Blog bahasa melayu…. mampukah?
Tips Blog September 18th, 2007Setuju atau tidak…. ini adalah hakikat yang perlu anda terima pada waktu ini. Jika anda ingin membuat “DUIT yang BANYAK” secara langsung menerusi blog, anda mestilah menulis blog di dalam bahasa inggeris..
Ini adalah hakikat.. dan saya menyatakannya berdasarkan fakta. Saya akui, blog bahasa melayu juga boleh menghasilkan wang.. tetapi “menghasilkan wang” dan “menghasilkan wang yang BANYAK”.. adalah 2 perkara yang berbeza. Buat masa ini saya tidak menjumpai lagi blog berbahasa melayu yang mampu menjanakan wang yang sangat BANYAK setiap bulan… dan sememangnya saya amat ternanti-nantikan saat itu (saat dimana penulis blog bahasa melayu berjaya menghasilkan wang yang banyak).
Potensi pembaca blog bahasa melayu hanyalah dari 3 buah negara sahaja, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia… jika hendak dibandingkan dengan bahasa inggeris, potensi pembacanya adalah satu dunia, termasuk Malaysia, Brunei & Indonesia.
Ditambah lagi dengan masalah kadar celik “pengiklanan atas talian” yang rendah bagi ketiga-tiga buah negara tersebut menjadikan penulis-penulis blog bahasa melayu semakin sukar untuk menjanakan pendapatan menerusi blog mereka menggunakan teknik penjualan iklan menerusi pihak ketiga (adsense, blogads dan sebagainya).
Kemunculan nuffnang & advertlets , memberikan sedikit harapan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Walaupun keberhasilan 2 program pengiklanan tempatan ini belum teruji & terbukti sepenuhnya sebagai sumber yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Namun begitu, ia serba sedikit dapat mengubat rasa kecewa penulis-penulis blog berbahasa melayu terhadap program-program pengiklanan antarabangsa yang disertai seperti google adsense, reviewme dan sebagainya.
Mahu atau tidak, penulis-penulis blog bahasa melayu perlulah mencari alernatif yang lain untuk menjana pendapatan dari blog mereka, sama ada menjual produk buatan sendiri ataupun menjual ruang iklan di blog mereka secara langsung tanpa bantuan pihak ketiga (google, text-links-ads, reviewme dan sebagainya). Di dalam konteks “penjanaan wang menerusi blog”.. saya melihat, penulis-penulis blog berbahasa melayu memerlukan daya survival yang tinggi untuk bersaing dengan penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. sejauh mana daya survival tersebut? Hanya masa yang dapat menentukannya..
Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan hal ini, tetapi saya rasa ini adalah lebih baik daripada terus menerus memberikan angan-angan yang kosong kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat “BESAR” menerusinya…
Jika anda berhajat untuk menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat banyak menerusinya.. maka bersedialah untuk berusaha 10 kali ganda daripada penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. buktikan anda juga boleh berjaya menghasilkan wang menerusi blog anda!
Selamat berblog.. dan selamat menjana wang menerusi blog.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















September 19th, 2007 at 5:59 am
Ya sememangnya blog Bahasa Inggeris lah yang perlu diusahakan untuk menjanakan pendapatan melalui internet ni, dan kelemahan kebanyakan kita adalah mengayat dalam BI ni…Blog Bahasa Melayu ni untuk personal tu boleh laa…
September 19th, 2007 at 6:27 am
Itu memang satu hakikat, kerana jika ingin menjadi besar. Kami dipaksa mengunakkan cara international. Tetapi satu masih wish rahsiablogger.com all the best. Harap-harap anda menjadi blog melayu terbesar pertama.
September 20th, 2007 at 1:43 pm
salam, betul tu memang diakui menulis dalam bahasa inggeris lebih mudah menjana wang berbanding berbahasa melayu, kesannya kita dapat lihat banyak blog sampah 10-15 post kemudian menyepi tanpa berita dan siapa tahu dari 10-15 post itu boleh jana wang berganda berbanding 100post bahasa melayu, tidak mustahil bukan? apa2 pun tahniah kerana telah mhasilkan buku, mesti laris dipasaran
September 20th, 2007 at 8:40 pm
Tanak cakap banyak. Setuju dan memang tak banyak blog melayu boleh survive banding Blog dalam english. Aku dah tulis blog sejak 2 tahun lepas. Memang sukar. Akhirnya terpakse tukar english. Baru merasa income paypal. Kalau tak ubah. Tak tahulah bila..
September 21st, 2007 at 6:27 am
hakikat yang terpaksa kita telan buat masa ini dan tak tahu sampai bila…
harap-harap tak lama sangatlah ya.
September 21st, 2007 at 7:39 am
Sesuatu harus difikirkan…demi untuk kebaikan semua… English is the perfect start… tapi tak semestinya yang terbaik.. memang dilemma..
September 21st, 2007 at 9:10 pm
blog Bahasa Melayu mampu, cuma kena cari niche yang ‘ngam’ dan jual ruang iklan terus kepada pengiklan, tanpa melalui pihak ketiga..
pada pendapat saya, ini memberikan sinar harapan walaupun tak dapat nak pasang iklan Adsense sepenuhnya. Janji, tumpu pada kandungan blog, bina komuniti pembaca dan rajinkan diri untuk mempromosi blog. Bila semua syarat ni cukup, duit akan datang selepas tu.
Saya optimis, ada peluang tersembunyi di sebalik kesusahan blogger dalam BM utk make money. Tak ramai blogger yang berblog sepenuh masa dalam Bahasa Melayu, selain kurang persaingan, blogger yang mampu survive dalam pasaran blog BM akan merintis jalan ‘unknown’.
There must be a way ..
- Shueqry -
September 22nd, 2007 at 8:20 am
tak dinafikan,pendekatan BI lebih berkesan dan ia telah terbukti dengan wujudnya blogger2 yang berjaya menggunakan BI
October 30th, 2007 at 5:16 am
sebenarnya saya setuju dengan anda semua..blog inggeris mudah dapat wang..kerana dibaca diseluruh dunia..walaubagaimanapun saya masih ingin mengekalkan blog Melayu saya..tapi kita perlu mempunyai blog Inggeris
January 3rd, 2008 at 7:33 am
saya akan buktikan bangsa melayu mampu kaya seperti bangsa lain mahupun menggegar dunia dengan Blog Bahasa Melayu Hidup melayu Semoga Allah memberkati Allah merahmati
June 29th, 2008 at 9:49 am
Memang entri ini yang aku cari, sorry agak lambat join korang kat dunia cyber ni…tengok je macam gobala( sebab dia kat Malaysia..) blog dia dikunjungi oleh Mat2 saleh..kerana blognya berbahasa Inggeris..jap lagi akan muncul blogger Melayu yang berbahasa Inggeris..tungguuu…
“..an Extraordinary English Written blog by an ordinary Malaysian Malay blogger is in the Making…” he he
August 4th, 2008 at 4:12 am
Sebenarnya kita boleh keluarkan adsense dalam blog melayu. Ada teknik gray hat yang kita boleh guna.
http://blogmelayukeluaradsense.blogspot.com/
November 30th, 2008 at 8:00 am
macam mana iklan dalam bahasa melayu nak banyak kalau takde blog bm?
January 2nd, 2009 at 1:46 am
aku setuju dengan penulis
kena relistik jugak
aku masih diperingkat promosi blog walaupun dah nak hampir 2 tahun
hanya masa jadi penentu
February 24th, 2009 at 6:55 am
saya setuju memang tak nafikan bahasa inggeris bukan sahaja penting dalam segi penulisan blog dari aspek-aspek lain pun banyak kegunaan
dan kepentingannye
web designer
February 26th, 2009 at 9:11 am
biasa lah bahasa melayu kan bangsa kebangsaan
March 5th, 2009 at 8:34 am
negaraku
May 23rd, 2009 at 3:29 am
utamakan bahasa kita