Rahsia Blogger masuk carta Bestseller!
Makluman August 18th, 2008Setelah lebih 6 bulan berada di pasaran, minggu lepas, buku “Rahsia Blogger” tiba-tiba masuk carta top 10 best seller bagi kedai buku MPH. Saya pun tidak pasti apakah faktor utama mengapa tiba-tiba ramai pula yang membeli buku ini. Mungkin ramai yang sudah nampak potensi bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan untuk mereka.
5-6 bulan lepas, memang susah juga saya nak jumpa buku ini di MPH, kalau ada pun hanya 1-2 buah sahaja. Tetapi, minggu lepas, apabila saya ke MPH dan menyemak buku ini di dalam katalog komputer mereka, saya dapati MPH ada menyimpan stok sebanyak 20 buah untuk buku judul “Rahsia Blogger” ini.
Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah banyak memberikan sokongan dengan mendapatkan buku ini.
Semoga buku tersebut dapat memberikan anda manfaat dan seterusnya membolehkan anda menjana pendapatan dengan blog anda!
Terima kasih.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=81a79d99-2d78-4959-b4cb-75515eb44ba9)



















August 18th, 2008 at 1:39 pm
Sebenarnya buku ni memang bagus pun shuth,terutamanya untuk newbies macam saya.Lagi bagus beli online melalui blog ni kan,dapat free bonus hehe
August 19th, 2008 at 4:55 am
Tahniah atas kejayaan anda menulis buku tersebut…….ARB Dagang
August 20th, 2008 at 12:51 pm
tahniah shuth…semoga berita ini dpt memberi motivasi kpd im yg lain.
August 22nd, 2008 at 1:54 pm
ok saya dah beli,tapi tak tahu status akaun dah aktif@belum.
August 23rd, 2008 at 3:26 pm
salam,tahniah banyak-banyak saya ucapkan kepada saudara shuth atas kejayaan buku rahsiablogger.semoga allah akan sentiasa murahkan rezeki saudara shuth…
August 25th, 2008 at 3:12 am
Tahniah Shuth,
Dah lama dah saya beli buku shuth kat MPH… tapi belum ada kesempatan nak minta autograf shuth…
August 25th, 2008 at 7:14 am
Saya dah beli buku rahsiablogger. Memang best. Tengahari tadi baru cuba-cuba buat blog setelah baca buku saudara utk kali pertama. Dalam masa lunch tadi saya dah dapat buat blog saya sendiri for the first time, melalui pembacaan buku di atas. Hebat buku anda..Blog saya yang pertama dihasilkan http://rahsia-sihat.blogsport.com..mcm professional aje walaupun saya ni buta IT . Memang patutpun buku RAHSIABLOGGER laris..tahniah & tahniah
terima kasih banyak2
September 7th, 2008 at 2:14 am
satu perkembangan yg baik dlm industri buku dan IM Malaysia.
September 9th, 2008 at 3:04 pm
Bestseller tuu. Jarang blogger boleh buat mcm ni.
September 11th, 2008 at 11:39 pm
Tahniah. Memang dah ada pun kat kedai buku. Tapi tak semua la..
October 24th, 2008 at 9:00 am
Agak2nya budak yang keje MPH tu tau tak Shuth penulis buku tu? ala-ala macam cerita Cinta.