Favourite Icon kadangkala memang nampak remeh dan bukanlah sesuatu yang penting dan ia seringkali diletakkan sebagai “to-do-list” yang terakhir sekali di dalam kita menghasilkan blog.

Tapi secara sedar atau tidak.. favicon sebenarnya boleh membantu di dalam pembinaaan “branding” blog @ website anda.. lihat sahaja web-web yang besar.. seperti hostgator, namecheap, google, yahoo, alexa, amazon dan lain-lain.. kesemuanya mempunyai favicon bagi website mereka.

Jadi, usah ketinggalan menggunakan favicon sebagai salah satu teknik “branding development”blog anda.. (lihat diatas.. rahsiablogger kini sudah ada “ikon kegemaran” yang sempoi!!)

Ok.. untuk membuat favicon.. berikut adalah langkah-langkahnya.

Bahan-bahannya..

1 - sebuah grafik kecil yang brukuran 16×16 px ber”extension”kan dot .ico 

Macam mana nak buat fail format .ico? Bagi pengguna Adobe Photoshop, anda perlu download terlebih dahulu plugin khas yang membolehkan sesuatu fail di “save”kan sebagai format”windows icon (.ico)”. Anda boleh dapatkan plugin tersebut secara percuma tersebut disini>

>> Install Plug-in di Photoshop

Lepas dah download, install plugin tersebut. Bagaimana nak install? Mudah sahaja!. Hanya perlu copy & paste kan fail yang bernama “ICOFormat.8bi” tersebut ke dalam folder “File Format” program photoshop anda (Contohnya : C:\Program Files\Adobe\Photoshop CS\Plug-Ins\File Formats )

>> Reka “ikon kegemaran” anda di photoshop

Buka program photoshop anda. , Create New File dengan ukuran 64×64 px untuk buat design… (bila dah siap design nanti, barulah di resizekan kepada 16×16px).

favicon new

>> Setelah siap merekabentuk favicon anda, resize keapda 16×16 px dan “save” kan ia dengan nama “favicon” dan pilih format “ICO (Windows Icon)”.

>> selepas siap, upload ke dalam main folder blog @ website anda

2. tambahkan Kod Berikut di header blog anda. 

<link rel="shortcut icon" href="/favicon.ico" type="image/x-icon" />

Pastikan anda “copy” kod diatas dan  “paste”kan ia kedalam koding header blog anda. Letakkan ia diantara tag <head>…  “letak kod tu kat sini”… </head>. Untuk blog wordpress , kod tersebut biasanya terdapat di dalam fail template anda yang bernama “Main Index” .

Lepas edit, save… tadaaa! siaplah sudah ikon kegemaran anda!

Jangan lupa mencuba..!

Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-