Tajuk Power
Blog Trafik, Tips Blog February 28th, 2007Satu perkara yang ramai penulis blog seringkali abaikan ialah mengenai meletakkan tajuk yang “POWER” bagi post mereka. Teknik menggunakan tajuk yang power sebenarnya mampu menarik lebih banyak pembaca blog untuk membaca blog anda.
Penggunaan tajuk yang power bagi setiap post anda ini amat kritikal sekiranya anda menggunakan..
1) Fungsi “Headline Animator” dari feedburner sebagai signature anda di forum-forum
2) Menyenaraikan blog anda di bloglah.org atau mana-mana digg website
Selain itu, tajuk power juga serba sedikit akan mempengaruhi dan menarik subcriber RSS anda untuk membaca post anda. Jangan ingat, jika orang sudah subscribe blog anda, maka mereka akan baca kesemua post tulisan anda. Saya sendiri sudah subscribe hampir 30 blog di internet… dan terus-terang.. kadangkala.. saya tak terlarat untuk membaca semuanya. Jadi, untuk itu, saya akan melihat terlebih dahulu tajuk-tajuk yang terdapat di dalam list RSS reader saya.. jika dirasakan menarik.. barulah saya akan klik dan baca.
Dan.. satu perkara lagi… saya sememangnya lebih suka jika saya dapat membaca keseluruhan post tersebut di RSS reader saya. Jika hanya separuh ataupun hanya sekadar ringkasan.. kena tunggu saya betul-betul lapang baru saya akan lawat website blogger tadi untuk membaca post yang penuh. Itupun kalau saya ingat la.. kalau terlupa? Mintak maaf banyak-banyak….
Jadi.. jangan kedekut-kedekut untuk memberikan full posting pada subscriber RSS anda.
. Tidak perlu risau mengenai orang tidak melawat blog anda. Perlu diingat, anda menulis blog adalah untuk dibaca oleh orang ramai.. bukannya untuk dilawat..
dengan memberikan full post di dalam feeder RSS anda, ia sebenarnya akan dapat menarik lebih ramai pembaca setia dan juga sekaligus dapat menjimatkan bandwith website anda.
Apa-apa pun.. tajuk mesti POWER! Yosh!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


February 28th, 2007 at 1:18 pm
Kadang-kadangada yang mengambil kesempatan dengan tajuk-tajuk yang agak “panas…” selalunya tajuk macam nilah diaorang suka baca dulu.
Itu atas daya kreativiti masing-masin, tapi awas kalau selalu buat orang dah tau blog anda mungkin akan jarang dilawati…
Pendapat saya…anda??
March 1st, 2007 at 5:40 am
macam kata Farid,tajuk tu jgn kerap sangat dibuat-buat ‘panas’nya,nanti lama-lama orang jemu…

March 1st, 2007 at 3:55 pm
Shuth, saya nak tanya satu soalan.
Sebenarnya saya ni tradisional sikit. Tak cepat nak adapt dengan sesuatu teknologi. Saya baru menggunakan dan faham dengan fungsi RSS Reader. Dia membolehkan kita tahu post2 terbaru yang diupdate di sesebuah blog.
Persoalan saya, Feed Reader apa yang paling bagus dan macam mana Shuth menggunakannya.
Macam saya, saya letakkan sebagai salah satu Bar di Firefox (ganti ruangan News), jadi kalau saya nak tahu, blog tu ada post baru atau tak saya klik sahaja dan tajuk2 post di blog tu akan keluar mengikut urutan.
Disamping menggunakan funsgi My Clips pada GMail.
Betulke cara yang saya buat ni? Shuth buat macam mana?
Yang buat saya tertanya2 lagi, kalau macam tu, apa fungsi online Feedreader mcm My Yahoo then?
Hehe…banyak pulak soalan. Tapi soalan last, ada tak cara lain untuk buat mcm apa yang saya buat supaya saya boleh monitor lebih banyak feed sekaligus? (sekarang ni muat 8 feed je kat bar. Mcm mana nak muat 30 feed mcm Shuth)
Thanks
Sabri
March 2nd, 2007 at 2:34 am
Wah… panjang nie kalo nak jawap soklan sabri nie..
Takper.. nanti saya buat entry khas untuk menjawap soklan sabri nie.. sabar yer.
May 21st, 2007 at 10:47 pm
bagus info kali ni…thanks
June 24th, 2008 at 7:30 am
tajuk kena power , isi pun kena power gak