbayar atau lebih dikenali sebagai Premium Themes di internet ini. Salah seorang pembangun tema berbayar adalah Brian Gardner iaitu pembangun tema Revolution yang memang terkenal sebelum ini.

Tema-tema Percuma Melalui Revolution Two
Sebelum ini, Brian pernah mengumumkan mengenai mereka bakal melancarkan semula laman Revolution dengan pemberian tema percuma bermula November 1. Tetapi, mereka mengambil langkah lebih awal dengan melancarkannya lebih awal. Kini, anda boleh memuat-turun tema-tema professional yang dibangunkan oleh Brian dan rakan-rakan mereka secara percuma.
Melalui Revolution Two, anda boleh memuat-turun tema-tema yang kelihatan lebih professional malah dengan lebih fungsi-fungsi menarik secara percuma tanpa sebarang bayaran. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan bantuan untuk mengubahsuai atau sebarang perkara berkaitan dengan tema yang dimuat-turun, anda boleh mengupah pasukan Revolution Two sendiri, tanpa perlu mencari pihak lain.
Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















November 14th, 2008 at 7:30 am
terima kasih amanz bagi info pasal template ni.tapi saya guna blogger.com.ada tak template pro yg free macam ni gak
April 10th, 2009 at 7:02 am
hye~..
nmpak mcm sengal jek x tau kan..
tp nk tnye gak..
pas dh download zip themes tu, cm ne nk tukar thmes y asal??
’sya budak baru belajar..lau salah tolong tunjukka’