Menulis blog menjadi kegemaran ramai. Setiap hari, ada sahaja blog baru dicipta. Terdapat juga beberapa orang yang mempunyai lebih dari satu blog. Tetapi persoalan sekarang ialah samaada blog anda mendapat pengunjung ataupun tidak. Jika blog anda tiada pengunjung, maka usaha anda adalah sia-sia.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda. Kebiasannya, kita disarankan untuk menggunakan signature di forum dan emel, berkunjung ke blog-blog kawan dan sebagainya. Di sini saya akan berkongsi beberapa cara lain yang tidak berapa digunakan oleh blogger Malaysia, tetapi agak berkesan untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh menggunakan laman-laman video seperti YouTube atau Metacafe untuk mendapatkan pengunjung. Terdapat beberapa laman yang menawarkan muat turun video klip secara percuma. Anda boleh muat turun video berkenaan dan edit dengan meletakkan URL blog anda di atas video klip berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh melihatnya disini. Para penonton yang terhibur dengan video anda, akan mengambil inisiatif untuk membuka URL yang terdapat pada video berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh menyertai dua laman Malaysia yang sedang meningkat popularitinya, iaitu Digg Malaysia dan Fakapster. Untuk menggunakan servis Digg Malaysia, anda perlu melawat laman berkenaan dan menulis mengenai artikel terbaru di blog anda. Perkara ini perlu dilakukan setiap kali anda menulis artikel baru di blog anda. Tetapi, Fakapster merupakan servis ping, dimana laman itu akan diberitahu secara automatik setiap kali anda menulis artikel di blog anda. Anda cuma perlu menambah sedikit kod di blog anda.

Selamat mencuba!

Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-