5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!
Blog Trafik, Tips Blog July 25th, 2008Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :
1. Tentukan topik blog anda.
Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.
2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.
Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.
3. Tentukan berapa kerap anda menulis.
Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.
4. Bantu pembaca anda!
INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda. Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.
5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan – galakkan pembaca anda memberikan komen.
Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.
Selamat mencuba!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















July 28th, 2008 at 1:45 pm
blogger juga perlu melontarkan idea yg unik supaya pembaca tidak boring ketika membaca satu2 post…
July 29th, 2008 at 2:51 am
Shuth,
Tahniah dan terima kasih di atas tips yang menarik ini..! Inilah yang dinamakan blog Rahsia Blogger yang sebenar
Salam kekayaan,
THINKERICH
September 1st, 2008 at 10:55 pm
betul..rasional adea ini…..mari kita sama2 gempurkan blog di dunia maya ini….. yahoooooo!!!
September 2nd, 2008 at 8:44 am
terima Kasih atas maklumat yang diberikan
September 7th, 2008 at 2:57 pm
tips…yang menaikkan semangat ni…terima kasihhh
October 15th, 2008 at 12:31 pm
klu sy mntak izin nk kopi post ni n edit sket2 leh x?…
April 4th, 2009 at 4:15 am
dengan itu juga kita boleh berkongsi pendapat diantara satu sama lain.
linkniaga2u.blogspot.com
April 7th, 2009 at 12:44 pm
Tips yang sangat berguna.patut diaplikasikan.thank.
July 5th, 2009 at 1:52 am
tq byk info tat cini boleh di pergunakan