Hati-Hati Sebelum Upgrade WordPress 3.0
wordpress 4 Comments »
WordPress telah pon masuk ke versi 3.0 dan sebelum anda upgrade ke versi terbaru ini anda mesti berhati-hati. Mungkin ada masalah yang bakal anda hadapi apabila upgrade kepada versi terbaru ini.
Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada saya disini saya senaraikan beberapa masalah yang mungkin berlaku kepada anda :
1. Blog post anda tidak dapat dibaca
2. Selepas publish artikel akan keluar white blank page
3. Keluar error selepas buat komen
Semua masalah ini berkemungkinan terjadi disebabkan oleh template wordpress anda atau plugin yang tidak sesuai dengan version terbaru wordpress.
Kebanyakan plugin wordpress telah pon diupgrade namun bukan semua pemilik plugin tersebut upgrade plugin mereka.
Sebelum upgrade adalah lebih bagus untuk anda membuat backup terlebih dahulu.
Masalah yang disenaraikan tersebut adalah berdasarkan apa yang berlaku kepada saya beberapa hari lepas.
Apa Perlu Dilakukan??
Ok, selepas mencari jawapan digoogle. Apa yang saya lakukan ialah saya disable semua plugin yang ada di blog wordpress saya.
Kemudiannya, saya upgrade mana-mana plugin yang “Upgrade Available”.
Tiada jalan lain yang saya temui, hanya try-n-error satu persatu plugin ‘activate dan deactivate’ untuk mencari masalah yang dihadapi oleh wordpress saya.
Akhirnya, beberapa plugin yang memberi masalah ialah
1. WordPress Super Cache
2. Adrotate
3. Google Sitemaps
Ada juga plugin lain yang tidak berfungsi dengan wordpress versi terbaru ini walau bagaimanapun plugin tersebut tidak memberi apa-apa masalah kepada wordpress saya.





