Pemuda lancar web blog ‘Sakabangsa’
Keratan Akhbar June 11th, 2008KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno semalam melancarkan web blog yang akan memberikan ruang kepada pengendali blog, pelayar internet serta media arus perdana memberikan pandangan, kritikan dan berinteraksi dengan pergerakan itu dalam pelbagai isu.
Web blog itu www.sakabangsa.blogspot.com dilancarkan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah.
Beliau berkata, web blog itu akan menyertakan artikel daripada pengendali blog dan media arus perdana serta memasukkan juga pendapat mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan supaya semua pihak dapat benar-benar memahami isu berkenaan.
“Selama ini kita tidak pernah membabitkan pengendali blog. Media arus perdana dan pengendali blog perlu dibabitkan sama dan memberikan pendapat kerana mereka dekat dengan rakyat.
“Mereka juga mengetahui masalah atau isu di peringkat rakyat akar umbi kerana sentiasa bertemu pelbagai lapisan masyarakat ketika menjalankan tugas.
“Apa yang ditulis oleh media termasuk pengendali blog juga membentuk persepsi rakyat mengenai sesuatu isu yang ditulis itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan web blog itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Beliau juga berkata, semua pandangan dan kritikan yang dibuat oleh pengendali blog dan media akan diambil tindakan dengan memberikan penjelasan.
“Kita berharap ia akan menjadi cara orang muda berinteraksi secara lebih tersusun dan interaktif,” katanya.
Beliau berkata, isu membabitkan Pemuda Umno yang memerlukan tindakan segera akan disampaikannya kepada Ketua Pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk dijawabnya.
Sumber : www.bharian.com.my
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-
- No related posts



July 31st, 2008 at 3:01 am
diorang ni takde duit ke nak beli domain dan hosting sendiri? ai..
August 10th, 2008 at 5:28 pm
siapa bilang pake blogspot tak ada duit? aku kok nyaman dan lebih mudah, duit no 2 bung!