Jenis-jenis pembaca RSS
Feed & RSS March 5th, 2007Ok! Post kali ini adalah khas untuk menjawap soalan dari sabri serta pembaca-pembaca blog lain. Pada sewaktu mula-mula mengenali RSS, saya juga keliru… tentang cara menggunakan RSS dengan betul.. main hentam sahaja. Namun begitu, lama-kelamaan, saya mula faham.
Baiklah.. sebelum saya cerita mengenai RSS Reader.. saya cerita dulu basic tentang RSS.
RSS ini sebenaernya, berfungsi seperti seakan-akan email. Ia memerlukan dua pihak, jika email.. kita ada pihak yang “menghantar” dan juga pihak yang “menerima”.
Bagi RSS pula.. ia mestilah ada pihak yang “menerbit” , dan juga pihak yang “melanggan”.
Website & Penulis Blog adalah merupakan pihak yang akan menerbitkan RSS.
Pembaca dan orang2 yang subscribe RSS sesuatu blog atau website pula.. di panggil sebagai “pelanggan” (kalau dalam bahasa omputihnya, disebut “subscriber”).
Ok.. untuk membolehkan pelanggan-pelanggan ini melanggan RSS bagi sesebuah website, mereka perlulah mempunyai aplikasi khas yang dipanggil RSS Reader.
RSS Reader ini pula terbahagi kepada 2 jenis.
1 ) Web based
2) Dekstop based
Ala.. sama macam membaca email.. kan ada yang web based dan ada yang dekstop base!
Kalau jenis yang web based ni.. kita boleh access akaun kita dan baca dimana-mana komputer, janji.. komputer tu ada internet.
Kalau yang dekstop based pula, kita hanya boleh baca kat komputer itu sahaja.. kalau pergi kat komputer lain.. dah tak boleh baca.
So.. boleh faham kan antara konsep web based dengan dekstop based?
So.. begitulah juga halnya dengan RSS Reader. Ada yang jenis web based dan ada yang jenis desktop base.
Antara RSS reader berasaskan web (web based) yang popular, ialah seperti bloglines.com, feedsbucket.com, my yahoo news, google reader dan banyak lagi.. boleh lihat disini untuk senarai RSS Reader berasaskan web. Kelebihan web based reader ini, seperti yang saya cakapkan diatas.. anda boleh baca kesemua RSS yang anda telah subscribe dari mana-mana PC yang mempunyai sambungan internet.
Berbeza dengan RSS Reader berasaskan Desktop, anda pelu install terlebih dahulu perisian tersebut di komputer anda, dan anda hanya boleh membaca semua RSS yang anda telah langgan di komputer tersebut sahaja.
RSS reader berasaskan desktop ini pula terbahagi kepada 2 jenis.
1) Aplikasi rss reader semata-mata - contohnya seperti awasu.com , feeddemon.com dan banyak lagi
2) Built-in di dalam web browser. - yer, tahukag anda, kebanyakkan web browser sekarang sudah built-in sekali dengan fungsi RSS reader, IE7 , Firefox dan Opera. Semuanya telah siap sedia mempunyai RSS Reade.
Bagi saya? Saya gemar menggunakan RSS Reader yang terdapat sekali di dalam Opera. Berikut adalahgambar RSS Reader saya yang menggunakanOpera.

Untuk melihat senarai Aplikasi RSS Reader , boleh lihat disini
Oklah… itu sahaja penerangan saya mengenai RSS Reader… harap semua pembaca dapat memahaminya.. kalau tak faham juga.. lihat gambarajah kat bawah.

Sekian.
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


March 9th, 2007 at 4:17 am
info yang bagus..tentang subscriber tu saya dah faham, cuma yang saya tak faham bila saya periksa dalam control panel feed saya(feedburner), dia tunjuk ada browser macam firefox dan sebagainya yang turut subscribe feeds saya..Benda ni berlaku secara automatik ka shuth?pening saya fikir, last-last buat taktau ja,hehe..
March 9th, 2007 at 6:40 am
Itu maknanya, pelawat tersebut menggunakan Built-in RSS Reader yang terdapat di dalam browser firefox.
March 12th, 2007 at 7:21 am
Terima kasih shuth! Baru faham sikit.
August 14th, 2007 at 9:26 am
terima kasih atas artikal yang berguna ini..saya sebelum ini tidak berapa faham.sama dengan u juga pada permulaan pakai hentam jer :)apa pun terima kasih
August 16th, 2007 at 3:26 am
sabri…nama kita serupa a :)saya nak tanya sikit apa fungsi software rsspublisher pulak