Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah?
Uncategorized July 5th, 2007Seringkali ramai yang mempersoalkan.. apakah tujuan anda menulis blog? Adakah kerana minat? Atau semata-mata inginkan duit?
Selalunya.. orang akan menjawap.. saya menulis blog kerana minat! .. walaupun di dalam hati mereka sebenarnya menidak-nidakkan perkara tersebut.
Kalau cakap kerana “duit” nanti.. orang kata materialistik pula!.. Hmm.. nak tak nak.. kenalah cakap kerana minat!… Oh!
Mengapa harus malu mengakui tujuan sebenar anda menulis blog? Salahkah dan hina sangatkah jika tujuan kita menulis blog adalah semata-mata ingin menghasilkan duit?
“Oh! Tak salah.. tetapi.. jika anda menulis blog semata-mata kerana ingin mendapat duit.. kelak anda akan mudah kecewa & blog anda akan dipenuhi dengan info-info yang tidak berkualiti.” .. jelas penulis blog yang menulis blog kerana minat semata-mata..
Oh!.. adakah ini bermaksud.. semua orang yang menulis blog kerana minat semata-mata akan mempunyai motivasi yang tinggi, dan akan selalu mengupdate blog mereka dengan info-info yang berkualiti?…
Maybe yes and maybe not…
Sebenarnya…Â setiap orang mempunyai latar belakang & motivasi yang berbeza-beza..
Sesetengah orang.. memang boleh menulis blog kerana mereka memang minat menulis. (Tak tahu lah sejak bila dia minat menulis? Dulu masa sekolah, bila cikgu bagi kerja sekolah suruh buat karangan asyik tak siap je memanjang).
Tapi.. sesetengah orang pula.. menulis blog kerana mereka memang inginkan duit! Lebih-lebih lagi jika orang yang hidupnya terdesak akibat kesempitan wang.. motivasi mereka kadangkala sebenarnya lebih tinggi daripada orang yang menulis kerana minat.
Mengapa?..kerana mereka mempunyai “tekad” dan “matlamat” untuk menulis blog. Orang yang menulis blog kerana minat biasanya tiada matlamat, mereka menulis hanya untuk suka-suka dan memuaskan nafsu sendiri. Jika rasa nak tulis.. mereka akan tulis, jika rasa tak nak, mereka takkan tulis.. ikut suka hati mereka la.. blog mereka ada pembaca ke takde pembaca ke? Mereka tak kisah… mereka menulis bukan kerana nama, bukan kerana harta(duit), mereka menulis kerana minat!. Jadi, nak peduli apa dengan pembaca2 & orang lain? mereka menulis bukan kerana orang lain, tetapi mereka menulis kerana minat & kepuasan mereka sendiri..
Tetapi, bagi orang yang menulis untuk duit pula, biasanya mereka mempunyai “matlamat”. Mereka bertekad akan menghasilkan duit dengan blog mereka… untuk tujuan itu, mereka perlu update blog mereka hari-hari, mereka perlu berikan info yang berguna, mereka perlu mempromosikan blog mereka dan mereka juag perlu me”monitize”kan blog mereka sebaik mungkin….
Semua perkara tersebut perlu mereka lakukan…. jika tidak.. harapan dan matlamat mereka untuk membuat duit melalui blog tidak akan tercapai!.. Mereka tidak boleh sambil lewa melakukannya, tetapi mereka mesti lakukannya dengan serius dan penuh komitmen.
Jadi..! Apa yang salah dan hinanya menulis blog untuk menghasilkan duit?
Salahnya.. ialah.. orang yang membuat blog semata-mata kerana inginkan duit ini selalunya akan menghasilkan blog-blog sampah (splog)yang banyak! Copy & paste artikel orang lain! Letak iklan sepenuh-penuhnya di dalam blog.. dan tidak lupa.. mengklik iklan adsense mereka sendiri!
Oh!… itu adalah golongan orang yang ingin buat duit dengan blog tetapi “pemalas”… sebenarnya, niat mereka untuk menghasilkan duit dengan blog tidak salah… yang salah adalah “CARA” bagaimana mereka melakukannya!..
Namun begitu, apa yang hampir pasti… orang yang melakukan perkara sebegitu sebenarnya tidak akan berjaya menghasilkan duit pun! Jika berjaya pun, hanyalah untuk jangkamasa pendek sahaja.
Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah… niat menulis blog kerana ingin menghasilkan duit itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang salah & berdosa! Apa yang lebih penting adalah “CARA” bagaimana anda melakukannya…
Tidak kisahlah apa pun niat anda untuk menuils blog, sama ada untuk duit? untuk minat? untuk kepuasan nafsu? untuk menegakkan keadilan? untuk meneroka alam baru? untuk mengikuti trend? untuk mencari jodoh? untuk glamour? untuk membina kredibiliti? dan sebagainya…. yang penting, pastikan anda melakukannya dengan betul!
Hakikatnya! Terdapat banyak lagi tujuan-tujuan lain mengapa seseorang itu menulis blog… ia tidaklah tertakluk kepada dua tujuan sahaja (minat atau duit) !.. tetapi! Ada banyak lagi tujuan-tujuan lain…
Saya sendiri, menulis blog adalah kerana ingin mengikut trend , belajar & meningkatkan ilmu… minat & duit pun ada juga.. tetapi itu adalah perkara no 3 & 4. Dengan itu, tidak kisahlah jika blog saya tidak menghasilkan duit pun .. apa yang lebih penting bagi saya ialah, saya dapat belajar dan meningkatkan lagi ilmu saya di dalam bidang/topik yang saya ketengahkan di dalam blog saya.
P/s:- Saya bukanlah seorang jutawan, tetapi blog MohdSuhaimy.com banyak menceritakan topik2 tentang menjadi jutawan! Mengapa?.. Sebab tujuan saya membuat blog tersebut adalah untuk saya belajar dan menambahkan ilmu saya tentang “ilmu-ilmu kekayaan”… dan ini, serba sedikit menjawap misteri.. mengapa newbie2 yang baru nak menghasilkan duit di internet sekarang ini, sibuk membuat blog pasal “internet marketing/cara-cara membuat duit di internet”..Â
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















July 7th, 2007 at 11:30 am
[...] Tajuk post tersebut adalah Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah? [...]
July 8th, 2007 at 3:34 am
Betul tu shuth…
Rasa2nya tak salah untuk cari duit guna blog nie..
tapi janganlah terlalu mengharap..
saya pun dulu penah juga guna taktik kotor mengklik pada adsense sendiri.. tapi bila pk2 balik memang tak betul tu.. dan betul cakap anda,,saya tak dapat menghasilkan wang yang cukup..
so jadi saya terus cuba menghasilkan post2 dan promosi agar ada insan2 yang sudi menjengah blog… Dan yang penting mendapat rakan2 yang ramai….
July 10th, 2007 at 7:20 am
Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan blogger sekarang nak berblogging kerana duit. Saya pun berblogging kerana duit selain daripada minat ber’social networking.
Sepanjang saya berblogging untuk duit, Bukan senang rupanya untuk mencapai ketahap yang diinginkan. Seperti En. suhaimy kata kena ada matlamat dan bertekad untuk menulis blog dgn info yang baik.
saya suka pada artikel en.suhaimy kali ini, ada pro and cons nya. keep it up!
July 10th, 2007 at 8:00 am
Betul….menulis blog kerana minat adalah tujuan sebenar dan di samping memberi maklumat kepada sesiapa yang melihat.
July 17th, 2007 at 5:36 pm
[...] tetapi adakah ia berbaloi jika hanya menulis blog semata-mata untuk mengejar duit? Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. [...]
July 18th, 2007 at 3:03 am
All in one. Minat untuk belajar, dptkan ilmu, dpt bertukar fikiran, dapat berkongsi, dapat networking, membuat persediaan untuk masa depan ( income )dan macam2 lagi.
Tanpa matlamat, kejayaan tidak ada, tanpa minat juga kejayan tidak mampu kita capai.
Namun begitu…kesungguhan kena ada iaitu kesungguhan utk mencari sebanyak mana maklumat dalam ebiz supaya apa yg diimpikan tercapai. Kena belajar, kena ambil tahu, kena peka….baru boleh berjaya.
Jgn mengharapkan kejayaan dlm masa yg singkat jika tiada ilmu….jadi jika tiada minat, ilmu tidak akan dicari, jika ilmu tidak dicari, matlamat tidak akan tercapai.
Jadi jika ada org cakap berblog kerana minat, sudah pasti blog mereka tidak ada niche. mereka akan tulis apa saja yg mereka rasa nak tulis, mereka buat post bila mereka rasa mereka nak buat dan jika kita berblog amatlah rugi jika hanya berblog untuk saja2 sebab seharusnya disamping minat kita kena rebut peluang perniagaan yg terbentang luas di depan mata. Jangan lepaskan peluang itu.
Mungkin hari ini kita tidak dapat income tp lama2 setelah byk pengalaman yg kita dapat, dengan senang kita dapat memahami konsep dan mengatur strategi.
TQ
July 18th, 2007 at 8:54 am
Betul tu, berblogging kerana duit bukan senang sbb perlu ada kesabaran dan jgn lari dr topik hehe.
July 18th, 2007 at 10:19 pm
Hehe. Sebenarnya ramai tak faham buat duit dengan blog ni. Sampai ada yg kata orang buat duit dengan blog tak ikhlas lah apa lah. Aduss, sedih mentaliti mereka yg tak faham.
Kalau ada orang persoalkan hal ini, bagitahulah jawapan ni:
“Buat duit dengan blog adalah salah satu model bisnes. Kalau kau tak minat, jangan mengada nak menyibuk!”.
Kalau mereka persoalkan blog, kenapa tak persoalkan yg lain2? Itu salah, ini salah. Kononnya mereka baik dan hebat. Dalam membuat satu penilaian, kita mestilah adil. Sebelum kata kita betul, jangan anggap orang lain salah.
Sebelum nak orang lain terima pendapat kita, kita kenalah belajar menerima pendapat orang lain dahulu. Jangan ego dan jangan syok sendiri…
July 24th, 2007 at 9:49 am
Saya mula-mula wat blog utk dijadikan tempat lepaskan tensen.. lama-lama jadi hobi.. pastu tempat mencari rezeki.. huhu..
Tapi masih ramai lagi yang tak nampak potensi blog sebagai medan rezeki.. Kebanyakan terutamanya remaja menjadikan ia sekadar tempat utk mancari hiburan.. Kalau la diorang tau apa yang diorang blh dapat dgn berblog ni.. Pasti ramai yang berlumba-lumba nak wat blog sorang satu, dua, tiga dan seterusnya..
July 25th, 2007 at 9:41 am
Kalau nak buat duit dari internet, jangan fikir hanya dengan berblog saja, banyak lagi sumber-sumber yang lain. Penting juga kita perbesarkan mentality kita.
September 2nd, 2007 at 2:15 pm
Pada pendapat saya tidak salah menggunakan blog untuk menjana pendapatan.Saya gunakan blog untuk sedikit duit dan selebihnya keikhlasan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang sudi
Sekian.Jumpa lagi
October 3rd, 2007 at 12:26 am
Saya berpendapat setiap blogger mempunyai matlamat dan ia seharusnya bertujuan membawa kepada kebaikan kepada semua.
November 12th, 2007 at 4:26 pm
Pada pandangan saya,buat blog atas dasar minat boleh menghasilkan duit. Dan buatlah duit dari minat kamu itu pada blog. Betul tak? Tak betul …… sory,sila betulkan.
December 10th, 2007 at 12:24 pm
Saya setuju dengan tajuk artikel ni. Memang dalam kita menulis blog tak salah untuk menjadikan duit sebagai motivasi dalam kita berblog. Memang duit bukanlah segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit. Dari kita kecil kita belajar sampai masuk universiti pun sebenarnya matlamat akhir kita nak kerja, senang citer kerja tu nak dapat duit lah. Saper yang belajar lama2 tp tak nak duitkan. Satu soalan, saper sini kerja sebab minat semata-mata? Tapi kita kerja untuk kesenangan keluarga kita kan
Sama jugak dalam kita berblog, memang matlamat kita nak hasilkan duit dalam masa yang sama juga kita membantu orang lain buat duit juga melalui blog mereka. Minat cuma membantu serba sedikit dalam kita berblog.
Tapi ini cuma pendapat saya sahaja, kalau anda ada pendapat lain, dialu-alukan.Bye…
April 2nd, 2008 at 6:59 am
boleh dong kasih tahu secret2 lainnya …
May 17th, 2008 at 11:27 am
“Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah?” ……err rasa rasanya ini minda orang melayu shj. if legall tak salah laa.