Pandangan Anda Mengenai BLOG di RTM1
Keratan Akhbar April 28th, 2008Bagi yang tidak dapat mengikuti rancangan BLOG yang dikendalikan oleh RTM1 pada minggu lepas (20 April 2008), anda bolehlah memuat turun melalui link berikut dan menontonnya. Perbincangan yang agak menarik dengan tetamu undangan, Kadir Jasin. Dan sekiranya anda perasaan, pada minit ke 17.30, emel daripada Zul SmartUsaha dipaparkan.
Download BLOG RTM1 (20 April 08)
48.7 mB
Pada minggu ini pula, tetamu jemputannya ialah Raja Petra yang mana mengendalikan laman Malaysia Today.
Sekiranya anda perasan, untuk dua minggu berturut-turut, penulis blog poliik dikeutarakan dalam program Blog ini. Adakah pada minggu hadapan juga tetamu jemputan adalah seorang penulis blog politik? Mungkin ini tanggapan orang ramai mengenai penulis blog. Sesiapa sahaja yang menulis blog dikatakan orang politik. Sepatutnya, RTM1 memainkan peranan penting dalam membetulkan persepsi masyarakat ini dan cuba keutarakan blogger yang menulis selain daripada topik politik.
Bak kata Kadir Jasin dalam rancangan ini, dalam 50 Blog Popular di Malaysia, hanya 8 blog sahaja yang menulis mengenai politik, malah yang menjadi Blog Paling Popular di Malaysia, Kenny Sia, blognya menceritakan mengenai kehidupan hariannya.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai rancangan ini?
Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















April 29th, 2008 at 6:51 am
Saya dah mengikuti siri rancangan Blog ni di RTM, memang nampak macam RTM ni ingat penulis blog ni semuanya pasal politik je.Padahal blog ni mcm-mcm ada dan yang penting boleh buat duit dengan blog
April 30th, 2008 at 3:04 pm
Saya tidak mengikuti siri di RTM tu, tapi yang pasti mereka ini masih cetek pemikirannya. Blog bukan untuk politik… can they understand this simple thing? How can they host a TV show if they fail to make the audiences realize this ? Emm…
Cuma segelintir sahaja gunakan blog sebagai medium untuk communicate their political views. Itu sahaja. Kenapa tak bring up about people yang so successful in making a living using blog. I think that will be more interesting and beneficial to audiences.
June 3rd, 2008 at 8:00 am
ramai yang berangapan blog yang menyebabkan bn kalah teruk tapi bagi aku sendiri,rakyat ingin membuat perubahan untuk melihat apa yang terjadi bila buat perubahan..mengenai blog pulak,,,saya rasa tak banyak blog yang menceritakan suasana politik