Tips Meningkatkan Komen Di Blog!
Tips Blog July 10th, 2007Satu perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penulis-penulis blog untuk mengembirakan serta memotivasikan diri mereka agar terus bersemangat untuk menulis blog ialah melihat & membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat di blog mereka.
Tanpa komen.. penulis akan berasa sedih.
Tanpa komen.. penuils akan lemah sangat untuk menulis.
Tanpa komen juga.. kadang-kala boleh membuatkan penulis berasa murung selama beberapa hari.
Untuk menggembirakan hati, kadangkala, ada juga penulis blog yang menghantar komen di blog mereka sendiri dengan menyamar sebagai orang lain.. (sehingga hari ini, saya tak pernah lagi buat perkara ini.. mungkin boleh gunakan trick ini suatu hari nanti… ho! ho! ho!)
Ok!… hari ini saya akan bagi anda 2 tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda.
Satu cara yang paling mudah.. “Minta sahaja mereka meninggalkan komen!”….
Kadang-kala, anda perlu bersikap jujur dan berterus-terang. Sama seperti jika anda menyukai & meminati seseorang gadis/jejaka. Anda perlu berterus terang dan katakan padanya yang anda amat menyukainya… memang kadangkala ia agak sedikit janggal & memalukan.. tetapi, apa salahnya?.. Kadangkala.. ia amat berbaloi untuk dilakukan.
Begitu juga dengan pembaca-pembaca blog anda, sesetengah daripada mereka, kadangkala perlu di “beritahu” untuk melakukan sesuatu. jadi, tidak ada salahnya anda beritahu sahaja mereka agar meninggalkan komen di blog anda, dan percaya tau tidak… mereka akan buat.
Ayat-ayat seperti berikut mungkin sesuai untuk mengarahkan pembaca anda meninggalkan komen di blog anda ..
” Apa pandangan anda untuk topik kali ini?”
“Saya ingin mendengar pendapat anda pula berkenaan hal ini, sila nyatakan di ruangan komen”
” Harap anda dapat kongsikan pengelaman anda pula..”
dan sebagainya…
Tips kedua untuk “Meningkatkan Komen Di Blog! ” ialah.. Tinggalkan komen anda terlebih dahulu di blog orang lain.
Ini adalah sama seperti prinsip menderma… jika anda inginkan wang.. anda kena derma wang anda terlebih dahulu kepada orang lain. Jika anda inginkan senyuman pula, anda perlulah terlebih dahulu memberi senyuman anda kepada orang lain.
Begitu juga dengan komen di blog. Jika anda inginkan komen di blog anda, anda perlulah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog orang lain terlebih dahulu!
Perkara ini sama seperti aktiviti “menderma” , jadi ia memang sukar sedikit dijelaskan secara saintifik.. jika anda tidak percaya…. silalah cuba… insyallah mujarab!
Untuk itu, apa kata anda mulakan amalan “memberi komen terlebih dahulu ini” di blog ini?.. ho! ho!
Selamt ber”komen”…
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



July 11th, 2007 at 6:57 am
Lagi satu tip. kasi orang yang komen boleh taruh iklan sekali mesti ramai yang nak komen punya.
July 11th, 2007 at 9:51 am
Ohhh….macam tu ya , patut laa blog MHariz kurang orang komen , nanti MHariz praktiskan . Ni tinggal komen kat sini kita praktisla juga yee. Jangan lupa pula lawatilah http://www.mhariz.com dan tinggal lah komen dari otai IM Malaya Shuth.
July 17th, 2007 at 5:39 pm
wahahaaa… komen seiring dengan iklan kaaa? begitu sekali yer…. nanti laaa gua komen banyak2…
July 19th, 2007 at 2:34 am
[...] Oh ya, bagaimana pulak dengan komen diblog anda? Sudah tentu anda mahukan komen-komen yang bernas juga dari pelawat di luar sana. Maka inilah yang perlu anda lakukan. [...]
July 19th, 2007 at 8:18 am
Kebelakangan ni asyik busy dan sekarang baru nak mengorak langkah untuk mengomen diblog orang plak… anyway ni tips yg menarik untuk dilakukan… semuga bertambah trafik
July 19th, 2007 at 1:31 pm
ngam sekali tu kalau buat macam tu.Saya pun sebenarnya suka memberikan komen.Komen itu bererti berbincang , mungkin hampir sama seperti ruangan forum.Jadi orang boleh baca komen.Lagi best daripada forum.i tink so.
August 14th, 2007 at 9:35 am
artikal yang menarik…saya ingin tanya pendapat…saya mempunyai blog tentang komputer dan internet…patutkan pelawat perlu register sebelum komen?saya setkan perlu registr untuk komen.apa pandanga kawan-kawan
September 26th, 2007 at 11:19 am
Ya betul…kita perlu derma komen sebelum kita didermakan oleh org lain..hehe
September 29th, 2007 at 12:36 am
Ho!Ho
memang ada terasa seperti yang dikatakan jika tiada komen,
InysaAllah akan ku cuba tingkatkan lagi dalam blogging ni.
September 30th, 2007 at 3:23 am
Assalamualaikum,saya ni baru je nak berjinak-jinak dengan ruangan blog ni…so saya harap saudara saudari sekalian sanggup membantu saya dengan rela hati….
October 2nd, 2007 at 8:56 am
Emm, boleh tolong saya tak, saya nak tahu cam mana nak buat HTML tag untuk bahagian komen.?
October 16th, 2007 at 6:10 am
bagaimana nak meningkat trafik? Saya masih lagi baru di internet,
December 10th, 2007 at 12:14 pm
Satu artikel yang menarik. Thanks pd saudara shuth memberikan tips ni. Kalau tak pening kepala, macammana nak ajak orang bg komen kat blog. Saya akan aplikasikan secepat mungkin
December 11th, 2007 at 10:09 am
Saya rasa SHUTH kalau kita tak letak shout box, lagi ramai orang tulis dalam komen. tak percaya cuba SHUTH letak shout box, komen akan jadi kurang… Walaupun shoutbox tu adalah tempat orang tulis komen juga, tapi ia tak kekal… hilang. Tak macam tulis komen dalam artikel macam ni
April 24th, 2008 at 3:45 pm
[...] kadang kita perlu juga merangsang pembaca kita agar meninggalkan komen untuk memulakan perbincangan. Bila kita mendapat komen, teruskan bersama mereka dengan menjawab [...]