Cara Install Plugins di WordPress2.7

Tutorial Blog, plug-in 9 Comments »

Salah satu ciri yang ter”amat” saya suka di dalam wordpress versi terkini ini (wordpress2.7), adalah ciri memasang “plugins”nya yang teramat-amat mudah.

Dengan beberapa klik sahaja! anda sudah boleh meng”install” dan mengaktifkan plugin di blog wordpress anda. Tidak perlu lagi mendownload, meng”extract” dan mengupload lagi seperti dolu-dooluu.

CARA INSTALL PLUGINS @ WORDPRESS 2.7
====================================

1. Login ke dalam control panel anda dan lihat pada bahagian dashboard. Di page dashboard, terdapat satu colum yang dinamakan “plugins”. Disini, plugins yang menarik akan dipaparkan secara rawak.

plugins

Read the rest of this entry »

Jual Links di Blog Anda!

Buat Duit 18 Comments »

Di dalam buku “Rahsia Blogger” , saya ada berkongsikan salah satu teknik membuat duit menerusi blog, iaitu, dengan menjual link di blog anda menerusi website Text-Link-Ads.com

tla

Ada yang beranggapan, menjual link menerusi Text-Link-Ads.com adalah tidak berkesan, alasan yang diberikan, blog mereka berbahasa melayu dan ia akan menjejaskan Google PR (page rank) blog mereka.

Tetapi, hakikatnya, dibawah adalah hasil yang saya perolehi menerusi Text-Link-Ads.com menggunakan blog saya yang berbahasa melayu sejak Januari lalu. Dan apa yang lebih menyeronokkan, Pr3 yang diperolehi oleh blog tersebut tidak pernah menurun, malah, kadangkala naik kepada PR4. Read the rest of this entry »

Kesilapan Biasa Yang Selalu Kita Buat Dalam Berblog

Asas Blog 23 Comments »

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika mula-mula berblog dan kadang-kadang kesilapan ini masih saya sendiri lakukan. Maklumla newbie memang selalu buat salah. Jadi sama-sama kita berubah dan sentiasa tingkatkan kualiti berblog.

Antara kesilapan ketika saya bermula ketika buat blog.

1. Suka buat blog dengan theme yang susah untuk orang baca. Maksudnya design yang ntah apa-apa isi tak de. Artikel dengan kaler yang berwarna-warni kononnya macam cantik. Padahal HAMPEH.

2. Bila tahu buat blog ni leh dapat duit kemudian blog penuh dengan iklan, macam-macam iklan ada, iklan ubat gigi, kayu sugi,tuala wanita dan macam-macam lagi padahal orang datang blog kita bukan nak tgk iklan orang nak baca artikel kita. Jadi jika anda baru buat blog pastikan kualiti artikel dulu bukan iklan dulu. Sebab bila kita banyak iklan di blog dengan keadaan yang berserabut orang datang hanya sekali tidak lagi untuk kali kedua. Kita mahukan orang datang sekali kemudian datang lagi dan lagi. Bab kata orang,  sekali pandang (datang)… terus jatuh cinta.

3. Tak pernah nak pikir atau set kan nak buat blog pasal apa. Orang buat blog aku nak buat blog, aku buat blog pasal mp3 skali cerita upin dan ipin tengah meletup campur skali blog mp3 dengan upin dan ipin. Ala bang, buat blog dengan blogger free je kan, apa salahnya buat satu lagi blog pasal upin ipin. Lain la kalau kita buat blog GENERAL tapi pandai-pandai la susun biar kemas.

4. Buat artikel tak menarik. Kalau setakat copy paste orang punye baik tak payah buat blog. Saya cakap copy paste yea, so kalau rasa ade artikel kat internet tu yang menarik tulis balik olah dengan gaya bahasa sendiri.

5. Tak Promote. Erm, sampai sudah la xboleh buat duit kalau buat artikel pahtu tak promote.

6. Tak pernah terpikir bahawa lagi banyak blog lagi banyak pelawat. Ini saya dapat dari ebook mat saleh. Untuk mendapatkan ramai pelanggan kita memerlukan banyak kedai. So, banyakkan blog tapi jangan la satu artikel je then bia camtu ni blog sampah namanya . Kemudian link kan satu sama lain kononnya link exchange padahal exchange dengan diri sendiri.

7. Pikir kalau nak promote blog mesti la promote kat internet. Kenapa tidak promote kat offline jugak. Contoh mudah yang saya buat, beri penanda buku percuma ke then pegi kedai surat khabar suh masukkan dalam surat khabar. Kalau buat 1000 , takkan tak dapat kot 100 pelawat ?? Kalau diorang buang penanda buku tu mungkin orang lain jumpe. Kurang-kurang dah dapat popularkan domain sendiri.

8. Tak pernah nak cari kelebihan diri. Maksudnya gunakan apa yang kita mahir dan buat tutorial berkenaan apa yang kita mahir tu kat blog kita. Jadi blog kita dah menjadi rujukan, orang akan datang lagi dan lagi untuk buat rujukan. Mane ada student yang baca buku rujukan sekali je, sama jugak dengan berblog. Contoh mudah saya ambil blog ni http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/ semua pasal blogspot dah ada kat situ. Nak buat apa pegi cari yang lain lagi. Last update dia pon tahun lepas tapi makin hari makin popular sebab semuanya dah ada.

9.Pegi CC jadikan blog korang homepage kat PC di CC tu kemudian tinggal, pegi CC lain plak. Ulang langkah yang sama sebanyak 50 CC….hahaha (Just kidding)

Dah panjang sangat ni, kita berjumpa lagi yea…

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI RAHSIABLOGGER.COM

WordPress 2.7 RC1 Sedia Di Cuba

wordpress 5 Comments »

WordPress 2.7

Kini, WordPress 2.7 sudah hampir dikeluarkan. Hari ini, pihak pembangunnya sudah mengeluarkan WordPress 2.7 RC1, yang mana sudah menyelesaikan lebih 280 masalah yang timbul sejak pembangunan WordPress 2.7 Beta 3 dikeluarkan. Selain daripada itu, WordPress 2.7 RC1 ini juga memperkenalkan antaramuka yang baru termasuk memasukkan sekali icon-icon baru ke dashboard WordPress. Anda boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini, tetapi ingat untuk membuat back-up terlebih dahulu sebelum mencubanya. Dapatkan WordPress 2.7 RC1 hari ini.

Pemeriksaan Duplikasi Artikel

Asas Blog, Tips Blog 6 Comments »

alam bertemu,

Keunikan artikel semasa penulisan didalam blog amat dititik beratkan kerana keunikan artikel ini membantu untuk SEO.

Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk kita memeriksa sama ada artikel yang kita buat terdapat duplikasi atau dengan kata lain sama dengan artikel orang lain.

Pemeriksaan duplikasi ini amat dititik berat kan terutamanya penggiat-penggiat adsense. Jadi saya berkongsi teknik untuk menentukan sama ada artikel kita unik atau pon tidak.

Pemeriksaan Duplikasi Menggunakan CopyScape

Laman web copyscape digunakan oleh penulis-penulis di internet untuk membuat pemeriksaan sama ada penulisan mereka di ciplak oleh orang lain. Jika anda seorang pensyarah, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk melihat hasil kerja pelajar anda sama ada meniru bulat-bulat dari internet atau pun tidak.

CopyScape dot com menyediakan perkhidmatan berbayar dan percuma. Semestinya yang percuma la yang kita mahukan.

Namun begitu, perkhidmatan percuma yang diberikan sedikit menyusahkan kerja kepada kita kerana kita perlu publishkan artikel kita terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh memeriksa sama ada artikel yang kita tulis tersebut duplicate atau pun tidak.

Sila Ke lama web http://copyscape.com.

Sila Lihat Gambar Di Bawah:

Jadi jika anda ada copy artikel dari internet tanpa memberi kredit kepada penulis asal dan anda ingin mendakwa kononnya anda menulis artikel itu sendiri,  anda silap! kerana semuanya dapat dikesan.

Jadi jangan kita melakukan perkara tidak beretika sebegitu.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in