8 Tips Beguna Untuk Mendapatkan Pelawat Berulang

Blog Trafik 23 Comments »

Jika pada artikel sebelum ini saya menceritakan bagaimana membuat SEO untuk mendapatkan pelawat, kali ini pula saya akan mengupas bagaimana untuk mendapatkan pelawat berulang.

Pelawat berulang yang dimaksudkan ini ialah pelawat yang pernah ke blog anda dan terus melawat ke blog anda setiap masa. Sebagai contoh anda sentiasa ke website seperti berita harian, harakah daily, malaysia kini, dan macam-macam lagi website yang popular macam rahsiablogger.com…hehehe

Ok saya akan senaraikan 8 cara untuk mendapatkan pelawat berulang

  1. Update blog anda sentiasa 1 artikel sehari paling kurang atau paling malas 5 artikel seminggu.
  2. Guna theme yang menarik dan ringkas diblog anda.
  3. Suruh pelawat blog anda untuk bookmark blog anda di browser mereka dengan menyuruh mereka tekan “Ctrl + d”.
  4. Membuat artikel bersambung. Pada akhir post pertama tadi anda nyatakan sambungan pada artikel besok hari.
  5. Hebohkan artikel-artikel manarik yang bakal anda tulis pada esok hari atau pon pada masa akan datang. Contohnya harian metro selalu buat, Dapatkan surat khabar diorang atau pon ke website diorang pada hari ahad ini kononnya ada temubual eksklusif Abby Abadi dan Norman Hakim. Itu sebagai contoh la.
  6. Buat pertandingan kat blog anda seperti komen paling banyak ke?. Jadi hari-hari la diorang akan pegi ke blog anda.
  7. Sentiasa tinggalkan komen di blog orang lain dulu sebelum nak orang tinggalkan komen di blog anda.
  8. Suruh pengunjung blog anda subribe ke blog anda.
Itu je la dulu untuk setakat ini, bagi banyak-banyak pon kalau tak buat tak guna jugak kan.. :) .  Semoga anda semua mendapat pelawat berulang.

Apa Itu Search Engine Optimization(SEO)?

Blog SEO 5 Comments »

Salah satu perkara yang perlu anda lakukan apabila ingin meng”SEO”kan blog anda ialah, mengenalpasti “keyword” yang sesuai dan kemudiannya, mem”bold”kan perkataan tersebut di dalam artikel anda.

Contohnya, jika anda ingin orang ramai menjumpai blog anda apabila mereka menaip perkataan resepi masakan thai di enjin carian. Maka, anda perlu bold kan semua perkataan/keyword “resepi masakan Thai” yang terdapat di dalam artikel blog anda. Tujuan  kita bold atau italic keyword adalah untuk memudahkan Search Engine crawl mengenal pasti keyword tersebut pada artikel yang kita hasilkan.

Pendek kata, jika anda masih kurang faham mengenainya, saya hanya ingin menasihati anda supaya Bold kan saja keyword pada setiap artikel yang anda buat.

Biar saya tunjukkan anda satu contoh artikel yang saya “optimize”kan untuk tujuan SEO. Klik Disini. Artikel ini mengenai “Business Credit Card”. Dalam artikel tersebut, terdapat perkataan “Business Credit Card”  yang  diulang beberapa kali, saya juga turut memboldkan ia.

JBagi anda yang menggunakan wordpress untuk blog mereka, saya syorkan anda memasang plugin All In One SEO Pack untuk menjadikan blog anda SEO friendly. Plugin tersebut boleh di Download disini.

Selepas Memasang Plugin

Cara Buat Duit Dengan Join Affiliate

Buat Duit 11 Comments »

Photobucket

Apabila kita lawat ke sesebuah blog, rata-rata semua blog tersebut akan mengandungi banner-banner promosi untuk sesebuah program affiliate di mana blogger tersebut menjadi wakil penjual untuk sesebuah produk dan akan mendapat komisen dari penjualan mereka. Program affiliate merupakan antara sumber terbesar bagi seorang blogger itu untuk mendapatkan nilai pendapatan yang tinggi. Bahkan ada yang fokus untuk menjana pendapatan hanya melalui program affiliate sahaja kerana mereka ingin menjadi usahawan internet yang betul-betul pakar di dalam program affiliate ini. Antara program affiliate yang terkenal adalah Clickbank dan Commision Junction. Namun ramai blogger tempatan kita lebih gemar menyertai program affiliate tempatan kerana lebih mudah untuk mempromosikannya.

Antara teknik untuk promosi program affiliate pada blog :

1. Meletakkan Banner Affiliate Pada Blog

  • Letak banner pada sidebar ataupun widgets.
  • Banner sesuai diletak pada bawah header blog.
  • Placement yang terbaik adalah pada bawah title post blog dan sebelum ruangan comment.

2. Link Affiliate Pada Text Post

  • Masukkan link referral pada text post anda yang berkaitan dengan perkataan, frasa dan ayat post anda supaya pembaca akan tergerak untuk klik link tersebut.
  • Gunakan perkataan dan ayat yang boleh menarik perhatian mereka seperti gempar, dasyat, unggul, top secret dan sebagainya.
  • Membuat trik kepada pembaca dengan linkkan text yang tiada kaitan dengan produk langsung seperti text ‘ gambar panas anak ayam’.

3. Membuat Review Produk

  • Buatkan satu review mengenai produk affiliate anda agar pembaca lebih yakin dengan produk tersebut kerana anda telah mencubanya.
  • Gunakan ayat-ayat yang boleh menggoda pembaca hingga mereka terasa mereka perlu mendapatkan produk tersebut dalam masa yang terdekat.
  • Berikan sedikit jaminan ataupun bonus kepada pembaca jika membeli daripada link affiliate anda.

4. Comment Blog Orang Lain

  • Selain daripada promosi di blog sendiri, anda juga boleh membuat prmosi di blog orang lain dengan meletak link pada comment.
  • Anda boleh letak url link affiliate anda terus pada comment tersebut ataupun anda boleh letakkan link ke review produk affiliate anda.

7 Cara Meningkatkan Ranking dan Trafik Blog

Blog Trafik 9 Comments »

Saya harap tips ini dapat menjadi rujukan kita bersama. Untuk makluman semua segala tips yang saya berikan ini bukan kesemuanya telah saya aplikasikan dan sumber rujukan ini saya dapat dari salah satu PLR artikel dalam koleksi saya dan saya olah mengikut gaya bahasa saya sendiri. Harap Maklum.

Antara 7 cara untuk meningkatkan ranking blog dan Trafik:

  1. Membina blog dengan menghasilkan isi kandungan yang bermutu atau dengan kata lain berguna untuk pengunjung.
  2. Buat kajian dan guna keyword yang bersesuaian dengan target pelawat ke blog kita. Kalau blog kita mengenai ubat gigi kenapa perlu mencari keyword berkenaan mp3.
  3. Submit setiap page blog kita ke SocialBookmarking site. Contohnya Digg.com, pastikan dilakukan secara manual.
  4. Design blog dengan theme blog yang simple,mudah loading dan sususan yang teratur.
  5. Monitor pesaing keyword blog anda untuk melihat apa yang diorang lakukan sehingga  dapat berada tangga diatas dalam sesuatu keyword. Sebagai contoh blog rahsiablogger berada di tangga ke-5 dalam keyword “Rahsia Blog” manakala berada ditangga ke-4 untuk keyword “Blog Tips“.
  6. Analisis pelawat anda dari segi keyword,tempat dan referer link bagaimana pelawat blog anda boleh menjumpai blog anda.
  7. Apabila menjual produk online pastikan menggunakan cara pembayaran yang senang dan ringkas untuk pembeli.
Pada artikel setrusnya saya akan bermula dengan “Apa itu Search Engine Opptimization(SEO)” dan “Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Pelawat Yang Berulang

Berblog: Hobi atau Duit??

Asas Blog 8 Comments »

Setelah agak lama tidak menyumbang artikel ke blog ini hari ini saya sudah berkesempatan untuk menulis lagi setelah final exam selesai.

Berblog kerana hobi atau kerana duit? Itulah persoalan yang saya cuba ketengahkan pada artikel kali ini. Kenapa saya mengeluarkan persoalan sebegini?

Ini kerana saya yakin dan pasti ramai yang gagal untuk menjana pendapatan dari blog. Berblog semestinya berkait rapat dengan penulisan artikel. Ada sesetengah orang berblog kerana hobi dan mereka, tidak kisah sama ada dapat duit mahupun tidak daripadanya. Namun begitu, ramai juga yang menjadikan DUIT sebagai tujuan utama mereka berblog.

Saya tidak mengatakan ianya salah untuk anda menjadikan DUIT sebagai tujuan utama anda, namun ramai yang gagal dan kerana kecewa apabila DUIT yang mereka harap-harapkan tidak berkunjung tiba.

Ini sering terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru.

Walaupon berblog kerana duit, kita perlu juga menjadikan penulisan blog itu sebagai hobi. Perkara ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi diri kita dan seterusnya tidak berhenti menulis blog sekadar sekerat jalan sahaja, sebagaimana golongan-golongan yang gagal ini.

Bagaimana untuk berjaya jika kita mudah berputus asa?

Secara jujurnya, saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menjana 1dollar pertama saya dari blog. Namun ketika saya baru bermula saya menjadikan berblog ini sebagai hobi dan update setiap masa paling kurang seminggu sekali.

Tidak perlu sayang duit anda dengan membeli ebook-ebook mengenai blog ataupon ebook-ebook yang dapat menjana wang melalui internet. Namun berjaga-jaga jika ingin membeli kerana banyak saja ebook-ebook pada masa kini yang indah khabar dari rupa. Jadi untuk mengelak dari perkara ini berlaku sentiasa bertanya di forum seperti wangcyber.com

Sebelum saya akhiri artikel kali ini saya ingin berkongsi satu laman web yang bagi saya agak berguna untuk anda yang baru berblog terutamnya yang menggunakan blogspot. Semua asas berblog saya rasa ada didalam blog ini.

tips-for-new-bloggers.blogspot.com

Banyak perkara yang boleh dipelajarii dari blog ini.

Selamat berblog!!!

Sebenarnya tiada jalan mudah untuk berblog ini, kita perlu sentiasa menambah ilmu untuk memantap lagi diri kita dengan ilmu berblog.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in