Dapatkan Nama Domain Sendiri Untuk Blog Anda!
Tips Blog, Tutorial Blog July 2nd, 2007Memiliki nama domain sendiri untuk blog memang sesuatu yang “coooool”. Contohnya, mohdsuhaimy.com pastinya lebih menarik dari mohdsuhaimy.blogspot.com.
Selain mudah di ingat dan ditaip (sebab lebih pendek), ia juga akan menaikkan kredibiliti blog anda sebagai sebuah blog yang profesional (walaupun hakikatnya anda bukanlah seorang blogger professional).
Tetapi, masih ramai yang salah anggap, bahawa, untuk memiliki nama domain sendiri bagi blog, mereka pelu mempunyai webhosting dan memasang blog tersebut di server webhosting mereka sendiri. Bagi mereka yang masih newbie dalam perihal blog ini, sudah pastinya perkara tersebut merupakan sesuatu yang melecehkan dan boleh melemahkan semangat.
Tetapi!.. Tahukah anda? Blogger.com kini , membenarkan anda menggunakan nama domain anda sendiri bagi blog-blog percuma yang dihostkan di blogger.com
Kini anda boleh menggantikan URL blog anda yang panjang di blogspot (http://rahsia-blogger.blogspot.com) kepada nama domain dot com anda sendiri seperti www.rahsiablogger.com sahaja.
Ya! Saya tahu ramai yang sudah tahu perkara ini.. tetapi… hakikatnya, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukannya! Maksud saya.. “Macam mana nak setup nama domain tersebut supaya “mahsyuuk” dengan blog di blogspot?”
Usah risau, pada kali ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana men”setup” nama domain anda sendiri di blogger.com.
Langkah Pertama : Dapatkan nama domain pilihan anda sendiri. Promo skit: anda boleh mendapatkan nama domain anda dengan harga serendah RM35 setahun di sempoihosting.com
Langkah Kedua : Setelah mendapat nama domain anda, anda perlu setting CNAME rekod bagi nama domain anda kepada ghs.google.com
Setiap pihak pendaftar mempunyai cara yang berbeza-beza untuk men”setting” CNAME Records ini. Jadi, sya tidak dapat nak ceritakan detail tentang step ini. Apa yang penting, login ke dalam control panel nama domain anda dan cari setting yang bernama”CNAME”.
Promo lagi : Jika di sempoihosting.com , anda tidak perlu risau, mereka akan bantu anda setkan cname rekod tersebut. Just beritahu mereka yang anda nak gunakan domain tersebut untuk blog anda di blogger.com dan mereka akan setiing cname tersebut untuk anda.
Langkah Ketiga : Setting nama domain tersebut di blogspot anda pula.
Caranya.. login kedalam akaun blogger anda, klik pada Setting >> Publishing

Cari perkataan seperti gambarajah dibawah dan klik pada perkataan “Custom Domain”

Kemudian paparan seperti dibawah akan dipaparkan.

Apalagi? Masukkan nama domain yang anda baru beli tadi dan tekan butang save. Tadaaa!! Siap!.. kini anda boleh mula mempromosikan nama domain berbayar bagi blog anda. Mudah bukan?
Jadi.. bagi yang masih menggunakan URL blogspot yang panjang itu, cepat-cepatlah dapatkan nama domain dot com anda sendiri. Barulah nampak “coool” dan profesional.
Oklah! Sekian sahaja tutorial & tips untuk kali ini… insyallah kita akan bertemu lagi di posting yang lain.
Wassalam.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















July 17th, 2007 at 4:14 am
Salam bro, mcm mana pulak dgn wordpress? bleh ke nama blog.wordpress tu ditukar ke blog.com?
July 17th, 2007 at 8:57 am
Oh.. wordpress tidak boleh. Kalau nak tukar kena dapatkan hosting berbayar.
July 19th, 2007 at 12:39 am
macam mana jika kita gunakan domain gratis macam CO.NR, atau .TK atau CO.TC?
dapat kah blog kita jadi 2 domain? misalkan punya saya :pajrina.blogspot.com
saya ganti jadi pajrin.co.nr
bagaimana jika orang mau menuliskan pajrina.blogspot.com, masihkah blog saya di temukan?
salam bloger newbe from indonesia
September 26th, 2007 at 12:01 am
saya nak tanyalah macam mana kita nak tukar templat blog kita?saya try dia tak tersusun la.boleh post tutorial dia tak?
December 7th, 2007 at 4:40 pm
Em, nak tanya la. Cakap la sekarang saya dah ada blog kat wordpress, yang free punya. Pastu saya nak upgrade, kira nak yang ada hosting la. Bolehkan? Kire xde la .wordpress lagi. Kalau boleh, bole x brader shuth tunjukkan cara-cara betul nak buat? Thank you.
May 4th, 2008 at 2:42 am
Saya mengunakan klnet hosting dan mengunakan cpanel. Dimanakah saya boleh dapt CNAME bagi domain saya di Cpanel?