Pemilihan Nama Domain part 2
Tips Blog December 15th, 2007Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya kembali lagi dengan tip pemilihan nama domain part 2. Sekali lagi ingin dingatkan jangan sekali-kali memandang remeh pemilihan nama domain untuk blog anda sama ada anda menggunakan blog berbayar atau percuma. Baiklah pernahkah anda melawat blog ini http://blog.shoesview.net ? Baiklah jika anda belum melawatinya apa kata anda agak blog tersebut akan membincangkan tentang apa yer?
Ya betul! Sudah tentu tentang kasut sebab nama domainya terdapat perkataan “Shoes”. Ok tip kali ini ialah pilih nama domain yang ada kaitan dengan niche yang anda pilih. Kenapa? Ini supaya pelawat tidak terasa tertipu dengan domain anda. Saya juga akan terasa tertipu bila saya melawati blog yang mempunya nama domain yang mengandungi perkataan “computer” tetapi pemiliknya menulis tentang bunga. Apa yang pasti pemilik blog tersebut akan kehilangan ramai pelawat dek kerana kesilapan memilih nama domain. Pelawat akan terus meninggalkan blog anda kerana mereka akan terasa tertipu dan sudah tentu akan mencaci laman web anda
Contohnya jika anda ingin membuat blog tentang cara-cara membuat nasi lemak. Pilihlah nama domain yang mengandungi perkataan berkataan “nasilemak” seperti www.nasilemak.com, www.nasilemakbest.com dan sebagainya. Pemilihan nama domain sebegini juga akan membantu anda dalam mencapai ranking yang terbaik di search engine. Jika anda search di Google atau Yahoo dengan keyword “Nasi Lemak” sudah tentu blog yang menggunakan domain www.nasilemak.com akan berada di rangking yang teratas.
Itulah tip pemilihan domain untuk kali ini dan diharap dapat membantu anda untuk memantapkan blog masing-masing. So di bawah adalah point-point penting untuk memilih domain:
1) Pastikan nama domain anda simple dan funky.
2) Pastikan nama domain anda mudah diingati.
3) Pastikan nama domain anda tidak terlalu panjang.
4) Pastikan nama domain anda berkaitan dengan content blog yang anda ingin tulis.
Ok tunggu apa lagi dapatkan domain yang simple dan funky segera di www.sempoihosting.com. Cepat jangan tunggu lagi!
sekian.
Post ini telah ditulis oleh : Adly Mukhtar a.k.a labanon
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















December 15th, 2007 at 5:20 pm
[...] untuk membaca 2 tip yang saya tulis untuk RahsiaBlogger.com iaitu Pemilihan nama domain part 1 dan Pemilihan nama domain part 2 Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and [...]
November 30th, 2008 at 7:53 am
tip menarik…
shoesview macam kenal je gayanya
bro punya kan?
ke tidak…