Pindah Blog..
Tips Blog July 12th, 2007Seringkali.. mereka yang baru ingin memiliki blog akan menggunakan perkhidmatan blog-blog yang percuma seperti blogger.com & wordpress.com. Perkara ini bagi saya memang tidak ada salahnya. Selain ia dapat membantu newbie membiasakan diri dengan penggunaan blog, ia juga dapat menjimatkan kos.
Namun begitu, apabila lama-kelamaan menuils blog, mereka selalunya akan mula menyedari beberapa kekurangan menggunakan perkhidmatan blog yang percuma seperti tidak boleh meletakkan iklan google adsense (contohnya wordpress.com) , tidak boleh menambah plug-in yang best & cool disamping menangung risiko blog mereka akan di terminate secara tiba-tiba.
Pada waktu itu, mereka akan mula sedar & merasakan mereka perlu berpindah kepada blog yang di”host”kan sendiri dengan nama domain dot com sendiri yang sememangnya lebih “cooooool”.
Namun begitu.. satu persoalan yang timbul! Perlukah mereka memulakan semula blog mereka from zero?… Adusss…Â sayangnya… dah banyak entri yang dihasilkan, takkan nak tinggalkan macam tu je?
Oh! Jangan risau… sebenarnya, anda boleh memindahkan entry-entry di blog lama anda ke dalam blog yang baru.
Caranya? Mudah sahaja…Â sebelum itu, kaedah ini hanya boleh digunakan jika blog baru anda menggunakan perisian dari wordpress.org sahaja.
Untuk memindahkan entry-entry dari blog lama anda, anda hanya perlu login ke dalam blog yang baru.. kemudian klik pada menu “Manage >> Import“. Dan anda, sudah boleh mula mengimport entry-entry lama anda..

Anda hanya perlu pilih sahaja platform blog yang anda gunakan untuk blog lama anda dan ikuti langkah seterusnya.. Setelah selesai, dalam sekelip mata. Blog baru anda akan dipenuhi dengan entry-entry dari blog yang lama..
Sudah tentunya, tarikh2nya juga akan mengikuti tarikh2 daripada blog yang lama..
Sekian untuk tips kali ini.. selamat berpindah!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-
- No related posts


July 14th, 2007 at 6:04 am
Info yang amat berguna….pernah terfikir juga sebelum ni macamanalah kalau kena pindah ke blog baru…..Thank a lot guys.
July 20th, 2007 at 5:52 pm
Terima kasih amanz atas info ini.
Sy berjaya pidah dari blogspot ke wordpress. Harap ada tips2 yg lain.
TQ Bro.
July 20th, 2007 at 6:04 pm
Sdr Amanz, boleh bagi tips bagaimana nak menukar theme yg tiada di dlm wordpress sy.
Contohnya jika sy ingin mengunakan theme spt blog sdr, bagaimana cara utk menukarnya.
TQ in advance.
July 21st, 2007 at 1:23 pm
Terima kasih pada otai2 blog coz bagi info.boleh komenkan blog saya tak.saya ni baru je start buat blog.terika kasih daun keladi.
July 22nd, 2007 at 1:58 pm
hoho…
Shuth, cara ini memang mudah, tapi saya rasa ada kelemahan. Ada tak cara lain Shuth?
Kebetulan baru-baru ini saya transferkan blog seorang customer, guna cara ini hanya post2 sehingga Jun tahun lepas je dapat dipindahkan.
Lepas tu, saya guna import melalui RSS feeds, dapat sampai bulan May 2007. Baki 2 bulan ni saya sendiri dah blank mcm mana nak dapatkan.
Sabri
p/s: Yang paling senang adalah guna blog berbayar sendiri dari awal..
July 29th, 2007 at 8:32 am
halo saudara, saya salah satu blogger dari indonesia, saya masih hijau di dunia blog ini, saya sedang membangun page rank untuk blog saya, bisakah kita bertukar link
blog anda telah saya link sebelumnya dengan nama “rahasia blogger ”
jika anda berkenan silahkan link blog saya
title : tips blog
url : htp://ilhamsaibi-blog.blogspot.com
terima kasih
August 22nd, 2007 at 7:08 am
Shuth, PR pun ikut sama x?
August 29th, 2007 at 7:30 pm
cool..btw..PR dh tk penting pn..yg penting how to create loyal visitors..tue plg utama..search engine blh dimanipulate..tetapi kesetiaan org terhdp blog kite perlu kerja yg sangat keras..
September 15th, 2007 at 7:01 am
Kenapa blog ni dah lama tak update? Saya suka sangat blog ni!
Update le cepat-cepat ye………
July 9th, 2008 at 8:57 am
bro,
Apa bezanya blogger.com & wordpress.com. Mana satu is recommended for the beginner? Kalau saya dah ada blog sendiri di blogger.com, perlu ke saya register with wordpress.com and boleh ke import info2 dr blog lama saya??