Forum Plugin Untuk WordPress

plug-in 5 Comments »

Lama juga rasanya saya tidak membuat post terbaru disini dan sedihnya tiada juga penulis lain untuk update blog ini ;) .

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca rahsia blogger mengenai plugin forum untuk wordpress.

Anda sebenarnya boleh membuat forum hanya menggunakan wordpress. Baru-baru ini saya telah pun mencuba untuk membina forum di blog selangor2u saya hanya menggunakan plugin.

Terdapat beberapa plugin forum menggunakan wordpress ini di internet dan anda boleh dapatkannya secara percuma. Klik sini 

Saya pernah mencuba beberapa plugin dan yang terbaik plugin yang saya jumpa ialah menggunakan plugin simple press forum.

Memang sukar sedikit untuk paham dan memahirkan mengenai fungsi-fungsi dalam plugin ini. Jadi anda perlu explore-explore dulu mengenainya. Try and Error.

Kelebihan plugin ini :

Plugin ini memang boleh dikatakan sama dengan fungsi forum sebenar seperti dapat letak signature,avatar upload,banner signature, private message.

Kelemahan plugin ini :

Anda mungkin akan mengalami masalah kepada blog anda selepas install plugin ini. Ini berdasarkan apa yang saya alami sebelum ini ketika install plugin ini di selangor2u. Masalah ini saya atasi dengan membina blog lain dengan subdomain forum di selangor2u dan blog ini khas untuk forum.

Selamat mencuba ;)

P/s : Kalau nak sembang pasal bola leh lawat forum saya selangor2u.com/forum

Buat Blog Adsense Tanpa Perlu Pandai Inggeris

Buat Duit 9 Comments »

Sebagaimana yang kita untuk menjana wang dari blog menggunakan iklan adsense kita memerlukan artikle dalam bahasa Inggeris.

Jadi ini merupakan masalah yang menjadi penghalang untuk kita menjana pendapatan dengan google adsense.

Kali ini saya ingin memberi 2 idea bagaimana anda tetap boleh menjana pendapatan dari google adsense dengan menggunakan bahasa enggeris yang minima. Anda masih perlu menggunakan bahasa enggeris tetap hanya membuat desciption.

Buat Photo Blog :

Anda boleh membuat photo blog dengan memasukkan gambar-gambar kemudian di bawah setiap gambar membuat sedikit description untuk gambar tersebut dalam english.

Dalam masa yang sama anda juga boleh mencuba program ini didalam photo blog anda. Setiap kali gambar anda di view anda mendapat hasil.

Buat Video Blog :

Sama juga dengan photo blog, video blog anda perlu memasukan kod-kod untuk video seperti video-video kelakar kemudian membuat sedikit desciption mengenai video tersebut.

Untuk mendapatkan video-video tersebut mungkin anda boleh ke youtube,myspace tv, friendster video. Ada juga di forum-forum menjual database video ini seperti anime dan TV series tetapi database ini hanya untuk pengguna wordpress.

Jadi saranan saya untuk berblog secara profesional gunalah domain sendiri.

Mengumpul Pembaca Setia Diblog

Asas Blog 12 Comments »

Membina blog, kebanyakan orang dapat melakukannya dengan mudah. Membuat design blog yang menarik juga ramai yang boleh melakukannya.

Mempromosikan blog? Ramai yang dapat melakukkannya tetapi lebih ramai yang kecundang.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke blog kita dan mengumpul pembaca setia.

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengumpul pembaca setia dan ini akan membantu serba sedikit di dalam mempromosikan blog anda.

Feedburner merupakan website yang selalu digunakan oleh blogger untuk mengumpul reader atau pembaca setia blog mereka. Ini kerana setiap pelawat yang subcribe di blog mereka akan mendapat update blog terus ke dalam email .

Dengan kaedah ini, anda akan mendapat pembaca setia blog anda. Namun begitu, anda perlulah membuat artikel yang menarik dan berkualiti bagi mengelakkan subcriber blog anda unsubcribe blog anda kelak.

Untuk mengumpul subriber menggunakan feedburner anda perlu register blog anda terlebih dahulu di feedburner.com.

Kemudian copy kod yang diberikan dan letak di mana-mana bahagian  blog anda yang mudah untuk pelawat blog anda melihat dan tertarik untuk subcribe.

Apa Anda Perlu Lakukan Sebelum Berblog?

Asas Blog 5 Comments »

Perkara AsasSebagaimana yang diketahui umum bukan senang untuk menjadikan blog anda popular dengan mudah tanpa membuat promosi yang berterusan selain dengan design dan content yang menarik.

Sebelum anda melakukan promosi blog anda, anda perlu ingat dan buat beberapa perkara sebelum datang beberapa perkara yang lain.

Sebelum setup blog anda, anda perlu tahu terlebih dahulu apa topik dan konsep blog anda. Sebagai contoh anda memilih topik Politik dan konsep mengutuk. Bermaksud anda bercakap mengenai politik didalam blog anda dan setiap artikel anda mesti ada kutukan . Itu yang saya maksudkan dengan konsep.

Setelah konsep dan topik serta blog telah disetup, cari theme yang menarik yang bersesuaian dengan topik blog anda. Untuk mendapatkan yang menarik kebiasaannya anda perlu mendapatkan theme yang berbayar. Untuk mendapatkan yang percuma ini memang sukar sedikit walaupon saya rasa banyak di internet. Anda boleh google untuk itu dan bertanya kepada rakan-rakan blogger anda.

Kemudian masukkan plugin-plugin asas yang penting.

Topik dah ada,konsep dan ada,theme dan plugin dah ada….Apa tunggu lagi buat beberapa artikel yang menarik dahulu. Jangan promosikan blog anda dahulu sebelum membuat apa-apa artikel.

Pada artikel lepas saya akan berkongsi beberapa teknik untuk promosi blog anda terutamanya blog yang dalam bahasa melayu.

Plugin-plugin Yang Perlu Anda Miliki Dengan Blog WordPress

Asas Blog 6 Comments »

Hampir satu purnama saya tidak melakukan entri di blog rahsia blogger ini malah blog selangor2u saya pon baru je 2,3 hari ini update.

Jadi untuk kali ini saya rasa elok rasanya saya berkongsi kepada anda semua mengenai plugin-plugin asas yang anda perlu ada untuk blog worpdress.

1. Adsense Deluxe 

Jika anda menggunakan adsense di blog anda adsense deluxe ini membantu anda untuk menjadikan adsense anda lebih menarik.

2. Alinks

Plugin ini akan link kan perkataan yang tertentu dengan post atau website lain yang mempunyai perkataan yang sama. (Saya belum mencubanya jadi tak dapat komen lebih)

3. All-in-one SEO pack

Seperti semua yang sedia maklum plugin ini untuk SEO.

4.Sitemap Generator

Plugin ini juga bertujuan untuk SEO.

5. Link cloaking plugin

Plugin ini akan secara outomatik akan menyembunyi link affiliate anda. Namun begitu, sebenarnya jika orang yang dah biasa dengan internet kita dapat bezakan mana link affiliate mana yang bukan.

6. SEO Slug

Menjadikan link url anda juga untuk SEO Friendly.

7. Share this

Plugin yang membolehkan pengunjung ke blog kita untuk submit artikel kita ke social networking website.

8. WordPress Relate Post

Akan kelihatan relate post di setiap bawah setiap post  jika post tersebut terdapat persamaan TAG dengan post yang lain.

9. wp-cache

Menjadikan blog anda lebih cepat untuk loading

10. wp-contact form

Ini plugin untuk contact form la ;)

Setakat itu sahaja dari saya mazuki mustaffa untuk kali ini. 

Semua plugin-plugin ini boleg didapati secara percuma di internet jadi hanya google untuk mendapatkanya.

Jika anda mempunyai perkongsian mengenai plugin yang menarik, boleh lah berbuat demikian dengan meninggalkan di ruangan komen.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in