Blog & Azam Baru!
Uncategorized January 8th, 2009Hari ini , saudah masuk hari kelapan tahun 2009. Percaya atau tidak, ada antara kita yang sudah lupa tentang azam baru yang dibuat pada 1 January lalu… ho!ho!.. Tak mengapalah. Disini, saya ingin berkongsi 5 azam baru yang mungkin anda boleh gunakan di dalam usaha anda menulis blog.
1) Menulis dengan lebih kerap
Jika anda hanya menulis seminggu sekali sahaja sebelum ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda upgrade kekerapan anda menulis keapda 3 kali seminggu. Ini kerana, kekerapan anda menulis blog sebenarnya dapat membantu peningkatan pembaca dan juga kepentingan blog anda “di mata” enjin carian. Enjin carian amat sukakan kandungan website yang sentiasa di kemaskini.
2) Membalas komen yang diterima.
Komen lah yang menjadikan sesebuah blog itu interaktif , “hidup” an berbeza daripada website biasa. Jika anda kurang membalas komen yang anda terima di dalam post anda sebelum ini, cuba tingkatkan kemesraan anda dengan membalas sekurang-kurangnya separuh komen yang diterima. Perkara ini akan membuatkan pembaca-pembaca blog anda merasai diri mereka dihargai. Heh!.. tanpa pembaca.. siapalah blogger?
3) Cuba sesuatu yang baru
Mungkin anda boleh mencuba sesuatu yang baru di dalam blog anda pada tahun ini, seperti, membuat podcast, vlog, mengadakan pertandingan, poll ataupun menjemput orang ramai menjadi “guest blogger” di blog anda. Mana tahu ia akan menjadikan blog anda bertambah menarik? Sekaligus akan meningkatkan bilangan pembaca..
4) Jadikan blog anda lebih menarik & mesra pengguna.
Mungkin, inilah masanya untuk anda mendapatkan theme yang lebih cantik & lebih “mesra pengguna” untuk blog anda. Terdapat banyak theme yang percuma mahupun berbayar di luar sana. Antaranya seperti :-
Hmm… saya pun sedang menimbang-nimbang untuk menukarkan theme blog ini.
5) Bina “network” yang lebih besar
Network/ menjalin hubungan dengan blogger yang lain adalah merupakan salah satu kunci kejayaan penulis blog. Lebih ramai blogger yang anda kenali dan ber”mesra”an, maka lebih ramailah yang akan mengenali diri (blog) anda. Luangkan sedikit masa untuk memahami dan menggunakan “tools” yang ada seperti twitter, jaiku, facebook dan sebagainya. Kesmua alat ini sebenarnya, dapat membantu “tumbesaran” blog anda secara tidak langsung.
Sekian! Selamat tahun baru dan selamat menulis blog!
Yosh!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















January 8th, 2009 at 7:43 am
aku pun baru pas tukar theme blog…hoho
January 8th, 2009 at 2:13 pm
Ye ke aman… Aku dah tengok theme baru ko. So, aku rasa lepas ni sedikit sebanyak akan attract lebih banyak visitor lah sbb ia lebih smart dari yg sebelumnya.
January 9th, 2009 at 2:33 pm
slow la blog ni loading time tenet slow ni…
host kat US ye shuth?
January 10th, 2009 at 10:30 am
bulan lepas blog ini memang slow sikit sebab masalah cable undersea tu, tapi start minggu nie dah ok.. dah laju…
tapi tak tahu lah kalau anda bukaak masih slow. Mungkin internet conection anda slow kot? ho! ho!
January 10th, 2009 at 1:55 pm
akum suth,terima kasih kerana menerbitkan buku rahsia blogger,saya da beli dah..isinya menarik dan senang difahami,tahniah!!cuma satu jer takder ,u tak citer pun pasal clickbank..kenapa yer??
January 11th, 2009 at 11:46 am
Salam zairul, terima kasih kerana sudi mendapatkan buku rahsia blogger.
Buku rahsiablogger tu saya tulis pada awal 2007. Pada masa tu clickbank masih lagi “ban” malaysia dan tidak membenarkan rakyat malaysia mendaftar di dalam laman web mereka. Disebabkan hal itulah, saya tidak memasukkan clickbank di dalam buku tersebut.
January 12th, 2009 at 5:40 am
blog dan azam baru…sy bru je siap blog..
tngh blaja2 menulis kt blog..harap dpt tunjuk ajar dari shuth dan otai2 sume yer…
January 13th, 2009 at 8:32 am
Azam baru..
Betul la.. Mula2 jer berkobar2.. Mcm saifulsham.com ada sound n video comment..
Aku try wat 3 kali seminggu.. Themes pun baru tukaq..
Mula dgn ebay.. Wah… Xsabaq nak financial freedom nie..
May 12th, 2009 at 2:43 am
salam shuth,selepas 4 bulan saya berjinak-jinak dengan blog baru ni kali pertama saya menemui shuth,dan nak cuba mengenali anda lebih dekat sebagai orang berpengelaman dan sudah berjaya dalam bidang oline ni ,mulai pagi tadi saya mula membaca post anda yang lepas,lepas tu, dan sudah lihat vidio,cuma ebook je belum saya lihat lagi insya allah saya akan cari dan baca.
September 6th, 2009 at 8:18 am
Azam bru da lupe da.. huhu