Blog yang cantik, menarik , tertarik dan KEBABOOM!
Tips Blog February 24th, 2007Sering kali ramai yang bertanyakan saya macam mana nak dapatkan blog yang cantik dan menarik? Mudah sahaja! Berikut antara beberapa tips untuk men”da bomb”kan blog anda:
1. Template yang sesuai dengan content. Kalau niche blog anda adalah mengenai kucing, pastikan template anda ada unsur-unsur ke”kucing”an. Mungkin anda boleh letakkan 1-2 ekor gambar kucing yang gebu-gebu sebagai header di blog anda.
2. Font serta saiz yang sesuai dan mudah untuk dibaca mengikut kesesuaian content anda. Jangan terlalu kecil atau besar, biarlah sedap mata membaca. Kebiasaannya, saiz 10-12. Juga, jangan selalu mengubah saiz font, ini akan membosankan pelawat anda.
4. Jangan letakkan terlalu banyak link dalam content. Nanti pelawat anda akan feedup untuk buka link yang terlalu banyak. Seeloknya letakkan aje 1 atau maksimum pun 2.
5. Jika ada modal sikit bolehlah upah designer untuk buat blog yang customize.
So…jika rakan-rakan lain ada idea lain untuk memastikan blog kita cantik dan menarik bolehlah kongsi bersama.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Farid a.k.a farid
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















February 24th, 2007 at 8:45 am
1. Jangan letakkan terlalu banyak warna untuk blog,nanti akan nampak seperti blog picisan.
2. Jangan copy & paste content dari sumber lain.Itu kecantikan yang selalu di abaikan.
3. Menulis dengan bahasa yang mesra pembaca.Usah gunakan bahasa yang terlalu pasar bunyinya atau pun short form yang aneh.
4. Menulis dengan ikhlas.
February 25th, 2007 at 7:20 am
Satu tips dari saya:
*- Rajin2lah ke http://themes.wordpress.net … dan gunakan filter di sidebar kanan untuk memudahkan pencarian themes anda! (Tips saya: tick ruangan download (desc)) .. senang!
February 27th, 2007 at 8:51 am
saya pulak kurang gemar blog yang menggunakan warna striking atau terlalu terang.. font yang kurang terang – kelabu etc.. dan blog yang ada terlalu banyak imej.. 1-2 imej yang sederhana besar sudah mencukupi.. malah pada saya lebih sesuai jika ianya dihadkan kepada pada header saja..
P.S.: Jumlah imej tidak termasuk dengan posting..
April 16th, 2010 at 11:24 am
ada idekah dimana tempat kita mencari theme yang bagus ?selain yang diatas dan gratis ??
May 9th, 2010 at 9:48 am
info yang berguna utk blogger baru mcm sy…tp menulis utk suka2 saja
December 12th, 2010 at 10:56 am
ok..memberi idea untuk sya menulis dengan lbih menarik..:P