AdSense dan Bahasa Malaysia
Program Pengiklanan January 3rd, 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah saya tak busy sikit setelah baru launch satu ebook berkaitan adsense dan bolehlah saya membuat post di sini. (Oh bila move ke next project busy lagi!) Baiklah hari ini saya hanya ingin mengupas tentang adsense dan blog yang contentnya dalam Bahasa Malaysia. Bukan apa kerana saya masih melihat ramai yang meletakkan adsense di blog yang ditulis 100% dalam bahasa Malaysia. Boleh dan tidak salah namun ia adalah perbuatan yang sia-sia dan menanggung risiko yang tinggi.
Berikan sebab mengapa anda meletakkan adsense dalam blog bahasa Malaysia? Kenapa? Adakah kerana anda ingin meningkatkan pendapatan adsense anda? Baiklah saya akan senaraikan 2 sebab kenapa anda tidak perlu meletakkan pengiklanan Google AdSense dalam blog yang berbahasa Malaysia.
1. Kerana Pay Per Click yang murah – Ya kerana bayaran per klik yang murah! Kebanyakkan iklan yang saya tengok akan keluar ialah khidmat layanan masyarakat. Untuk iklan layanan masyarakat, anda sebenarnya tidak akan dibayar pun. Jadi sudah tentu pendapatan adsense yang anda jana daripada blog anda adalah rendah!
2. Ini kerana mungkin masih tidak ramai syarikat-syarikat yang menempah ads dengan pihak Google – Hanya sejumlah kecil orang Malaysia yang berminat untuk menempah iklan dengan pihak Google. Jadi iklan yang akan keluar adalah terhad. Asyik-asyik iklan yang sama jer keluar yakni iklan layanan masyarakat! Jika asyik iklan yang sama keluar, pelawat blog anda dapat mengenal pasti itu adalah iklan dan menyebabkan mereka tidak akan klik pada iklan.
Banyak lagi sebab lain kenapa adsense masih lagi tidak relevan untuk diletakkan di dalam blog yang berbahasa Malaysia. Penyelesaian yang boleh saya bagi jika anda pandai bahasa Jepun dan France mungkin anda boleh menulis blog dalam bahasa tersebut dan letakkan iklan adsense. Ia juga mempunyai bayaran per klik yang tinggi. Anda juga boleh membaca post ini yang mungkin dapat menggantikan adsense.
sekian sahaja daripada saya.
p/s: Dapatkan ebook terbaru saya di sini.
Post ini telah ditulis oleh : Adly Mukhtar a.k.a labanon
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















April 8th, 2008 at 3:00 am
saya sentiasa mengikuti pekembagan rakan-rakan blog yang lain.Mencari sesuatu idea yang berguna.Selamat dan terus berusaha
November 8th, 2008 at 3:11 am
Erm betul jgak kn? bukan ramai orang malaysia tempah adsense ni. Kena cari cara lain yang seperti adsense..
November 30th, 2008 at 7:27 am
wuhu
tulis blog dalam bahas jepun
nihongode kakimasu
June 12th, 2009 at 7:32 pm
nampaknya bukan senang nak menarik perhatian iklan adsenses ni,beli dan baca lagi ebook mengenai adsenses,melabur cari ilmu dulu baru cari duit.
August 2nd, 2009 at 11:18 am
Saya baca dan tengok je apa yang awak semua tulis ni.Saya…..baru je nak belajar.