Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang baik. Saya pun heran kenapa ramai di antara kita yang kering idea untuk menulis blog walhal setiap benda dalam dunia ini boleh ditulis dari sudut yang berbeza. ( Sebenarnya saya sendiri pun kering idea untuk menulis di blog ini Ha Ha Ha!). Baiklah saya akan berikan beberapa tips yang saya sering gunakan ketika berblogging. Saya akan kongsikan 3 tip bagaimana untuk anda mendapat idea untuk menulis di blog.

1) Sentiasa lawati blog orang lain.

Baiklah dengan melawati blog-blog orang lain juga anda dapat menyedut idea mereka dan satukan dalam satu post. Kebiasaanya post begini akan banyaklah link-link ke blog lain. Contoh terbaru anda boleh tengok rakan kita yang menggunakan teknik ini di sini. Oh saya tak kata beliau kering idea cuma mungkin beliau amat suka menggunakan idea ini.

2) Guna video di You Tube

Haa.. ni satu lagi tip menarik di mana anda akan dapat mempuat post tanpa perlu menulis sepatah perkataan pun( tidak termasuk perkataan di title). Anda hanya perlu copy dan paste html code dari You Tube ke blog anda. Teknik ini banyak digunakan oleh blogger sekarang. Kalau blogger tahun 90an dulu tak guna lagi teknik ni muahaha!

3) Buat review tentang berita terbaru.

Hoho.. ini juga merupakan teknik yang digunakan oleh ramai blogger hatta mereka adalah problogger. Teknik ini cukup popular! Buat review tentang perkara terbaru.. anda boleh dapatkan berita terbaru di Yahoo! News, Google News dan sebagainya. Anda hanya perlu hurai berita terbaru tersebut mengikut pandangan anda sendiri. Erk.. jangan copy dan paste kerana nanti anda akan di marahi Pak Cik Google kerana duplicate content.

Itu sahajalah celoteh saya pada hari ini. Harap ia amat berguna kepada anda!

Share and Enjoy This Post:
  • E-mail this story to a friend!
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • TwitThis
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Digg
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Furl
  • LinkedIn
  • Propeller
  • Reddit
  • Slashdot
  • Spurl
  • Upnews
  • Wikio
  • YahooMyWeb

Post ini telah ditulis oleh : Adly Mukhtar a.k.a labanon

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-