Subscription RSS melalui Email
Tips Blog, Tutorial Blog November 14th, 2007Salah satu cara untuk meningkatkan bilangan RSS subscriber anda ialah dengan menawarkan perkhidmatan subscriber melalui email. Paad mulanya saya tidak percaya, tetapi apabila melihat sendiri kesannya.. saya mengakuinya.
Pada mulanya, saya hanya meletakkan “ikon” butang subscribe RSS sahaja di blog saya (mohdsuhaimy.com) , tetapi apabila saya meletakkan fungsi subsribe RSS melalui email, subscriber RSS saya meningkat hampir 20%. Pada mulanya, saya agak terkejut…. mengapa perkara ini boleh berlaku?…
Tetapi selepas beberapa seketika.. barulah saya faham… sebenarnya.. “ramai orang tak tahu apa itu RSS, apatah lagi menggunakan RSS reader…. ho! ho!.. apa yang mereka terrer guna.. ialah email ! “..
Jadi.. apabila ada fungsi “post-post baru akan dihantar terus ke email mereka”.. maka, ia menjadi satu pilihan yang sungguh menghairahkan buat mereka.
Antara tools yang boleh anda gunakan untuk membolehkan post-post di blog anda dihantarkan terus ke email pelanggan-pelanggan RSS anda adalah seperti
========================
Tutorial Buat Email Subscription
========================
Bagaimana nak buat kotak subscription email seperti di sebelah? Mudah sahaja..
1. Login ke dalam akaun feedbuner anda. (kalau takde lagi.. boleh register percuma sahaja)
2. Klik pada akaun blog anda, cari tab “Publicize >> Email Subscriptions”
3. Copy & paste kod yang disediakan ke bahagian sidebar blog anda.
Siap!.. ho! ho!.. maaf kerana tutorial yang disediakan terlalu ringkas.. nanti kalau sempat saya akan buat tutorial ber”video”.
Thanks.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


November 14th, 2007 at 1:50 pm
Betul tu saya setuju… heran juga saya pasal apa la blog ni tak ramai pembaca tapi sekarang nampak semakin bertambah… tahniah.
November 16th, 2007 at 8:46 am
slmt pagi,
memang masih ramai yang masih tak tahu apa tu RSS…
mcm saya, saya pun lebih suka buka email…
bila buka email, semua ada dalam tu…
kan lebih senang…
tak payah buka banyak2 program…
han
November 21st, 2007 at 4:15 pm
Ehm..aku prefer dengan feedblitz dengan feedburner. Dua2 aku pakai. Senang sket.
November 23rd, 2007 at 11:43 am
thanks bro shuth, panduan yang cukup berguna. Memang ini yang saya perlukan. thanks.
November 27th, 2007 at 4:49 am
Thanks, Shuth sebenarnya ramai yang tak tahu benda ni, saya sendiri pun buat tak kisah je, tetapi apabila ada beberapa subscriber bertanyakan tentang hal ini terasa rugi lak kalau tak buat …….jadi info ini amat berguna.
November 28th, 2007 at 6:30 pm
Hi semua.
saya Azam, AzamWahid. (ceh, macam James Bond perkenal nama pun ada) saya baru dalam blog ni. jadi, kalau ada apa-apa, baik buruk atau sebaliknya, tolong tunjuk-tunjukkan ya.
hahaha… Sifu Shuth, antara yang meningkatkan 20% tu adalah saya juga. wah, tak sangka, begitu mudah saya mendapat sebarang kemaskini daripada MohdSuhaimy.com sejak melangganinya.
seperti kebanyakan mereka yang lain, saya terlebih dahulu buka emel dulu. kekadang, kalau masa agak ‘cemburu’, tak sempat nak buka blog-blog ‘wanted’ saya. dengan melaggani RSS melalui emel ni, ia menjadi lebih mudah!
thanks Sifu Shuth. dan pastinya, kepada mastermind RSS ni (ntah sapa la tu ya…)
= AzamWahid@yahoo.com =
November 29th, 2007 at 5:23 pm
Inilah salah satu cara nak dapat traffic. RSS dan subsribe. MUnkin ramai yang tak tahu agaknya..
December 9th, 2007 at 3:18 pm
Terima kasih pada saudara shuth yang menunjukkan cara untuk buat rss melalui emel.Baru lah mudah untuk saya aplikasikan di blog saya..Sebelum ni mungkin ramai tidak tahu apa itu rss, tapi kalau letak emel memang senang utk yg tak tahu fungsi RSS
August 1st, 2008 at 12:53 am
[...] Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana hendak membuat “kotak subscribe RSS menerusi email” seperti yang terdapat di bahagian menu sebelah kanan blog ini. (Ala.. kotak yang tulis “Sila masukkan email anda dibawah jika inginkan post-post terbaru dihantar terus ke email anda.” tuu) . Percaya atau tidak, kaedah subscribe RSS terus ke email, adalah lebih berkesan untuk blog-blog yang mensasarkan rakyat M…. [...]