Apa itu RSS ???
Asas Blog, Tips Blog February 13th, 2007Pernahkah anda mendengar mengenai RSS? Bagaimana pula dengan XML? Agak memeningkan, bukan?
DEFINASI
Saya mulakan dengan memperkenalkan XML kepada anda. XML merupakan satu format yang mudah dan hanya mementingkan tulisan dalam paparannya. RSS (Rich Site Summary) menggunakan format XML untuk membolehkan anda berkongsi isi kandungan dalam sesuatu laman web seperti berita ataupun post terkini dengan lebih cepat dan mudah.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Sesebuah laman web akan membenarkan laman-laman web lain untuk menerbitkan beberapa isi kandungannya dengan membina dokumen RSS dan mendaftarkan dokumen tersebut dengan penerbit RSS. Salah satu daripada penerbit RSS yang popular ialah Feedburner.com
ASAS
Asas RSS sebenarnya ialah supaya anda mudah melanggan mana-mana isi kandungan bagi sesuatu laman web mahupun blog.
Apakah faedah yang akan anda dapat daripada melakukannya?
Faedahnya, sesudah anda melanggan beberapa isi kandungan laman web ataupun blog, anda boleh melihat setiap perkembangan terkini bagi isi kandungan yang di buat hanya dengan menggunakan satu perisian ataupun laman web. Jadi, anda tidak lagi perlu melawat ke setiap laman web mahupun blog yang anda minat setiap hari, semata-mata untuk melihat isi kandungan terbaru mereka yang baru di kemaskini. Itulah asanya bagi RSS. Jika anda masih tidak faham, anda boleh mencubanya sendiri dan anda akan faham mengenainya kelak.
PERISIAN PEMBACA RSS
Pada ketika ini, saya menggunakan RSSOwl.org di mana anda perlu install ke dalam komputer anda. Pada mulanya, anda akan merasakan bahawa agak sukar menggunakannya.
Namun begitu, sesudah anda melanggan RSS yang pertama, anda akan merasakan bahawa penggunaannya semakin senang.
Kalau anda mahukan yang ‘online base’ iaitu tak memerlukan anda install ke dalam komputer, boleh juga gunakan Bloglines.
Jika anda tidak mahu menggunakan perisian ini, anda juga boleh cuba membuat carian pada enjin carian Google dengan menaip kata kunci : RSS reader. Banyak senarai pembaca RSS yang akan keluar dan terpulang kepada anda untuk memilih yang terbaik.
Saya sudah mencuba 3 perisian pembaca RSS, tetapi saya lebih berminat dengan RSSOwl.org kerana ianya percuma dan berfungsi seperti apa yang saya inginkan.
PEMBACA RSS PADA LAMAN WEB
Walaupun saya menggunakan perisian pembaca RSS, saya tidak menyarankan anda menggunakannya kerana anda perlu memastikan perisian tersebut di buka sebelum membuat langganan. Perkara ini agak leceh untuk dilakukan. Jadi, anda juga mempunyai alternatif lain bagi melanggan RSS. Anda boleh melanggannya dan membacanya pada laman-laman web penerbit RSS. Salah satu laman web penerbit RSS yang popular ialah Bloglines. Anda boleh mencubanya juga.
MELANGGAN BLOG
Bagi melanggan isi kandungan yang ada pada laman-laman web ataupun blog-blog, apa yang perlu anda lakukan Cuma klik pada butang yang bertulis ‘RSS’ yang berwarna kuning. Untuk melanggan isi kandungan blog ini, apa yang perlu anda lakukan, hanya copy laman web RSS bagi blog ini dan paste pada perisian pembaca RSS anda ataupun laman web pembaca RSS.
Selain RSS, kadang-kadang anda juga akan nampak Atom ataupun Syndicate. Jangan risau, kerana kesemuanya mempunyai fungsi yang sama.
MASA DEPAN
RSS di reka semata-mata bagi memudahkan anda membuat semakan kemaskini yang terkini bagi laman-laman web ataupun blog-blog kesukaan anda. Anda boleh menggunakannya bagi meningkatkan trafik laman web anda. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda akan dapat mengurangkan kesusahan yang anda alami semasa menggunakan internet,
Post ini telah ditulis oleh : Wan Syahirah a.k.a syia
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-
- No related posts


February 13th, 2007 at 4:47 am
RSS ni memang dah popuar kat Malaysia. First time saya try, last year… kalau x silap! ok… menyenangkan. Itulah kat WC banyak sangat yang bubuh RSS button kat signature diorang…
August 10th, 2007 at 4:44 pm
[...] RSS di blog ini dengan mudah dan sempoi. Bagi sesiapa yang masih tak tahu apa itu RS, boleh baca artikel berkenaan RSS di blog RahsiaBlogger.com dan juga artikel berkenaan jenis-jenis RSS [...]
January 13th, 2008 at 11:35 pm
Memang betul apa yang dikatakan fikri tu rss memang menyenangkan kita tidak perlu lagi melawat blog yang kita minat. Kita dapat membaca isi blog tersebut di rss reader sperti blogline dan myahoo.Dan banyak lagi rss reader yang ada diinternet.
January 28th, 2008 at 1:55 pm
Saya baru nak belajar buat blog. 30% knowledge tu adalah. Boleh tolong lecture sikit pasal blog ni
February 12th, 2008 at 7:25 am
salam,
saya masih terkial kial ttg RSS feed nii….
betul betul tak faham..