Baru-baru ini, telah terbit 2 lagi syarikat pengiklanan online dari malaysia, iaitu grabsmyads dan juga nufflets, dan ini menjadikan bilangan syarikat pengiklanan online dari malaysia kini menjadi 4.

Persoalannya.. sejauh manakah syarikat-syarikat ini boleh berkembang? Saya tidak pasti.. hanya masa yang akan menentukan.

Sewaktu kemunculan nuffnang sebagai syarikat pengiklanan online yang pertama dari malaysia, ianya telah membuka seribu satu harapan kepada pemilik-pemilik blog dari malaysia. Terutama sekali blog-blog berbahasa melayu yang sememangnya agak kecewa dengan google adsense.

Kemunculan advertlets, sebagai syarikat pengiklanan online yang kedua dari malaysia, menceriakan lagi harapan pemilik-pemilik blog di malaysia.

Namun begitu, kecerian itu semua semakin pudar baru-baru ini..

Di awal kemunculan advertlets dahulu, ianya kelihatan lebih bersedia dan matang. Strategi pengiklanannya yang dimulakan dengan survey untuk mengenalpasti prospek dari segi jantina, umur dan juga demografi dilihat sebagai satu strategi yang agak baik dan bijak. Perkara ini sudah semestinya akan memberikan kelebihan kepada advertlets untuk menarik pihak “advertiser” dengan lebih mudah, kerana mereka mempunyai maklumat yang lebih tepat mengenai “prospek” & “target market” yang diperlukan oleh pihak advertiser.

Namun begitu, kematangan advertlets kini sedikit tercalar apabila ramai pihak “publisher” yang merungut tidak menerima bayaran mereka. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pihak advertlets ialah mengenai masalah “click fraud” yang terdapat di dalam akaun publisher.

Saya kira, ini sebenarnya adalah satu langkah yang kurang tepat yang telah dilakukan oleh advertlets kerana memperkenalkan kaedah pengiklanan secara CPC. Seperti yang diketahui, sehingga kini, gergasi pengiklanan online dunia.. Google, juga masih lagi tidak dapat menangani sepenuhnya masalah click fraud ini. Jadi, apakah advertlets, sebagai sebuah syarikat yang baru ingin berkembang.. dapat menangani masalah ini?. Pihak advertlets seharusnya menyedari akan hal ini dan bersedia menangani perkara ini sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya… mewujudkan pengiraan “earning” berdasarkan PPC sebenarnya, bermaksud.. mewujudkan 1001 masalah.

Berbeza dengan nuffnang , bayaran pengiklanan adalah berdasarkan “tempoh masa”. Walaupun pengiklanan kaedah ini tidak begitu menghairahkan bagi pihak “advertiser “… tetapi ia mampu menghapuskan “sakit kepala” yang perlu ditanggung oleh nuffnang dengan pihak publisher….. yang sudah semestinya lebih ramai dari pihak “advertiser”.

Satu hakikat yang perlu difahami oleh mana-mana syarikat pengiklanan online ialah..
- sakit kepala dengan advertiser… syarikat anda mungkin rugi.
- sakit kepala dengan publisher (blogger).. syarikat anda mungkin boleh lingkup…

Jesteru itu, syarikat pengiklanan online perlulah bijak menangani serta mengimbangi kedua-dua belah pihak, sama ada advertiser ataupun  publisher.

GrabMyAds & Nufflets pula adalah 2 pemain baru…  Jika nuffnang & advertlets cuba memikat “advertiser” dari syarikat-syarikat besar.  Kedua-dua pemain baru ini pula nampaknya lebih menumpu kepada golongan “advertiser” kecil-kecilan.

GrapbMyAds nampaknya mempunyai konsep pengiklanan yang sedikit menarik bagi advertiser.. namun begitu, dengan rekabentuk web yang kurang profesional dan terdapat broken link sewaktu saya ingin mendaftar sebagai advertiser menyebabkan saya berasa was-was dengan kemampuan sebenar syarikat ini.

Nufflets.. nampaknya menggunakan kaedah CPC, ada harapan pihak nufflets juga akan mengalami sakit kepala yang sama seperti advertlets. Malah ia lebih bahaya lagi kerana ia melibatkan “advertiser” kecil-kecilan yang sudah tentunya lebih “strict” dan lebih berkira dengan bajet mereka.

Apa-apa pun,  saya mengucapkan syabas kepada semua syarikat pengiklanan online di Malaysia ini kerana berani untuk mengorak langkah dan memberikan harapan kepada penulis-penulis blog di Malaysia untuk menjana pendapatan di blog mereka dengan lebih baik lagi.

Diharap entri saya ini dapat diterima dengan terbuka oleh syarikat-syarikat pengiklanan ini dan diambil sebagai satu komen yang membina.

Selamat tahun baru saya ucapkan dan selamat menjadi sebuah syarikat pengiklanan online yang terbaik di Malaysia & Asia.

Yosh

Share and Enjoy This Post:
  • E-mail this story to a friend!
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • TwitThis
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Digg
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl
  • LinkedIn
  • Propeller
  • Reddit
  • Slashdot
  • Spurl
  • Upnews
  • Wikio
  • YahooMyWeb

Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-