Jom Ubah Pemasangan WordPress ke Kedai Online

wordpress 8 Comments »

Pernahkah anda mencuba untuk menjadikan WordPress sebagai kedai online anda? Jika tidak pernah, maka anda boleh mencubanya sekarang dengan amat mudah. Apa yang anda perlukan adalah hanya tiga perkara sahaja, iaitu pemasangan WordPress, sebuah tema dan juga satu plugin.

Sama seperti kedai online yang lain, anda boleh membolehkan para pelanggan anda membayar melalui PayPal ataupun Google Checkout melalui penggunaan plugin WP e-Commerce yang mana dibangunkan oleh Instinct. Sama seperti plugin yang lain, anda hanya perlu memuat-naiknya pada folder \wp-content\plugins seterusnya aktifkannya melalui dashboard WordPress anda. Seterusnya anda boleh memasukkan data-data PayPal dan juga Google Checkout melalui panel khasnya di dashboard WordPress anda.

Seterusnya muat-naik tema khas untuk kedai online yang dibina khas oleh King Cart. Ianya diberikan secara percuma sama seperti tema-tema yang lain. Anda hanya perlu memuat-naiknya kedalam \wp-content\themes dan seterunya aktifkannya di dashboard WordPress anda. Sekiranya anda inginkan kelainan, anda mungkin boleh editnya sendiri ataupun mengupah orang untuk mengubahnya mengikut citarasa anda.

Kini, anda boleh menjadikan WordPress anda sebagai kedai online sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan Joomla, tetapi lebih mudah dan senang. Malah kesemua sumbernya adalah percuma. Cubalah hari ini.

Naik Taraf Pemasangan WordPress Anda Kepada WordPress 2.6 Tyner

wordpress 1 Comment »

Seperti yang dikatakan sebelum ini, WordPress 2.6 telah pun dikeluarkan oleh pihak WordPress. Versi terbaru dipenuhi beberapa ciri-ciri baru yang menarik dan berguna. Anda dinasihatkan untuk menaik-taraf pemasangan WordPress anda kerana versi sebelumnya mempunyai lebih 190 bugs. Berikut merupakan video yang menunjukkan fungsi-fungsi terbaru dalam WordPress 2.6:

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan hosting dari WordPress.com, maka anda tidak perlu bimbang kerana akan dinaik-taraf secara automatik, tetapi sekiranya anda membuat pemasangan sendiri, anda boleh memuat-turun versi terbaru ini dan naik-taraf secara manual, atau melalui cPanel.

WordPress 2.6 Dengan Lebih Dekat

Makluman, wordpress 3 Comments »

WordPress 2.5 baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, dan kini WordPress 2.6 dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan Julai ini. Walaupun WordPress 2.6 ini bukanlah satu pengeluaran besar seperti versi 2.5, ianya masih mempunyai beberapa fungsi yang agak menarik, dan terasa rugi kalau tidak mencubanya.

1. Kembali ke Artikel lama
Seringkali para pengguna menghadapi masalah apabila telah mengedit sesuatu artikel yang telah ditulis dan inginkan kembali artikel yang tidak di edit itu. Melalui WordPress 2.6 ini, anda boleh mengubah kembali artikel anda ke versi terdahulu tanpa risau. Selain itu, anda juga kini boleh menambah fungsi seperti WiKi dimana anda boleh menunjukkan penukaran-penukaran yang telah anda lakukan di penhujung artikel.

2. Memperlajukan Masa Loading
WordPress 2.6 mempergunakan fungsi Google Gears dimana ianya akan menyimpan fail-fail statik dan menjimatkan masa loading panel admin anda.

3. Aktifkan Lebih Dari Satu Plugin
Jikalau sebelum ini, kita terpaksa aktifkan atau buang setiap plugin satu demi satu, kini anda boleh membuatnya dengan lebih pantas. Anda boleh memilih beberapa plugin dan aktifkan dengan satu klik atau sebaliknya.

Selain daripada itu, anda juga boleh memadam terus sesuatu plugin tanpa menggunakan perisian FTP. Anda boleh membuangnya terus daripada panel admin anda.

4. Pindahkan fail wp-config.php anda
Kini anda boleh memindahkan fail wp-config yang menyimpan pelbagai data penting ke tempat yang lain. Walaubagaimanapun, sehingga kini ianya tiada masalah untuk menyimpan fail wp-config anda di root.

5. Pindahkan WP-content
Kini anda boleh memindahkan fail-fail anda dari wp-content ke tempat yang lain sekaligus mengubah struktur pautan bagi fail-fail anda (seperti gambar).

Domain Parking Menggunakan WordPress

Tips Blog, wordpress 2 Comments »

Kini, budaya membeli nama domain telah menjadi kebiasaan. Malah setiap hari terdapat ratusan nama domain baru yang didaftarkan. Sebagai seorang blogger, ramai yang memiliki nama domain mereka tersendiri. Tetapi, masalah akan timbul apabila anda mendaftar nama domain dan anda tidak dapat mula membuat apa-apa, samaada memasang WordPress mahupun menulis sebarang artikel. Ini akan mengakibatkan nama domain anda menjadi tempat iklan ditunjukkan oleh pendaftar domain anda. Nama lain yang digunakan untuk perkara ini ialah Domain Parking.

Contoh Laman Domain Parking
Contoh Laman Domain Parking

Oleh itu, kini anda boleh mengubah domain anda daripada menjadi Domain Parking kepada suatu laman yang berguna dengan menggunakan tema LaunchPad yang perlu digunakan bersama WordPress. Untuk memasang WordPress, anda boleh login ke cPanel dan memasangnya menggunakan Fantastico dengan hanya tiga klik sahaja. Seterusnya anda hanya perlu memasang tema LaunchPad pada blog baru anda itu.

Contoh Laman Yang Menggunakan LaunchPad
Contoh Laman Yang Menggunakan Tema LaunchPad

Mungkin ramai yang tertanya-tanya keistimewaan tema ini. Apabila anda memasang tema LaunchPad sementara menunggu masa anda mula menulis, sebuah muka hadapan eksklusif akan ditunjukkan. Setiap pengunjung yang mengunjungi laman anda itu boleh meninggalkan alamat emel di mana mereka akan mendapat emel setiap kali anda menulis artikel di blog anda kelak. Selain menjadikan nama domain anda tampak professional, anda juga boleh mendapat pengunjung berulang hasil penggunaan FeedBurner yang diintegerasikan dalam tema ini.

Anda boleh memuat turun tema LaunchPad untuk WordPress secara percuma dari laman ThemeShapper.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in