Dapatkan Sekarang!

Buat Duit Dengan Menulis Artikel

Buat Duit 4 Comments »

Salamz. Bagi yang telah membeli buku Rahsia Blogger kami, anda mungkin telah membaca dan terdedah kepada beberapa agensi pengiklanan internet yang didedahkan dalam buku tersebut. Malah terdapat ratusan lagi syarikat pengiklanan internet yang terdapat dalam alam maya ini. Anda cuma perlu berhati-hati dalam memilih sesuatu agensi pengiklanan supaya tidak tertipu kelak.

Salah satu cara menjana wang melalui blog ialah melalui penulisan artikel berbayar. Kadangkala, sekiranya blog anda mendapat pengunjung yang ramai, anda mungkin dihubungi orang perseorangan untuk menulis mengenai pendapat anda berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tetapi, amat jarang sekali kita mendapat sesuatu tugasan sebegitu. Oleh itu, perkara mudah ialah dengan mendaftarkan blog anda kepada beberapa agensi yang boleh mencarikan anda para pembeli yang ingin membeli post berbayar dari anda.

Berikut merupakan 3 agensi pengiklanan terkenal yang menjadi tumpuan para pembeli artikel berbayar:

PayPerPost
PayPerPost
Anda boleh menggunakan khidmat PayPerPost untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis mengenai sesuatu laman, produk mahupun perkhidmatan. Tetapi, dukacitanya, mereka hanya menerima laman berbahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Pembayaran melalui PayPal.

Sponsored Reviews
Sponsored Reviews
Penulisan artikel anda berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak pembeli samaada menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan secara positif ataupun negatif. Kadar bayaran ditentukan oleh PR dan ranking blog anda. Blog bahasa Malaysia diterima oleh SponsoredReviews. Pembayaran melalui PayPal.

Blogsvertise
Blogvertise
Anda hanya perlu memasukkan sebanyak tiga link ke sesuatu khidmat atau servis dan anda akan mendapat bayaran setimpal dengannya. Saya masih tidak pasti samaada perkhidmatan ini membolehkan blog berbahasa tempatan menyertainya ataupun tidak.

Selain daripada ini, terdapat juga servis dari agensi lain seperti Smorty dan Pay U2 Blog. Selain daripada itu, anda juga boleh menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan dan menyertakan link affiliate anda sekali. Penulisan yang kukuh mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan boleh membuatkan pembaca terpikat dan membeli melalui link affiliate anda.

Blog saya ke atas.. zemanta!

Tips Blog 1 Comment »

Jika anda menulis blog dan menggunakan pelayar firefox. Saya cadangkan anda memasang plug-in Zemanta ke dalam browser firefox anda.

Ini kerana, plugin Zemanta ini beupaya mencadangkan anda beberapa imej, artikel, link dan tag yang berkaitan sewaktu anda menulis entry di blog anda .

Buat masa ini, zemanta menyokong aplikasi blog dari wordpress, blogger, typepad dan juga livejurnal. Selepas anda memasang plugin-in ini, anda akan mendapati terdapat kotak tambahan di sebelah bar blog anda sewaktu anda menulis entry.

Cubalah…  memang menarik.

Download Zemanta disini 

UiTM wants to offer course in blog writing

Keratan Akhbar 1 Comment »

The Universiti Teknologi MARA (UiTM) logoImage via WikipediaSHAH ALAM, MON:

Universiti Teknologi Mara (UiTM) is willing to offer a course in blog writing in an effort to produce more professional and ethical blog writers, its Vice Chancellor Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah said.

He said the move would also be in keeping with current developments, where a majority of the society were being drawn to the alternative media.

“Currently, we do have blogging studies in our curriculum and this will be enhanced further by introducing a course on blog writing.

“I feel that the Communication and Media Studies Faculty is ready to conduct the course and I fully support this move (to introduce blog writing course) as it is time for us to help produce bloggers who are not only professionals, but with ethics,” he told a media conference after opening a seminar on Media and the 2008 General Election, here today.
Read the rest of this entry »

Tun Dr. Mahathir pun buat blog?

Makluman 3 Comments »

bannertun-640x480.jpg

Percaya atau tidak, bekas perdana menteri malaysia yang ke-4 , kini sudahpun memiliki blog beliau sendiri yang beralamat di www.chedet.com (kenapa chedet hek? kenapa tak tunm.com ke?)

Seperti satu perkara yang amat dinanti-nantikan selam ini, blog tersebut dilawati hampir 200,000 orang dalam masa 5 hari diwujudkan. Dan apa yang paling dahsyat.. 1095 comment di terima untuk post yang pertama..dan satu lagi perkara yang amat-amat dahsyat.. blog tersebut menggunakan perkhidmatan www.blogger.com (sila baca sebagai hosting percuma..) Fuh!.. (kalau hosting biasa.. mesti dah lama kena bandwith limit.. suspek respek la )

P/s:- Psstt.. bila paklah & tok guru nik aziz nak ada blog pula yer?.. he he he!

Pandangan Anda Mengenai BLOG di RTM1

Keratan Akhbar 3 Comments »

Bagi yang tidak dapat mengikuti rancangan BLOG yang dikendalikan oleh RTM1 pada minggu lepas (20 April 2008), anda bolehlah memuat turun melalui link berikut dan menontonnya. Perbincangan yang agak menarik dengan tetamu undangan, Kadir Jasin. Dan sekiranya anda perasaan, pada minit ke 17.30, emel daripada Zul SmartUsaha dipaparkan.

downloadDownload BLOG RTM1 (20 April 08)
48.7 mB

Pada minggu ini pula, tetamu jemputannya ialah Raja Petra yang mana mengendalikan laman Malaysia Today.

Sekiranya anda perasan, untuk dua minggu berturut-turut, penulis blog poliik dikeutarakan dalam program Blog ini. Adakah pada minggu hadapan juga tetamu jemputan adalah seorang penulis blog politik? Mungkin ini tanggapan orang ramai mengenai penulis blog. Sesiapa sahaja yang menulis blog dikatakan orang politik. Sepatutnya, RTM1 memainkan peranan penting dalam membetulkan persepsi masyarakat ini dan cuba keutarakan blogger yang menulis selain daripada topik politik.

Bak kata Kadir Jasin dalam rancangan ini, dalam 50 Blog Popular di Malaysia, hanya 8 blog sahaja yang menulis mengenai politik, malah yang menjadi Blog Paling Popular di Malaysia, Kenny Sia, blognya menceritakan mengenai kehidupan hariannya.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai rancangan ini?


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in