Blog di hack? Backup! Backup!
Asas Blog, Lawak Rileks, Tips Blog, Tutorial Blog February 15th, 2007Uh!.. memang geram rasanya jika blog kita di hack! Lebih perit lagi, jika kita tidak mempunyai sebarang backup untuknya. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, kita perlulah sentiasa membuat backup bagi blog kita. Tetapi malangnya.. hampir 98% pemilik website tidak membuat apa-apa backup untuk website mereka.
Bagaimana membuat backup?
Anda boleh baca artikel dari shuth (ehem.. ehem…) di ruangan artikel wangcyber.com. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.
Mungkin cara backup tersebut agak panjang dan leceh untuk dilakukan… tapi jangan risau, bagi pemilik blog yang menggunakan perisian wordpress. Ada cara lebih mudah untuk membuat backup blog anda. Gunakanlah plugin “WP-DB-Backup” , dengan plugin ini, database blog anda akan dibackup dengan hanya satu klik sahaja!
Bagaimana nak install plugin?
Mudah jer! Berikut adalah kaedah “standard install plugin” bagi aplikasi wordpress
1 - Download fail plugin tersebut. biasanya dalam format zip
2 - Extract fail plugin tersebut ke dalam komputer anda guna winzip
3 - Upload fail plugin tersebut ke dalam folder “/wp-content/plugins/” guna FTP
4 - Login ke dalam control panel wordpress anda > Klik Plugins > Klik Activate pada plugins yang ingin diaktifkan.
Plugin anda siap dipasang! Selamat mencuba!
P/s:- Ke anda tidak tahu.. apa itu plugin?
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-

























February 15th, 2007 at 7:18 pm
Hu2.. kebetulan kat blog saya pun ada cerita pasal apa itu plugin.
Mekasih tips nie Shuth.
February 17th, 2007 at 6:22 pm
hmmmm.. saya sedang berfikir.. adakah kemungkinan blog saya akan di hack?? kalau orang nak hack kenapa yer?? saya harap ianya takkan berlaku.. tapi mungkin ada baiknye jugak jika saya bersedia dengan backup..
ermmm.. kalau dah back up.. katalah kene hack.. pastu nak buat camne?? kite copy jer ke fail backup tadi ke server.. atau ada proses-proses lainnya??
February 18th, 2007 at 4:55 pm
Yer.. backup tak semestinya perlu dibuat semata-mata takut kena hack. Tapi ada banyak lagi sebab mengapa perlu kita buat backup. Antaranya..
1) Blog di hack
2) Syarikat Webhosting tutup
3) Hardisk Server Corrupt
4) Server down seminggu
5) DDOS Attack
6) Database corrupt
7) Virus Attack
dan bermacam2 lagi..
Berkenaan macam mana nak install semula back-up? Nanti saya cerita pada episod seterusnya..
February 23rd, 2007 at 1:38 pm
Kalu guna blogger.com ade peluang ke nak kena hack ?
November 27th, 2008 at 4:44 am
aik…
link kat atas tu jalan tak?