Promosi Berbayar.. perlukah?
Tips Blog October 26th, 2007Satu pertanyaan yang pernah diajukan kepada saya ialah.. “Perlukah saya mempromosikan blog saya dengan promosi berbayar seperti membeli banner, text-link ataupun menggunakan google adword?”
Sebenarnya ia bergantung kepada tujuan serta jenis-jenis blogger..
Sesetengah blogger.. gilakan “glamour”.. (ini kes yang gagal ujibakat AF) jadi mereka tidak kisah membelanjakan seberapa banyak wang pun untuk mempromosikan blog mereka.. yang penting! blog mereka akan menjadi terkenal dengan cepat… mereka tak peduli sama ada blog mereka akan menghasilkan wang atau tidak.. mereka cuma mahukan populariti..
Sesetengah blogger.. ber”otak biz”.. agak berhati-hati jika ingin membeli iklan untuk mempromosikan blog mereka.. semua perbelanjaan pengiklanan, akan dikira dengan teliti agar ia selari dengan pulangan keuntungan yang dihasilkan menerusi blog tersebut (Mesti ada kira2 ROI orang kata).
Sesetengah blogger.. menulis blog hanya untuk suka-suka & cuba-cuba sahaja.. kalau ada rezeki hasil menulis blog ini..alhamdulilah.. kalau tak ada.. takperlah.. boleh cuba benda lain pula.. ho! ho!.. blogger yang seperti ini memang lebih sesuai menggunakan teknik promosi yang percuma sahaja..
Jadi terpulang kepada anda… untuk apa anda mengeluarkan wang untuk promosi blog anda? Untuk populariti? untuk branding? untuk hasilkan lebih banyak keuntungan? atau tiada tujuan yang tertentu sebab duit dah banyak sangat dan tak tahu nak buat apa? oh!…
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















October 27th, 2007 at 1:37 am
Kalau saya pula,saya lebih suka promosi blog secara berbayar.Sebabnya ialah:
senang dan cepat
Tentang bab keuntungan tu…saya anggap menulis blog hanyalah sebagai hobi sahaja.
Terima kasih.
October 27th, 2007 at 8:10 am
untuk populariti, ermm. baik untuk branding, kendian populariti tu akan datang sendiri..huhuhu ^_^
October 27th, 2007 at 12:49 pm
hehee…cakap pasal roi, iklan im myth kat wc saya letak tu tak cover cost pun, oh! maybe sebab letak lewat atau banner tu sendiri tak ckup uhm..
October 28th, 2007 at 1:35 pm
saya pun suka gak yang berbayar. leh glamer skit,hehe
November 9th, 2007 at 9:29 am
Kalau kita iklankan website atau blog yang baru pada website yang PR nye tinggi.. cepat skit website atau blog kita di index. Tapi skang ni dengar cite google nak penalized orang yang beli link… Hmmm taktau la.