Menukar Template Blog @ Blogger.com
Tips Blog, Tutorial Blog September 26th, 2007Ok! Hari ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana anda boleh menukarkan skin @ template blog anda di blogger.com , dari template yang “tipikal” kepada paparan template yang lebih “stylo”.
Terdapat beberapa laman web yang menyediakan template blogger.com secara percuma antaranya ialah seperti :-
- http://www.geckoandfly.com/blogspot-templates/
- http://www.blogskins.com/
- http://blogger-templates.blogspot.com/
- http://www.bloggertemplates.org/
- http://blogspottemplates.blogspot.com/
- http://www.finalsense.com/services/blog_templates/
- http://www.blogcrowds.com/resources/blogger_template.php
Untuk blogger.com, templatenya terdapat dalam 2 jenis format, iaitu :-
- Format Html – template versi lama atau disebut juga versi classic
- Format XML – template versi baru
Untuk menukar template blogger anda dengan menggunakan format XML, terdapat 4 langkah yang perlu anda lakukan.
1. Download dan “save” ke dalam komputer anda mana-mana template format XML yang anda berkenan dari mana-mana website yang menyediakan template percuma.

2. Login ke dalam control panel akaun blogger anda dan klik pada bahagian “template @ layout> edit html”

3. Cari template yang anda telah save di dalam komputer ana tadi, dan kemudiannya tekan butang “upload”

atau.. anda boleh “select all & copy” semua aturcara XML yang terdapat di dalam fail xml tadi dan “paste” kan aturcaa tersebut ke dalam ruangan “EditTemplate”.. dan kemudiannya, tekan butang “Save Template”.
4. Tadaaaaaa!!! Siap! Kini jika anda buka blog anda.. ia sudah pun berwajah baru!..
Selamat mencuba!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















September 26th, 2007 at 7:50 am
Memang tips yang paling berguna untuk blogger baru seperti saya sebagai satu langkah permulaan untuk memperbaiki lagi blog.
September 29th, 2007 at 12:43 am
Ye tapi da terlambat sebab sekarang da pakai blog dot com sendiri
thank keran sudi berkongsi
October 21st, 2007 at 12:47 pm
bagaimana nak publish menggunakan ftp
November 2nd, 2007 at 10:20 am
sy msh belum berjaya menukarkan skin blog sy tu….akhirnya dia jd tunggang langgang…lastly sy amik je skin yg ada dlm templete tu….huhuhu…bl lh dpt tkr skin yg cun2 tu….
November 27th, 2007 at 12:25 pm
ermm…info yang bagus nih. thanks
December 15th, 2007 at 7:53 am
di tempat saya pun banyak template-template baru. sila kunjung balik ke template-godown
August 24th, 2008 at 1:44 pm
askom! semua, saya ni pun baru juga. Tungang langang juga skrin tu.Maklumlah Budak baru.Tapi nak tanya sikit ler. cam mana nak upload gambaq kita? fening… fening. thanks
December 15th, 2008 at 4:22 am
salam!!sy penguna baru!!1st sy buat mmg tunggang langgang..last2 mintak kawan sy yg buatkan..huhuhu..
sy pilih skin dia tolong edit semua..susahlah nak tukar g classic templete..urgh!!