Blog kini bukan lagi hanya digunakan oleh anak-anak muda untuk menceritakan tentang kucing peliharaan mereka yang beranak 6 atau mencatatkan kekecewaan seorang gadis kerana jejaka idaman hatinya gagal membalas sms yang dihantar olehnya. Blog kini sudah digunakan untuk pelbagai tujuan, politik, dakwah, hiburan alternatif, dan tidak ketinggalan juga untuk tujuan perniagaan.
Jika anda mempunyai perniagaan dan anda tidak mempunyai blog.. anda sememangnya tidak kooool. Sebagaiseorang usahawan Gen-Y yang kool, perniagaan anda mestilah mempunyai blog.. musti!
Berikut adalah beberapa sebab mengapa perniagaan anda perlu mempunyai blog.
1) Menarik Trafik Ke website
Pada mulanya, ia memang agak sukar. Ini kerana, selain anda perlu mempromosikan website perniagan anda, anda juga perlu mempromosikan blog perniagan anda. Kini anda mempunyai 2 kerja/bebanan/website yang perlu dipromosikan. Namun begitu, apabila enjin carian sudah menjumpai blog anda dan sudah berjaya mengenalpasti topik/bidang yang anda bicarakan di dalam blog anda. Insyallah.. kedudukan/ranking blog & website anda akan naik secara mendadak. Enjin carian sememangnya gemarkan isi kandungan yang baru, segar dan selalu di update. Di tambah dengan katakunci-katakunci serta link yang berkaitan, maka seharusnya tiada masalah untuk blog anda membantu menaikkan ranking website perniagaan anda.
2) Maklumbalas Yang Pantas
Ciri-ciri blog yang mengandungi ruangan komen pada setiap pos membolehkan pelangan-pelanggan / bakal-bakal pelanggan anda memberikan maklumbalas tentang produk/perniagaan anda dengan lebih pantas & murah. Seperti yang anda sedia maklum.. di dalam perniagaan.. maklumbalas pelanggan adalah amat-amat berharga untuk sesebuah perniagaan memperbaiki & memajukan lagi perniagaan mereka. Berbanding jika perniagaan yang tidak mempunyai blog.. untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan, mereka perlu menjalankan survey sama ada menerusi booth-booth pameran yang disewa di pesta-pesta pameran atau menyediakan borang maklumbalas yang dilampirkan bersama produk mereka. Kaedah seperti itu memerlukan kos yang agak tinggi (sewa booth, kos print kertas, kos pos dan sebagainya) dan lambat…
3) Meningkatkan Kredibiliti + Kepercayaan = Jualan
Apa yang menarik, blog akan mewujudkan perasaan “dekat” diantara anda dengan pelangan-pelanggan anda. Melalui blog mereka dapat berinteraksi secara terus dengan anda.. dengan itu, ia akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan-pelanggan anda kepada anda. Lebih-lebih lagi jika perniagaan anda adalah perniagaan yang berasaskan “perkhidmatan” atau pun “khidmat nasihat”. Pembangunan jenama & kredibiliti adalah amat kritikal dan penting…. dan blog! mampu membantu meningkatkan kedua-kedua ciri tersebut untuk perniagaan anda.
4) Pemasaran yang mudah
Anda ada produk baru yang ingin dilancarkan? Umumkannya sahaja di blog anda!. Jika anda sudah mempunyai pembaca-pembaca setia di blog perniagaan anda, sememangnya tidak sukar untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru bagi produk anda.
Jadi.. usah berlengah lagi.. bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang..