Tulis apa yang anda minat…
Lawak Rileks, Tips Blog October 29th, 2007Saya kira, nasihat ini sudah menjadi terlalu “klise”. Ramai orang yang berjaya akan menasihatkan anda “Buat apa yang anda suka dan duit akan datang kepada anda”..
Benarkah?
Dalam bidang penulisan blog.. kita akan sering mendengar orang memberikan nasihat yang berbunyi..“Tulislah blog tentang sesuatu topik yang anda minat.. ia akan membantu anda mengekalkan semangat untuk menulis disamping dapat membantu anda dari kekurangan idea untuk menulis blog.. dan kemudian, duit akan datang kepada anda.”
Nasihat ini memang baik, tetapi bagi saya ia masih belum mencukupi..
Ramai orang yang membuat apa yang mereka suka tetapi wang tetap tidak datang kepada mereka. Penyanyi, pelakon, pelukis komik, mat rempit, pengumpul dvd, posmen (jangan memain! ada tau orang yang suka menjadi posmen) , penulis sajak dan sebagainya.
Begitu juga dengan penulis blog, anda boleh menulis tentang perkara yang anda minati seperti tentang kucing, moto, kereta, iphone, nasi lemak, rahsia tahi lalat dan sebagainya…Â dan wang akan datang kepada anda… err.. betul ke?
Betul! tapi tidak mencukupi…
Satu perkara yang perlu anda lakukan selain “menulis apa yang anda minat”… anda juga perlulah tahu meng”komersial”kannya.. barulah “duit akan terbang melayang” kepada anda.
Jika hanya minat melukis tapi tidak pernah menjualkan hasil lukisannya.. duit takkan datang
Jika hanya minat merempit tapi tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lumba motor.. duit takkan datang
Jika hanya minat menulis blog tetapi tidak bijak me”monetize”kannya.. susah juga duit nak datang..
Monetize =Â mendapatkan hasil berupa wang menerusinya
Macam mana nak “monetize” kan blog anda? Silalah dapatkan buku “Rahsia Blogger” di pasaran sekarang… ho! ho! ho!..
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















October 29th, 2007 at 6:58 am
[...] rahsiablogger.com placed an observative post today on Tulis apa yang anda minat…Here’s a quick excerpt [...]
November 1st, 2007 at 12:44 pm
huhu, ending dia tu yg tak boleh terima tu
haha..great post bro shuth
November 3rd, 2007 at 5:58 pm
Wow! Tips yang useful ..
Benar, saya melalui keduanya. Dari minat yang dicommercializekan, maka timbullah pendapatan..
Bila ni dah berlaku, duit bagaikan dah tak penting lagi, janji nak kejar keseronokan menulis di blog dan mengongsikannya dengan komuniti pembaca.
- Shueqry -
November 5th, 2007 at 10:04 pm
Menyelam sambil minum air (Tulis blog sambil dapat duit)
Berminat nak beli buku rahsia blogger, dengar cerita harga dah naik lepas 31 okt 2007 betul ke?
December 2nd, 2007 at 5:30 am
Hi semua.
ya, saya sangat setuju dengan frasa ‘jika kita lakukan apa yang kita minat, pasti dapat membuahkan hasil’. it is so truth to be truth. seperti antara kata COACH Azizi Ali, “Tiada cara untuk hidup, melainkan lakukan perkara apa yang kita minat”. saya amat setuju akan hal ini.
tetapi (sesuatu perkara baik, pasti ada tetapinya…heheh…), dengan syarat, anda perlu belajar. ya, belajar. belajar dengan cara yang betul akan hal ini. sebagai panduan, dapatkan dua buku COACH Azizi, ‘Jutawan Ekstrem’ dan ‘Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda’.
ah-ha! saya adalah hasilan buku hebat ‘rahsia blogger’ ni! saya amat puas hati! jangan kisah jika harganya dinaikkan kerana ia amat berbaloi! i meant it! kalau diberi peluang untuk melakukan testimoni oleh Sifu Shuth, saya amat berbesar hati (emmm, hati sebenar saya, kecik kot… heheh…)
PS: tip kali ini dalam formula matematik is ‘minat + komersil = pendapatan’. ya tak, Sifu Shuth?
PSS: saya juga ada post akan hal berkaitan dengan isu kali ini di blog sementara saya. check it out…
PSSS: guys and girls! kalau benar bahawa harga buku ‘rahsia blogger’ akan dinaikkan kelak, dapatkannya sementara harga masih normal! (saya belinya dengan harga lebih murah – melalui blog ini!)
= http://www.AzamWahid.wordpress.com =