Wujudkan Blog Untuk Perniagaan Anda!
Asas Blog, Tips Blog April 24th, 2008Suatu masa dulu, proses pemasaran untuk sesebuah perniagaan lebih banyak menggunakan kaedah pemasaran secara satu hala, iaitu mesej dihantar dari syarikat kepada pelanggan. Mesej-mesej pemasaran dari syarikat ini banyak disampaikan menerusi televisyen, radio, surat khabar, majalah, brochure, poster, bunting dan sebagainya. Semua medium ini hanyalah medium sehala… dimana, matlamatnya adalah “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh”.
Kemudian, wujud pula internet.. dimana.. matlamat “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh” menjadi lebih murah dan berkesan. Jika dulu (TV, majalah, suratkhabar dan sebagainya) hanya boleh mencapai golongan setempat (contohnya macam TV kat malaysia..mestilah orang kat malaysia je yang tengok kan?).. tetapi di internet, batas geografi itu dapat dihapuskan. Dengan internet (website), mesej pemasaran (iklan) dapat disampaikan diseluruh dunia.. ianya tidak terhad hanya kepada sesuatu tempat sahaja (sepertimana yang mampu dilakukan oleh suratkhabar dan majalah, kalau di malaysia, hanya orang di Malaysia sahajalah yang nampak iklan anda). Tetapi, menerusi internet, seluruh dunia boleh melihat iklan anda (kini anda sudah dapat melihat sedikit kuasa pengiklanan secara online).
Tetapi itu dulu.. kini, blog lebih sesuai digunakan sebagai alat pemasaran berbanding website. Ini kerana, dengan blog.. sesebuah perniagaan itu boleh berkomunikasi dengan pelanggan mereka dan ini mewujudkan satu kaedah pemasaran secara 2 hala.. itu lebih “cool” bukan?
Dengan kaedah pemasaran 2 hala ini.. perniagan dan pelanggan akan dapat lebih memahami antara satu sama lain. Perniagaan boleh memahami apa kehendak pelangan, dan pelangan dapat mengetahui dengan terperinci apakah kelebihan dan kehebatan produk keluaran syarikat .
Ini sekaligus.. dapat meningkatkan jualan produk syarikat dan juga dapat mengurangkan kos pemasaran syarikat.
Jadi.. usah berlengah lagi.. bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


April 27th, 2008 at 9:55 pm
Post yang menarik. Aku ada beberapa blog yang diwujudkan untuk beberapa purpose.
May 4th, 2008 at 5:04 am
Saya bersetuju dgn apa yg diutarakan oleh saudara Mohd Suhaimy, saya sendiri banyak belajar dari beliau dan buku² serta ebook yang dikarang serta diterbitkan oleh beliau.
Thanx coz’ banyak membantu saya selama ini. Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa saudara.
May 21st, 2008 at 3:06 pm
Saya sudah beli buku Rahsia Blogger minggu lepas.
Memang amat berguna dan ringkas!!!
Lepas membaca buku Rahsia Blogger, terus saya memblog:
http://www.advertlet.blogspot.com
July 2nd, 2008 at 2:07 am
bukan itu saja dengan blog juga boleh diupdatekan content mengikut masa dan kesesuaian dan prospek juga boleh berkominikasi diruangan komen untuk memberikan respon