Pemilihan Nama Domain part 1
Tips Blog December 14th, 2007Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wah, sudah lama saya tidak membuat post disini kerana sibuk dengan exam dan sekarang saya sudah free untuk sentiasa membuat post di sini. Baiklah saya ingin berkongsi dengan satu tips penting untuk anda memantapkan blog masing-masing. Dah ready?
Ramai yang acuh tak acuh dalam memilih nama domain dan ada pula yang memandang remeh pemilihan nama domain. Saya ingin tegaskan di sini! Pemilihan nama domain ( walaupun anda menggunakan blog percuma ) adalah amat penting kerana ia akan bertindak sebagai salah satu faktor yang menarik pelawat ke blog anda. Tidak percaya? Baiklah contohnya anda membeli domain www.namadomainyangmemangsedap.com dan www.hebat.com. Apabila anda melakukan promosi dan ramai pelawat akan memasuki kedua-dua blog anda di atas. Cuba anda agak laman antara kedua-dua blog di atas, laman blog manakah yang akan dilayari oleh pelawat yang sama berulang-ulang kali?
Sudah tentu blog www.hebat.com kerana pelawat akan mudah untuk mengingati domain yang simple dan mempunyai makna! Ya, jika anda juga seorang pelawat yang melawat kedua-dua blog di atas, sudah tentu anda akan melayari semula www.hebat.com kerana anda akan ingat nama domain tersebut. Lihat sahaja domain Yahoo, Google dan Amazon. Mereka menggunakan nama domain yang simple dan funky supaya pelawat mudah untuk mengingati nama domain mereka dan pelawat akan terus melawat web mereka.
Samalah dalam konsep blog. Jika nama domain anda simple dan funky sudah tentu pelawat akan terus melayari blog tersebut walaupun mereka tidak bookmark blog anda. Oleh itu, bagi yang baru hendak buat blog pastikan anda memilih blog yang simple dan funky.
Sekian.
p/s: Tunggu tip pemilihan nama domain part 2
Post ini telah ditulis oleh : Adly Mukhtar a.k.a labanon
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















December 14th, 2007 at 2:00 am
Assalamualaikum SHUTH,
Terima kasih di atas info anda yang best itu. Jemput datang blog. Saya baru tulis sesuatu tentang SHUTH dan Farid serta buku RAHSIA BLOGGER…. tolong tinggalkan komen..
December 14th, 2007 at 2:43 am
W’salam dr. azwan… post yang ini ditulis oleh adik adly a.k.a labanon sebenarnya…
saya dah visit blog dr.. terima kasih banyak2 saya ucapkan.
December 14th, 2007 at 4:24 pm
Akum, mintak tanya rahsia sikit, theme yang saya nak guna tu tulisan dia warna kelabu , macam mana saya nak tukar kepada warna hitam , ini sudah pasti melibatkan CSS tapi saya tak tahu nak tukar kat mana . Tolong lah dedahkan rahsia macam mana nak tukar font dan tukar warna text tu jadi hitam supaya senang di baca. Terima kasih kerana sudi mendedahkan rahsia ni…. sudi kan……
December 15th, 2007 at 5:19 pm
[...] Anda juga dialu-alukan untuk membaca 2 tip yang saya tulis untuk RahsiaBlogger.com iaitu Pemilihan nama domain part 1 dan Pemilihan nama domain part 2 Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking [...]
January 14th, 2008 at 2:27 pm
tips yg bagus…harap dapat berkongsi tips dan pengalaman dalam biz… Ym syaq838
November 30th, 2008 at 7:49 am
macam nama domain tu dah dipilih orang?