Hati-Hati Sebelum Upgrade WordPress 3.0
wordpress August 13th, 2010
WordPress telah pon masuk ke versi 3.0 dan sebelum anda upgrade ke versi terbaru ini anda mesti berhati-hati. Mungkin ada masalah yang bakal anda hadapi apabila upgrade kepada versi terbaru ini.
Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada saya disini saya senaraikan beberapa masalah yang mungkin berlaku kepada anda :
1. Blog post anda tidak dapat dibaca
2. Selepas publish artikel akan keluar white blank page
3. Keluar error selepas buat komen
Semua masalah ini berkemungkinan terjadi disebabkan oleh template wordpress anda atau plugin yang tidak sesuai dengan version terbaru wordpress.
Kebanyakan plugin wordpress telah pon diupgrade namun bukan semua pemilik plugin tersebut upgrade plugin mereka.
Sebelum upgrade adalah lebih bagus untuk anda membuat backup terlebih dahulu.
Masalah yang disenaraikan tersebut adalah berdasarkan apa yang berlaku kepada saya beberapa hari lepas.
Apa Perlu Dilakukan??
Ok, selepas mencari jawapan digoogle. Apa yang saya lakukan ialah saya disable semua plugin yang ada di blog wordpress saya.
Kemudiannya, saya upgrade mana-mana plugin yang “Upgrade Available”.
Tiada jalan lain yang saya temui, hanya try-n-error satu persatu plugin ‘activate dan deactivate’ untuk mencari masalah yang dihadapi oleh wordpress saya.
Akhirnya, beberapa plugin yang memberi masalah ialah
1. WordPress Super Cache
2. Adrotate
3. Google Sitemaps
Ada juga plugin lain yang tidak berfungsi dengan wordpress versi terbaru ini walau bagaimanapun plugin tersebut tidak memberi apa-apa masalah kepada wordpress saya.
Post ini telah ditulis oleh : mazuki selangor2u.com a.k.a mazuki
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















August 15th, 2010 at 5:14 am
Apa sudah jadi? WordPress tak hantar email notification kalau ada komen terbaru? Borang contact pun dah tak boleh nak hantar email dah.. aduhai tensennya.
August 15th, 2010 at 1:21 pm
maksudnya ada yg tak kena la tu…kena try2 tengok plugin la tu…
August 26th, 2010 at 3:02 pm
mmg btul bro.. mmg ada plugin yg tak boleh pakai.. pening dibuatnye
September 3rd, 2010 at 1:12 am
cuba update dulu plugin2 tersebut….