Blog Cikgu Suraya..

Asas Blog, Tips Blog 6 Comments »

Sewaktu saya belajar di universiti 5 tahun lalu , saya lihat, ramai juga pensyarah-pensyarah yang akan menyuruh pelajar-pelajar mereka masuk ke dalam website persendirian yang mereka bina khas untuk subjek yang mereka ajar, di dalam website tersebut, mereka akan meletakkan soalan-soalan assignment dan juga nota-nota kuliah yang mereka ajarkan di dalam kelas.

Selain dapat menjadikan seseorang pensyarah itu kelihatan “sangat” hebat (sebab pandai buat website) , ia juga banyak membantu serta memudahkan proses pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar (termasuk pelajar yang ponteng kuliah.. oh!).

Namun begitu, apa yang saya sedari pada waktu itu.. kebanyakkan laman web yang dibina oleh pensyarah-pensyarah ini seringkali terabai dan tidak dikemaskinikan. Apabila ditanya, “Mengapa Pn. Suraya (bukan nama sebenar) tidak kemaskinikan website puan?”, jawapan yang paling kerap diberikan ialah.. “Oh! saya takde masa.. tak sempat!”.

Maklumlah, “website” sememangnya memerlukan masa yang agak panjang sedikit untuk dikemasikinikan. Apabila nak masukkan kandungan baru, mesti nak kena ubah kedudukan beberapa bahagian, nak kena tambah table, menu sebelah kiri nak kena naikkan ke atas sikit, link untuk menu pun nak kena tambah, lepastu page yang lama pun nak kena buat link ke page yang baru.. bila dah siap semua tu.. kena upload pula.. nasib tak baik.. port ftp kena block pula! Aduh.. dah terpaksa kena upload dari rumah pula..

Maka, tidak hairanlah jika website tersebut amat “jarang-jarang” di kemaskinikan. Tapi.. itu cerita 5 tahun lepas!… sekarang sudah ada alternatif yang lebih baik.. apa lagi kalau bukan “BLOG?!”

Pada masa kini, saya berpendapat.. setiap pensyarah perlulah sekurang-kurangnya mempunyai sebuah blog untuk diri mereka @ untuk subjek pelajaran yang mereka ajar. Selain ia dapat memudahkan proses pembelajaran antara pensyarah & pelajar, blog juga dapat membantu mereka berinteraksi dengan pelajar-pelajar mereka dengan lebih teman tapi mesra lagi.

Blog juga lebih mudah dikemaskinikan berbanding website!… hanya taip-taip-taip.. kemudian tekan butang “publish!”.. Walla! siap dikemaskinikan.. tiada lagi masalah kena buat link manual, kena upload dari rumah serta masalah “kenapa gambar kat web saya tak keluar nie? argghhh..” ..

Jadi.. kepada semua pensyarah-pensyarah @ cikgu-cikgu di seluruh dunia yang membaca blog ini!… Silalah bina sebuah blog untuk menjadikan anda kelihatan lebih “kool” dan hebat di mata pelajar-pelajar anda..

Tak tahu macam mana nak buat blog?.. Mudah sahaja! Dapatkan segera buku “Rahsia Blogger” melalui blog ini… mudah, murah dan pantas..

Menukar Template Blog @ Blogger.com

Tips Blog, Tutorial Blog 8 Comments »

Ok! Hari ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana anda boleh menukarkan skin @ template blog anda di blogger.com , dari template yang “tipikal” kepada paparan template yang lebih “stylo”.

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan template blogger.com secara percuma antaranya ialah seperti :-

Untuk blogger.com, templatenya terdapat dalam 2 jenis format, iaitu :-

  1. Format Html – template versi lama atau disebut juga versi classic
  2. Format XML – template versi baru

Untuk menukar template blogger anda dengan menggunakan format XML, terdapat 4 langkah yang perlu anda lakukan.

1. Download dan “save” ke dalam komputer anda mana-mana template format XML yang anda berkenan dari mana-mana website yang menyediakan template percuma.

Download 7 save

2. Login ke dalam control panel akaun blogger anda dan klik pada bahagian “template @ layout> edit html”

Blogger Control Panel

3. Cari template yang anda telah save di dalam komputer ana tadi, dan kemudiannya tekan butang “upload”

Upload

atau.. anda boleh “select all & copy” semua aturcara XML yang terdapat di dalam fail xml tadi dan “paste” kan aturcaa tersebut ke dalam ruangan “EditTemplate”.. dan kemudiannya, tekan butang “Save Template”.

4. Tadaaaaaa!!! Siap! Kini jika anda buka blog anda.. ia sudah pun berwajah baru!..

Selamat mencuba!

Blog bahasa melayu…. mampukah?

Tips Blog 18 Comments »

Setuju atau tidak…. ini adalah hakikat yang perlu anda terima pada waktu ini. Jika anda ingin membuat “DUIT yang BANYAK” secara langsung menerusi blog, anda mestilah menulis blog di dalam bahasa inggeris..

Ini adalah hakikat.. dan saya menyatakannya berdasarkan fakta. Saya akui, blog bahasa melayu juga boleh menghasilkan wang.. tetapi “menghasilkan wang” dan “menghasilkan wang yang BANYAK”.. adalah 2 perkara yang berbeza. Buat masa ini saya tidak menjumpai lagi blog berbahasa melayu yang mampu menjanakan wang yang sangat BANYAK setiap bulan… dan sememangnya saya amat ternanti-nantikan saat itu (saat dimana penulis blog bahasa melayu berjaya menghasilkan wang yang banyak).

Potensi pembaca blog bahasa melayu hanyalah dari 3 buah negara sahaja, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia… jika hendak dibandingkan dengan bahasa inggeris, potensi pembacanya adalah satu dunia, termasuk Malaysia, Brunei & Indonesia.

Ditambah lagi dengan masalah kadar celik “pengiklanan atas talian” yang rendah bagi ketiga-tiga buah negara tersebut menjadikan penulis-penulis blog bahasa melayu semakin sukar untuk menjanakan pendapatan menerusi blog mereka menggunakan teknik penjualan iklan menerusi pihak ketiga (adsense, blogads dan sebagainya).

Kemunculan nuffnang & advertlets , memberikan sedikit harapan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Walaupun keberhasilan 2 program pengiklanan tempatan ini belum teruji & terbukti sepenuhnya sebagai sumber yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Namun begitu, ia serba sedikit dapat mengubat rasa kecewa penulis-penulis blog berbahasa melayu terhadap program-program pengiklanan antarabangsa yang disertai seperti google adsense, reviewme dan sebagainya.

Mahu atau tidak, penulis-penulis blog bahasa melayu perlulah mencari alernatif yang lain untuk menjana pendapatan dari blog mereka, sama ada menjual produk buatan sendiri ataupun menjual ruang iklan di blog mereka secara langsung tanpa bantuan pihak ketiga (google, text-links-ads, reviewme dan sebagainya). Di dalam konteks “penjanaan wang menerusi blog”.. saya melihat, penulis-penulis blog berbahasa melayu memerlukan daya survival yang tinggi untuk bersaing dengan penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. sejauh mana daya survival tersebut? Hanya masa yang dapat menentukannya..

Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan hal ini, tetapi saya rasa ini adalah lebih baik daripada terus menerus memberikan angan-angan yang kosong kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat “BESAR” menerusinya…

Jika anda berhajat untuk menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat banyak menerusinya.. maka bersedialah untuk berusaha 10 kali ganda daripada penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. buktikan anda juga boleh berjaya menghasilkan wang menerusi blog anda!
Selamat berblog.. dan selamat menjana wang menerusi blog.

Pindah Blog..

Tips Blog 10 Comments »

Seringkali.. mereka yang baru ingin memiliki blog akan menggunakan perkhidmatan blog-blog yang percuma seperti blogger.com & wordpress.com. Perkara ini bagi saya memang tidak ada salahnya. Selain ia dapat membantu newbie membiasakan diri dengan penggunaan blog, ia juga dapat menjimatkan kos.

Namun begitu, apabila lama-kelamaan menuils blog, mereka selalunya akan mula menyedari beberapa kekurangan menggunakan perkhidmatan blog yang percuma seperti tidak boleh meletakkan iklan google adsense (contohnya wordpress.com) , tidak boleh menambah plug-in yang best & cool disamping menangung risiko blog mereka akan di terminate secara tiba-tiba.

Pada waktu itu, mereka akan mula sedar & merasakan mereka perlu berpindah kepada blog yang di”host”kan  sendiri dengan nama domain dot com sendiri yang sememangnya lebih “cooooool”.

Namun begitu.. satu persoalan yang timbul! Perlukah mereka memulakan semula blog mereka from zero?… Adusss…  sayangnya… dah banyak entri yang dihasilkan, takkan nak tinggalkan macam tu je?

Oh! Jangan risau… sebenarnya, anda boleh memindahkan entry-entry di blog lama anda ke dalam blog yang baru.

Caranya? Mudah sahaja…  sebelum itu, kaedah ini hanya boleh digunakan jika blog baru anda menggunakan perisian dari wordpress.org sahaja.

Untuk memindahkan entry-entry dari blog lama anda, anda hanya perlu login ke dalam blog yang baru.. kemudian klik pada menu “Manage >> Import“.  Dan anda, sudah boleh mula mengimport entry-entry lama anda..

Import Entry ke Blog WordPress

Anda hanya perlu pilih sahaja platform blog yang anda gunakan untuk blog lama anda dan ikuti langkah seterusnya..  Setelah selesai, dalam sekelip mata. Blog  baru anda akan dipenuhi dengan entry-entry dari blog yang lama..

Sudah tentunya, tarikh2nya juga akan mengikuti tarikh2 daripada blog yang lama..

Sekian untuk tips kali ini.. selamat berpindah!

Tips Meningkatkan Komen Di Blog!

Tips Blog 18 Comments »

Shrinking Self Esteem

Satu perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penulis-penulis blog untuk mengembirakan serta memotivasikan diri mereka agar terus bersemangat untuk menulis blog ialah melihat & membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat di blog mereka.

Tanpa komen.. penulis akan berasa sedih.
Tanpa komen.. penuils akan lemah sangat untuk menulis.
Tanpa komen juga.. kadang-kala boleh membuatkan penulis berasa murung selama beberapa hari.

Untuk menggembirakan hati, kadangkala, ada juga penulis blog yang menghantar komen di blog mereka sendiri dengan menyamar sebagai orang lain.. (sehingga hari ini, saya tak pernah lagi buat perkara ini.. mungkin boleh gunakan trick ini suatu hari nanti… ho! ho! ho!)

Ok!… hari ini saya akan bagi anda 2 tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda.

Satu cara yang paling mudah.. “Minta sahaja mereka meninggalkan komen!”….

Kadang-kala, anda perlu bersikap jujur dan berterus-terang. Sama seperti jika anda menyukai & meminati seseorang gadis/jejaka. Anda perlu berterus terang dan katakan padanya yang anda amat menyukainya… memang kadangkala ia agak sedikit janggal & memalukan.. tetapi, apa salahnya?.. Kadangkala.. ia amat berbaloi untuk dilakukan.

Begitu juga dengan pembaca-pembaca blog anda, sesetengah daripada mereka, kadangkala perlu di “beritahu” untuk melakukan sesuatu. jadi, tidak ada  salahnya anda beritahu sahaja mereka  agar meninggalkan komen di blog anda, dan percaya tau tidak… mereka akan buat.

Ayat-ayat seperti berikut mungkin sesuai untuk mengarahkan pembaca anda meninggalkan komen di blog anda ..

” Apa pandangan anda untuk topik kali ini?”
“Saya ingin mendengar pendapat anda pula berkenaan hal ini, sila nyatakan di ruangan komen”
” Harap anda dapat kongsikan pengelaman anda pula..”

dan sebagainya…

Tips kedua untuk “Meningkatkan Komen Di Blog! ” ialah.. Tinggalkan komen anda terlebih dahulu di blog orang lain.

Ini adalah sama seperti prinsip menderma… jika anda inginkan wang.. anda kena derma wang anda terlebih dahulu kepada orang lain. Jika anda inginkan senyuman pula, anda perlulah terlebih dahulu memberi senyuman anda kepada orang lain.

Begitu juga dengan komen di blog. Jika anda inginkan komen di blog anda, anda perlulah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog orang lain terlebih dahulu!

Perkara ini sama seperti aktiviti “menderma” , jadi ia memang sukar sedikit dijelaskan secara saintifik.. jika anda tidak percaya…. silalah cuba… insyallah mujarab!

Untuk itu, apa kata anda mulakan amalan “memberi komen terlebih dahulu ini” di blog ini?.. ho! ho! :)

Selamt ber”komen”…


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in