Tidak boleh login ke admin wordpress

Tips Blog 3 Comments »
first day of class. and i'm not happy.

Image by ^^D i l a via Flickr

Fuh… lama betul blog ini tidak diupdate. Mohon maaf kepada semua pembaca-pembaca setia blog ini yang sentiasa menunggu kemunculan artikel terbaru.

Sebenarnya, beberapa minggu ini saya tidak dapat login ke dalam bahagian admin wordpress rahsiablogger ini, jesteru itu tiada post baru yang dapat saya lakukan. Pada mulanya saya fikir mungkin saya terlupa password, jadi, saya pun membuat “request forget password” , setelah mendapat password yang baru.. saya tetap tidak boleh login.. wah! cemas juga! kena hack ke?

Apa lagi, saya pun tanya pakcik G , alhamdulilah.. dalam masa 2 minit, saya dapat jalan penyelesaiannya. Kemungkinan besar masalah tersebut wujud akibat proses upgrade “plugin” yang saya lakukan sebelum ini. Mungkin ada plugin wordpress yang tidak “compatible” dan menyebabkan page login ke blog ini tidak dapat berfungsi dengan betul.

Apa lagi..

1) Saya login ke akaun webhosting saya menggunakan software FTP

2) Pergi ke folder “plugin” bagi wordpress yang terletak di “public_html > wp-content > plugins”, download folder tersebut ke komputer sebagai backup

3) Setelah backup, saya delete fail plugin yang terdapat di dalam folder tersebut satu persatu, dan kemudian cuba login.

Alhamdulilah, setelah saya delete satu fail yang bernama “error_log” dan “wp-db-backup.bak” , terus saya boleh login semula ke bahagian admin blog ini. Rupa-rupanya, fail tersebutlah yang membuat “onar”. Hu! hu!..

Fuh.. selesai masalah.

Saya menulis masalah ini disini hanyalah sebagai makluman, manalah tahu esok lusa ia terjadi kepada anda pula..  tak perlulah anda panik pula.. :) mesti anda dah tahu apa nak buat!

P/s:- gambar sekadar hiasan.. ho! ho! ho!

Reblog this post [with Zemanta]

Twitter.. blog micro?

Tips Blog 12 Comments »

Twit.. twit..

Kebelakangan ini,  agak heboh juga orang bercerita pasal twitter (www.twitter.com), apakabendanya twitter ini sebenarnya? Minggu lepas saya cuba luangkan masa sehari untuk belajar , explore dan memahami apakah sebenarnya twitter ini.

Setelah diteliti… ini hasil yang saya perolehi mengenai Twitter.

Twitter ini sebenarnya tidak banyak beza dengan blog. Ianya adalah sebuah website penyedia blog seperti blogger. Apa yang beza dan uniknya mengenai twitter ini ialah :-

  • Setiap post yang dihantar hanya boleh sepanjang 140 huruf sahaja , sebab itu ia dipanggail sebagai “micro blogging”
  • Selain boleh menghantar post menerusi web, anda juga boleh menghantar post menerusi sms (mobile phone) , instant messaging (gTalk, MSN)
  • Tiada option untuk “comment”

Satu persoalan yang timbul, “Kalau dah ada blog, kenapa nak buat twitter lagi? Macam buang masa je!”…

Ya! itulah persoalan yang pertama muncul di fikiran saya apabila mengetahui “apa itu twitter”, tetapi apabila difikir-fikirkan semula… ia sebenarnya bergantung bagaimana kita mahu menggunakannya.

Saya telah mendaftar dan menggunakan twitter di blog saya MohdSuhaimy.com , saya rasa, ianya sesuatu yang menarik. Ini kerana, saya agak jarang berkesempatan untuk mengupdate blog saya dengan entry yang panjang-panjang. Oleh itu, dengan adanya twitter, saya boleh menghantar “Mesej pendek” di blog saya,  mengenai apa yang saya sedang lakukan sekarang. Dengan cara itu, saya rasa, ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa kecewa pelawat-pelawat blog saya apabila mereka tiba di blog saya, dan kemudian mendapati, tiada post baru yang dimasukkan. Tapi dengan adanya twitter , dapat lah juga mereka tahu sikit-sikit.. apalah yang si mohdsuhaimy nie sedang buat sekarang?

Selain itu, saya juga telah mendaftarkan satu lagi twitter untuk sempoihosting. Paparan mesej twitter tersebut, saya letakkan di bahagian “Berita Terkini”  , ini sekaligus memudahkan saya untuk menyampaikan berita-berita terkini mengenai sempoihosting kepada pelanggan dan pelawat. Kadang-kala, server sempoihosting mengalami kegagalan dan “down” untuk sementara waktu. Sewaktu down itu pula, sudah tentunya web sempoihosting juga tidak dapat dibuka. Oleh itu, ia agak sukar sedikit untuk saya memberitahu pelanggan-pelanggan saya mengenai berita tersebut. Tetapi dengan twitter, saya berharap, berita mengenai server yang sedang “down” untuk sementara waktu dapat disampaikan. Dengan syarat, mereka mestilah menjadi follower kepada twitter sempoihosting.

Jadi, semuanya terpulang kepada anda, bagaimana anda mahu menggunakannya. Ataupun hanya membiarkan sahaja ia berlalu tanpa perlu ambil tahu kerana merasakan ianya tidak begitu relevan untuk anda pada waktu ini.

Apa-apa pun, bagi saya, masih ada banyak lagi potensi yang ada pada Twitter yang boleh dibongkari.

Selamt mencuba!

5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!

Blog Trafik, Tips Blog 9 Comments »

Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :

1. Tentukan topik blog anda.

Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati  ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.

2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.

Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.

3. Tentukan berapa kerap anda menulis.

Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.

4. Bantu pembaca anda!

INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda.  Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.

5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan – galakkan pembaca anda memberikan komen.

Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

Selamat mencuba! :)

Blog saya ke atas.. zemanta!

Tips Blog 3 Comments »

Jika anda menulis blog dan menggunakan pelayar firefox. Saya cadangkan anda memasang plug-in Zemanta ke dalam browser firefox anda.

Ini kerana, plugin Zemanta ini beupaya mencadangkan anda beberapa imej, artikel, link dan tag yang berkaitan sewaktu anda menulis entry di blog anda .

Buat masa ini, zemanta menyokong aplikasi blog dari wordpress, blogger, typepad dan juga livejurnal. Selepas anda memasang plugin-in ini, anda akan mendapati terdapat kotak tambahan di sebelah bar blog anda sewaktu anda menulis entry.

Cubalah…  memang menarik.

Download Zemanta disini 

Domain Parking Menggunakan WordPress

Tips Blog, wordpress 2 Comments »

Kini, budaya membeli nama domain telah menjadi kebiasaan. Malah setiap hari terdapat ratusan nama domain baru yang didaftarkan. Sebagai seorang blogger, ramai yang memiliki nama domain mereka tersendiri. Tetapi, masalah akan timbul apabila anda mendaftar nama domain dan anda tidak dapat mula membuat apa-apa, samaada memasang WordPress mahupun menulis sebarang artikel. Ini akan mengakibatkan nama domain anda menjadi tempat iklan ditunjukkan oleh pendaftar domain anda. Nama lain yang digunakan untuk perkara ini ialah Domain Parking.

Contoh Laman Domain Parking
Contoh Laman Domain Parking

Oleh itu, kini anda boleh mengubah domain anda daripada menjadi Domain Parking kepada suatu laman yang berguna dengan menggunakan tema LaunchPad yang perlu digunakan bersama WordPress. Untuk memasang WordPress, anda boleh login ke cPanel dan memasangnya menggunakan Fantastico dengan hanya tiga klik sahaja. Seterusnya anda hanya perlu memasang tema LaunchPad pada blog baru anda itu.

Contoh Laman Yang Menggunakan LaunchPad
Contoh Laman Yang Menggunakan Tema LaunchPad

Mungkin ramai yang tertanya-tanya keistimewaan tema ini. Apabila anda memasang tema LaunchPad sementara menunggu masa anda mula menulis, sebuah muka hadapan eksklusif akan ditunjukkan. Setiap pengunjung yang mengunjungi laman anda itu boleh meninggalkan alamat emel di mana mereka akan mendapat emel setiap kali anda menulis artikel di blog anda kelak. Selain menjadikan nama domain anda tampak professional, anda juga boleh mendapat pengunjung berulang hasil penggunaan FeedBurner yang diintegerasikan dalam tema ini.

Anda boleh memuat turun tema LaunchPad untuk WordPress secara percuma dari laman ThemeShapper.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in