Twitter.. blog micro?
Tips Blog August 12th, 2008
Twit.. twit..
Kebelakangan ini, agak heboh juga orang bercerita pasal twitter (www.twitter.com), apakabendanya twitter ini sebenarnya? Minggu lepas saya cuba luangkan masa sehari untuk belajar , explore dan memahami apakah sebenarnya twitter ini.
Setelah diteliti… ini hasil yang saya perolehi mengenai Twitter.
Twitter ini sebenarnya tidak banyak beza dengan blog. Ianya adalah sebuah website penyedia blog seperti blogger. Apa yang beza dan uniknya mengenai twitter ini ialah :-
- Setiap post yang dihantar hanya boleh sepanjang 140 huruf sahaja , sebab itu ia dipanggail sebagai “micro blogging”
- Selain boleh menghantar post menerusi web, anda juga boleh menghantar post menerusi sms (mobile phone) , instant messaging (gTalk, MSN)
- Tiada option untuk “comment”
Satu persoalan yang timbul, “Kalau dah ada blog, kenapa nak buat twitter lagi? Macam buang masa je!”…
Ya! itulah persoalan yang pertama muncul di fikiran saya apabila mengetahui “apa itu twitter”, tetapi apabila difikir-fikirkan semula… ia sebenarnya bergantung bagaimana kita mahu menggunakannya.
Saya telah mendaftar dan menggunakan twitter di blog saya MohdSuhaimy.com , saya rasa, ianya sesuatu yang menarik. Ini kerana, saya agak jarang berkesempatan untuk mengupdate blog saya dengan entry yang panjang-panjang. Oleh itu, dengan adanya twitter, saya boleh menghantar “Mesej pendek” di blog saya, mengenai apa yang saya sedang lakukan sekarang. Dengan cara itu, saya rasa, ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa kecewa pelawat-pelawat blog saya apabila mereka tiba di blog saya, dan kemudian mendapati, tiada post baru yang dimasukkan. Tapi dengan adanya twitter , dapat lah juga mereka tahu sikit-sikit.. apalah yang si mohdsuhaimy nie sedang buat sekarang?
Selain itu, saya juga telah mendaftarkan satu lagi twitter untuk sempoihosting. Paparan mesej twitter tersebut, saya letakkan di bahagian “Berita Terkini” , ini sekaligus memudahkan saya untuk menyampaikan berita-berita terkini mengenai sempoihosting kepada pelanggan dan pelawat. Kadang-kala, server sempoihosting mengalami kegagalan dan “down” untuk sementara waktu. Sewaktu down itu pula, sudah tentunya web sempoihosting juga tidak dapat dibuka. Oleh itu, ia agak sukar sedikit untuk saya memberitahu pelanggan-pelanggan saya mengenai berita tersebut. Tetapi dengan twitter, saya berharap, berita mengenai server yang sedang “down” untuk sementara waktu dapat disampaikan. Dengan syarat, mereka mestilah menjadi follower kepada twitter sempoihosting.
Jadi, semuanya terpulang kepada anda, bagaimana anda mahu menggunakannya. Ataupun hanya membiarkan sahaja ia berlalu tanpa perlu ambil tahu kerana merasakan ianya tidak begitu relevan untuk anda pada waktu ini.
Apa-apa pun, bagi saya, masih ada banyak lagi potensi yang ada pada Twitter yang boleh dibongkari.
Selamt mencuba!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


August 13th, 2008 at 1:38 am
Thanks for sharing bro shuth.. Kepada otai-2 nie antara peluang untuk bagi hot news secepat mungkin kepada pelawat blog.. Bagi yang baru..?
Apa pun kena explore sendiri untuk belajar dan ketahui lebih lanjut la.. 
August 14th, 2008 at 1:25 am
OOooOO..1st time dgr psl twitter ni ..like blog jugak ..thanks for sharing
August 14th, 2008 at 12:41 pm
pada pandangan sy, ia bagus kpd blogger2 yg sudah mempunyai nama dlm perniagaan internet…
September 2nd, 2008 at 1:34 am
jadi twitter ni takde kelebihan sgt lah ye?
September 6th, 2008 at 4:59 am
ehm…sy first time wat blog..jd,ad2 la kt http://www.dinreality.blogspot.com..bg komen membina ok…
September 11th, 2008 at 2:40 pm
[...] / shuth Sedikit maklumat berkenaan twitter : RahsiaBlogger.com Blog Archive Twitter.. blog micro? [...]
September 11th, 2008 at 11:37 pm
sebab tu aku suka guna twitter nih. Simple dan bagi aku dia macam feed gak.
September 19th, 2008 at 6:42 am
pos tentang twitter menarik,
lagipun pos ni dpt mmberi maklumat tentang twitter,
saya sbenarnya dah ada twitter tp tak masuk kan dlm web saya,
terima kasih
October 10th, 2008 at 4:29 pm
[...] sebelum ini, Shuth ada menulis mengenai Twitter, hari ini saya memperkenalkan servis yang sama seperti Twitter daripada Google, iaitu Jaiku. Sama [...]
October 25th, 2008 at 4:45 am
[...] yang kita tahu dan beberapa post sebelum ini telah banyak menceritakan Apakah itu Twitter [...]