Dapatkan Sekarang!

URL Blog Mesra SEO

Blog SEO, Tips Blog, Tutorial Blog 12 Comments »

Jika anda membina blog mengunakan wordpress, setiap post blog anda akan mempunyai URL yang berbeza, dan secara “asal”nya, URL blog anda akan menggunakan sistem nombor seperti..

http://namadomainanda.com/?p=NO-ID-POST

Perkara ini sebenarnya kurang sesuai bagi blog anda untuk tujuan SEO, ini ekrana, NO-ID tidak dapat memberikan apa-apa gambaran atau penerangan ringkas tentang apa yang diceritakan di blog anda.

Oleh itu, anda perlulah mengubah setting permalink blog anda bagi membolehkan ia lebih mesara SEO. Dengan mengubah setting permalink blog anda, anda boleh meletakkan beberapa keyword yang sesuai untuk sesuatu post dan serbasedikit dapat membantu search engine mendapatkan gambaran ringkas tentang kandungan blog anda.

Antara struktur permalink yang terbaik adalah yang berbentuk seperti ini..

http://namadomainanda.com/kategori/tajuk-post-anda

Untuk mengubah struktur pemalink anda ini, anda boleh login ke dalam control panel blog anda, klik pada option >> permalink

Permalink

Pilih pada “Suctom, specify below” dan masukkan kod berikut

/%category%/%postname%/

Kemudian, klik update permalink…. tadaaaa… siap!

kini URL setiap post blog anda sudah pun menjadi mesra SEO.

AWAS: Mengupdate permalink blog anda mungkin akan menyebabkan link-link sedia ada dari website lain ke blog anda akan terputus. Danini, serba sedikit akan menganggu rankingb log anda di dalam search engine. Untuk mengatasi maslah tersebut, sila gunakan plugin berikut..

Permalink Migration Plugin : Plugin ini, akan automatik me”redirect”kan URL anda yang lama kepada URL yg baru.

Selamat mencuba!

Blog di hack? Backup! Backup!

Asas Blog, Lawak Rileks, Tips Blog, Tutorial Blog 4 Comments »

A Deal's a Deal

Uh!.. memang geram rasanya jika blog kita di hack! Lebih perit lagi, jika kita tidak mempunyai sebarang backup untuknya. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, kita perlulah sentiasa membuat backup bagi blog kita. Tetapi malangnya.. hampir 98% pemilik website tidak membuat apa-apa backup untuk website mereka.

Bagaimana membuat backup?

Anda boleh baca artikel dari shuth (ehem.. ehem…) di ruangan artikel wangcyber.com. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Mungkin cara backup tersebut agak panjang dan leceh untuk dilakukan… tapi jangan risau, bagi pemilik blog yang menggunakan perisian wordpress. Ada cara lebih mudah untuk membuat backup blog anda. Gunakanlah plugin “WP-DB-Backup” , dengan plugin ini, database blog anda akan dibackup dengan hanya satu klik sahaja!

Bagaimana nak install plugin?

Mudah jer! Berikut adalah kaedah “standard install plugin” bagi aplikasi wordpress
1 - Download fail plugin tersebut. biasanya dalam format zip
2 - Extract fail plugin tersebut ke dalam komputer anda guna winzip
3 - Upload fail plugin tersebut ke dalam folder “/wp-content/plugins/” guna FTP
4 - Login ke dalam control panel wordpress anda > Klik Plugins > Klik Activate pada plugins yang ingin diaktifkan.

Plugin anda siap dipasang! Selamat mencuba!

P/s:- Ke anda tidak tahu.. apa itu plugin?

Cara Mudah Upgrade Wordpress 2.1

Tutorial Blog 3 Comments »

Jika sebelum ini, saya sudah berikan anda cara-cara men”upgrade” wordpress secara manual. Kali ini, saya akan tunjukananda cara yang lebih mudah meng”upgrade” wordpress, dengan menggunakan fantastico.

Kaedah ini, hanya terpakai bagi mereka yang meng”install” wordpress mereka, menggunakan fantastico sahaja suatu masa dahulu. Jika dulu, anda menginstall wordpress anda secara manual, maka kenalah buat upgrade secara manual juga.

Caranya…

1) Buat backup website anda. Boleh baca disini untuk cara buat backup.
2) De-aktifkan semua plugin wordpress anda.
3) Tukar kepada “theme” asal.
4) Login ke dalam cpanel > klik fantastico > klik wordpress > klik upgrade to 2.1 > klik butang “upgrade”
5) Tadaaaa… Wordpress anda telah diupgrade! Login ke dalam wordpress anda dan aktifkan semula semua plugin anda, dan tukarkan semula themes anda.

Nota : seperti biasa, ada sesetengah theme @ plugin yang sudah tidak sesuai dengan wordpress versi baru. Jadi, mungkin anda akan dapat lihat beberapa plugin anda tidak akan berfungsi pada wordpress versi baru ini.

Selamat mencuba!

Upgrade ke Wordpress 2.1

Tutorial Blog 4 Comments »

Pada 22 Januari 2007, wordpress telah mengeluarkan versi terbarunya, iaitu wordpress 2.1, yang juga dikenali sebagai nama Ella (bukan Ella ratu rock malaysia tu, tapi, Ella Fitzgerald, seorang penyanyi Jazz yang terkenal di US suatu masa dahulu. Sekarang dah arwah… )

Terdapat beberapa ciri yang menarik di dalam wordpress versi Ella ini. Antara ciri utama yang menarik ialah, fungsi autosave yang terdapat pada panel “posts” nya. Jadi, tidak ada lagi masalah post “terhilang” akibat masalah-masalah teknikal yang remeh setelah penat-penat menulis entry yang panjang.

Satu lagi yang paling saya suka pada wordpress 2.1 ini ialah tentang perubahan struktur kod aturcara nya yang semakin baik, sekaligus, meningkatkan lagi kepantasannya aplikasinya.

Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik yang terdapat didalam versi wordpress yang baru ini, menyebabkan saya berasa teruja untuk mengupgrade blog saya kepada versi wordpress 2.1 ini. Namun begitu, seperti biasa, jika tidak dilakukan dengan betul.. proses upgrade ini boleh menjadi satu malapetaka yang menyedihkan kepada kehidupan blog anda.

Baiklah, bagi sesiapa yang berminat untuk mengupgrade wordpres mereka, berikut adalah beberapa langkah ringkas yang perlu anda ikuti.

1 ) Backup database anda
2 ) Backup semua fail wordpress anda. Jangan lupa backup sekali fail .htaccess anda
3 ) Pastikan backup anda berfungsi dan boleh digunakan
4 ) Deaktifkan semua plugin yang sedia ada, ini bagi mengelakkan konflik, kerana ada sesetengah plugin, tidak dapat berfungsi pada versi wordpress yg baru
5 ) Download dan ekstrak pakej WordPress dari http://wordpress.org/download/.
6 ) Delete fail-fail wordpress yang lama di server hosting anda, KECUALI :-

  • fail wp-config.php
  • folder wp-content ; namun begitu, folder wp-content/cache perlu di delete”
  • wp-images folder
  • folder wp-includes/languages/
  • fail .htaccess
  • fail robots.txt

7 ) Upload semua fail wordpress versi baru yang terdapat di dalam komputer anda tadi ke server webhosting anda.
8 ) Setelah selesai, jalankan skrip upgrade Wordpress yang terdapat di http://websiteanda.com/wp-admin/upgrade.php , dan ikuti arahan yang dipaparkan.
9 ) Kemaskini “Permalinks” dan fail “.htaccess.” jika perlu
10 ) Install Plugins dan Themes yang terkini
11) Aktifkan semula plugin anda
12) Semak semua perubahan yang berlaku pada wordpress anda.

Itulah antara langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menaiktaraf versi wordpress bagi blog anda. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai proses menaiktaraf versi wordpress ini, anda boleh baca disini.

Selamat mencuba!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in