Jika anda mempunyai lebih dari satu blog, maka bolehlah anda menggunakan teknik ini untuk saling mempromosikan blog anda. Dengan teknik cross marketing ini, anda boleh menarik trafik dari blog A anda ke blog B anda, dan begitu lah juga sebaliknya.

Ada beberapa cara untuk anda melakukan cross marketing ini, cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan link/banner blog B anda, di blog A. Saya kira sudah biasa anda lakukan, jadi tidak lah perlu saya celoteh panjang lebar mengenainya.

Cara kedua ialah dengan membuat beberapa posting khas di blog A anda yang menceritakan tentang blog B milik anda. Mungkin anda boleh menulis tentang beberapa keistimewaan dan kehebatan blog B anda, atau pun, hanya sekadar pengumuman ringkas tentang kewujudan blog B anda untuk makluman kepada pelawat-pelawat blog A anda.  Seperti yang pernah saya lakukan disini.

Cara ketiga, cara yang advanced sedikit, ialah dengan memaparkan tajuk dan sedikit ringkasan entry-entry terbaru blog B anda di dalam blog A. Contohnya, seperti apa yang saya lakukan di blog mohdsuhaimy.com, dimana, saya meletakkan sedikit ringkasan beserta tajuk-tajuk post terbaru yang terdapat di blog rahsiablogger.com ini.

sisi.gif

Anda boleh melakukan kaedah ini dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh feedburner.com. Untuk membolehkan anda memaparkan kandungan blog B di blog A anda, anda boleh pergi ke bahagian “Publicize >> BuzzBoost” . Hanya perlu copy code yang disediakan, dan pastekan ia di bahagian blog anda yang sesuai.

publicize feedburner
(klik untuk melihat imej yg lebih jelas)

Ok! Itu sahaja untuk tips kali ini.. Selamat Mencuba!!

Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-