Umno perlu wujud blog saingi lawan: Mohd Ali
Keratan Akhbar April 4th, 2008MELAKA: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno diminta mewujudkan laman blog masing-masing bagi menyaingi 240 laman serupa yang dihasilkan pihak tertentu, majoritinya cenderung menyokong pembangkang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata usaha itu sebagai menyokong langkah beberapa pemimpin Umno dan komponen BN lain yang mula mewujudkan laman blog masing-masing selepas pilihan raya umum ke-12.
Katanya, laman blog wajar diwujudkan segera bagi menerangkan aktiviti selain membolehkan masyarakat berinteraksi secara terus dengan pemimpin tanpa mengira waktu.
Mohd Ali memuji langkah beberapa pemimpin BN termasuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Muhamad Khir Toyo mewujudkan blog sendiri.
Sumber : Berita Harian, 4 April 2008
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


April 12th, 2008 at 1:56 pm
hanya daripada saya kini, saya tabik kepada Ali Rustam yang telah melihat hal ini lebih dahulu lagi dengan adakan laman blognya sendiri terlebih dahulu.
ya, persaingan mula semakin sengit kini.