WordPress 2.5 baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, dan kini WordPress 2.6 dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan Julai ini. Walaupun WordPress 2.6 ini bukanlah satu pengeluaran besar seperti versi 2.5, ianya masih mempunyai beberapa fungsi yang agak menarik, dan terasa rugi kalau tidak mencubanya.

1. Kembali ke Artikel lama
Seringkali para pengguna menghadapi masalah apabila telah mengedit sesuatu artikel yang telah ditulis dan inginkan kembali artikel yang tidak di edit itu. Melalui WordPress 2.6 ini, anda boleh mengubah kembali artikel anda ke versi terdahulu tanpa risau. Selain itu, anda juga kini boleh menambah fungsi seperti WiKi dimana anda boleh menunjukkan penukaran-penukaran yang telah anda lakukan di penhujung artikel.

2. Memperlajukan Masa Loading
WordPress 2.6 mempergunakan fungsi Google Gears dimana ianya akan menyimpan fail-fail statik dan menjimatkan masa loading panel admin anda.

3. Aktifkan Lebih Dari Satu Plugin
Jikalau sebelum ini, kita terpaksa aktifkan atau buang setiap plugin satu demi satu, kini anda boleh membuatnya dengan lebih pantas. Anda boleh memilih beberapa plugin dan aktifkan dengan satu klik atau sebaliknya.

Selain daripada itu, anda juga boleh memadam terus sesuatu plugin tanpa menggunakan perisian FTP. Anda boleh membuangnya terus daripada panel admin anda.

4. Pindahkan fail wp-config.php anda
Kini anda boleh memindahkan fail wp-config yang menyimpan pelbagai data penting ke tempat yang lain. Walaubagaimanapun, sehingga kini ianya tiada masalah untuk menyimpan fail wp-config anda di root.

5. Pindahkan WP-content
Kini anda boleh memindahkan fail-fail anda dari wp-content ke tempat yang lain sekaligus mengubah struktur pautan bagi fail-fail anda (seperti gambar).

Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-