Jom Ubah Pemasangan WordPress ke Kedai Online
wordpress October 11th, 2008Pernahkah anda mencuba untuk menjadikan WordPress sebagai kedai online anda? Jika tidak pernah, maka anda boleh mencubanya sekarang dengan amat mudah. Apa yang anda perlukan adalah hanya tiga perkara sahaja, iaitu pemasangan WordPress, sebuah tema dan juga satu plugin.
![]()
Sama seperti kedai online yang lain, anda boleh membolehkan para pelanggan anda membayar melalui PayPal ataupun Google Checkout melalui penggunaan plugin WP e-Commerce yang mana dibangunkan oleh Instinct. Sama seperti plugin yang lain, anda hanya perlu memuat-naiknya pada folder \wp-content\plugins seterusnya aktifkannya melalui dashboard WordPress anda. Seterusnya anda boleh memasukkan data-data PayPal dan juga Google Checkout melalui panel khasnya di dashboard WordPress anda.
Seterusnya muat-naik tema khas untuk kedai online yang dibina khas oleh King Cart. Ianya diberikan secara percuma sama seperti tema-tema yang lain. Anda hanya perlu memuat-naiknya kedalam \wp-content\themes dan seterunya aktifkannya di dashboard WordPress anda. Sekiranya anda inginkan kelainan, anda mungkin boleh editnya sendiri ataupun mengupah orang untuk mengubahnya mengikut citarasa anda.
Kini, anda boleh menjadikan WordPress anda sebagai kedai online sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan Joomla, tetapi lebih mudah dan senang. Malah kesemua sumbernya adalah percuma. Cubalah hari ini.
Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-
























October 12th, 2008 at 1:26 am
waaa..bagus ni shuth. thanks for the info. saya belum cuba lagi fungsi ini, nanti nak cuba.
October 12th, 2008 at 4:48 am
Satu idea yg menarik.
October 12th, 2008 at 4:15 pm
berita yang menarik nie… tapi saya ni masih ketinggalan dan gagal membangunkan blog dari Wp lagi. Income pun hampeh lagi… Dah beli e-book dekat sebulan, 3-4 kali baca dah pun. tapi, blogspot juga yang jadi pilihan. Kat mana bestnya WP ni? plez info me in private e-mail. Perhatian dan tindakan tuan amat saya hargai… TQ!
October 23rd, 2008 at 11:57 pm
menarik ni…
Aman, adakah cara ini boleh kita jadikan seperti laman ini?
:
- http://demokit.net/
October 24th, 2008 at 8:49 am
terima kasih Amanz.
October 27th, 2008 at 5:34 am
[...] maka anda boleh membangunkan kedai online anda sendiri. Bagaimana untuk bangunkannya, telahpun dibincangkan sebelum ini. Selain itu… anda juga boleh menjalankan perniagaan produk fizikal ini di mana-mana laman [...]
November 10th, 2008 at 6:17 am
yang tu kena buat versi berbayar ler…upah orang buah theme
December 4th, 2008 at 7:18 am
Info yang baik. Saya mula berminat dengan kedaionline setelah melihat niagakit dari team flarebiz. Setelah memilikinya kini timbul hasrat nak belajar membuatnya sendiri. Tapi di mana ya! Sedang mencarinya….