Pemeriksaan Duplikasi Artikel
Asas Blog, Tips Blog December 1st, 2008alam bertemu,
Keunikan artikel semasa penulisan didalam blog amat dititik beratkan kerana keunikan artikel ini membantu untuk SEO.
Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk kita memeriksa sama ada artikel yang kita buat terdapat duplikasi atau dengan kata lain sama dengan artikel orang lain.
Pemeriksaan duplikasi ini amat dititik berat kan terutamanya penggiat-penggiat adsense. Jadi saya berkongsi teknik untuk menentukan sama ada artikel kita unik atau pon tidak.
Pemeriksaan Duplikasi Menggunakan CopyScape
Laman web copyscape digunakan oleh penulis-penulis di internet untuk membuat pemeriksaan sama ada penulisan mereka di ciplak oleh orang lain. Jika anda seorang pensyarah, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk melihat hasil kerja pelajar anda sama ada meniru bulat-bulat dari internet atau pun tidak.
CopyScape dot com menyediakan perkhidmatan berbayar dan percuma. Semestinya yang percuma la yang kita mahukan.
Namun begitu, perkhidmatan percuma yang diberikan sedikit menyusahkan kerja kepada kita kerana kita perlu publishkan artikel kita terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh memeriksa sama ada artikel yang kita tulis tersebut duplicate atau pun tidak.
Sila Ke lama web http://copyscape.com.
Jadi jika anda ada copy artikel dari internet tanpa memberi kredit kepada penulis asal dan anda ingin mendakwa kononnya anda menulis artikel itu sendiri, anda silap! kerana semuanya dapat dikesan.
Jadi jangan kita melakukan perkara tidak beretika sebegitu.
Post ini telah ditulis oleh : Mazuki Selangor2u a.k.a mazuki
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















December 1st, 2008 at 6:49 pm
mmmm…tapi kalau idea nak buat artikel tue sama cam ner?
ekjas ayat dalam tuelah…hehehe
December 2nd, 2008 at 12:06 am
Memang dapat dikesan…
Tapi sama dengan mybloglog…
December 2nd, 2008 at 6:52 am
mybloglog camne plak ek?? tak explore lagi nie..
December 2nd, 2008 at 3:16 pm
yealah..camner tue?
December 3rd, 2008 at 1:54 am
@Alif
idea untuk untuk buat artikel sama tidak ada masalah cuma anda perlu bersaing la web/blog yang dah stabil kalau keyword yang kita gunakan tu keyword yang dah tepu….
Tetapi kalau kita masih menggunakan ayat/content yang unik google still akan index blog kita….
Contoh lain yang saya faham bagaimana kalau kita menggunakan PLR artikel dah tak ubah artikel tu..maksudnya artikel kita kompem duplikasi…
Jadi kalau duplikasi baca ayat mat saleh kat baawah ni:
December 6th, 2008 at 11:14 am
Lepas ni senanglah lec nk kenalpasti student dia meniru ke tak? Hehe…