Apa itu Gravatar?

Tips Blog 3 Comments »

Jika anda tidak pernah mendengar atau tahu langsung mengenai gravatar, post kali ini, pasti akan membantu anda memahami mengenainya.

Baiklah, Pernahkah anda mendengar tentang avatar? Avatar ialah satu imej yang menggambarkan anda di website. Ia sering digunakan di aplikasi “chat” seperti Yahoo Mesengger, MSN Mesengger dan GTalk. Di website, ia juga sering digunakan di forum-forum dan juga blog.

Namun begitu, satu masalah yang timbul mengenai konsep avatar ini ialah, jika anda menyertai banyak forum atau blog, anda perlu mengupload avatar anda pada setiap website tersebut. Jikalau anda nak tukar avatar anda, ia lebih menyusahkan, anda perlu upload semula pada kesemua website yang anda sertai tadi.

Disebabkan masalah itu, maka, gravatar.com pun muncul untuk memberikan jalan penyelesaian. Gravatar.com ini berfungsi sebagai satu pusat “central” untuk anda menguruskan avatar anda.  Apa yang sedikit berbeza, “gravatar” menggunakan konsep imej sebagai mewakili alamat email anda. Maksudnya, apabila anda meninggalkan komen di mana-mana blog yang mempunyai fungsi “gravatar”.  Sistem “gravatar” tersebut akan secara automatik, meletakkan imej “gravatar” anda pada blog tersebut mengikut alamat email yang anda tinggalkan, dan bukannya “id” atau ” nama” anda.

Jadi, apabila anda mendaftar di garavatar.com , anda sebenarnya men”setting”kan sesuatu imej kepada alamat email anda. Dulu, satu akaun gravatar hanya boleh menguruskan satu alamat email sahaja, tetapi kini, setelah gravatar.com di ambilalih oleh automattic.com , anda boleh setupkan banyak email di dalam satu akaun gravatar.

Bagi mereka yang masih belum mendaftar “imej avatar” untuk email mereka… usah berlengah lagi, lakukanlah ia sekarang. Lawatilah www.gravatar.com

Yosh!

Tips Menulis DiBlog

Tips Blog 9 Comments »

Apa yang saya ingin sampaikan pada artikel kali ini ialah berkenaan Tips Menulis diblog. Namun begitu saya tidak mengatakan artikel yang saya tulis menarik atau pon paling hebat.

Lain orang lain gaya bahasa yang ditonjolkan di blog masing-masing dan ada yang melakukan tagline sendiri diblog. Jangan ingat Akademi Fantasia, Raja Lawak dan realiti tv sahaja yang ada, blogger pun ada yang melakukannya.

Berbalik kepada topik asal, tip menulis diblog.

Ketika menulis saya sentiasa beranggapan saya bercakap dengan seseorang. Ini bermaksud artikel yang saya tulis itu seolah-olah saya berinteraksi dengan pembaca blog ini.

Dari segi gaya bahasa menulis diblog pula saya lebih gemar untuk membahasakan saya, anda dan korang. Pada permulaan saya berblog saya menggunakan gaya bahasa Aku,ko,korang namun apabila saya membaca balik artikel-artikel tersebut saya merasakan tidak sedap untuk dibaca. Ini pendapat saya jika anda rasa selesa teruskan dengan cara anda.  Ada yang lebih gemar untuk menggunakan aku dan kau. Bagi pendapat saya, saya tidak berapa gemar dengan gaya bahasa aku kau ini kerana ia kedengaran agak kasar dan tidak selesa untuk dibaca oleh pembaca.

Dari segi penulisan pula saya suka untuk menggunakan bahasa yang skema. Bermaksud saya lebih gemar untuk menggunakan bahasa seperti mana cikgu-cikgu bahasa melayu saya ajar dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Bukankah lebih bagus dengan menggunakan bahasa ibunda kita sendiri? Bahasa Budaya Bangsa. Saya tidak lagi menggunakan perkataan-perkataan short form. Apabila menggunakan short form ketika menulis terasa macam menulis SMS la pulak. Short form seperti kampung = kg saya rasa tidak lah menjadi masalah.

Pastikan ejaan semua betul walaupun saya sendiri kadang-kadang ada juga yang tersilap ejaannya. Latihan membuatkan kita menjadi lebih bagus.

Masalah ketika ingin memulakan penulisan diblog. Saya tidak tahu bagaimana keadaan anda tetapi saya tersangat sukar untuk menulis pada mula-mula saya ingin berblog dahulu. Sehinggakan saya memulakan penulisan saya di kertas kosong, saya menulis dahulu di kertas kosong kemudian saya salin balik ke dalam blog. Apabila saya rasa dah agak selesa dengan menulis di blog, alhamdulillah sekarang saya tidak lagi merangka-rangka di kertas kosong lagi untuk menulis. Apabila ingin menulis saya terus sahaja menulis.

Ada juga yang berpendapat jika ketika anda menulis diblog kemudian kehilangan idea ataupon melihat artikel yang ditulis itu terlalu pendek jangan anda simpan artikel tersebut di DRAFT sebaliknya teruskan sahaja publish artikel tersebut.

Jangan lupa untuk mengulang beberapa kali keyword tajuk artikel anda kedalam artikel. Maksudnya, seperti mana anda dapat lihat mengenai artikel ini berkenaan Tips Menulis Diblog saya ulang beberapa kali perkataan tips menulis diblog kemudian dibold atau italic kan keyword tersebut. Ini bertujuan untuk mudah di index oleh Search Engine.

Sekian untuk kali ini dengan Tips menulis diblog.

Salam berjumpa lagi. Selamat Tahun Baru dari Rahsia Blogger.

Pemeriksaan Duplikasi Artikel

Asas Blog, Tips Blog 6 Comments »

alam bertemu,

Keunikan artikel semasa penulisan didalam blog amat dititik beratkan kerana keunikan artikel ini membantu untuk SEO.

Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk kita memeriksa sama ada artikel yang kita buat terdapat duplikasi atau dengan kata lain sama dengan artikel orang lain.

Pemeriksaan duplikasi ini amat dititik berat kan terutamanya penggiat-penggiat adsense. Jadi saya berkongsi teknik untuk menentukan sama ada artikel kita unik atau pon tidak.

Pemeriksaan Duplikasi Menggunakan CopyScape

Laman web copyscape digunakan oleh penulis-penulis di internet untuk membuat pemeriksaan sama ada penulisan mereka di ciplak oleh orang lain. Jika anda seorang pensyarah, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk melihat hasil kerja pelajar anda sama ada meniru bulat-bulat dari internet atau pun tidak.

CopyScape dot com menyediakan perkhidmatan berbayar dan percuma. Semestinya yang percuma la yang kita mahukan.

Namun begitu, perkhidmatan percuma yang diberikan sedikit menyusahkan kerja kepada kita kerana kita perlu publishkan artikel kita terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh memeriksa sama ada artikel yang kita tulis tersebut duplicate atau pun tidak.

Sila Ke lama web http://copyscape.com.

Sila Lihat Gambar Di Bawah:

Jadi jika anda ada copy artikel dari internet tanpa memberi kredit kepada penulis asal dan anda ingin mendakwa kononnya anda menulis artikel itu sendiri,  anda silap! kerana semuanya dapat dikesan.

Jadi jangan kita melakukan perkara tidak beretika sebegitu.

Menjadi Popular

Tips Blog No Comments »

Satu perkara yang saya belajar (menerusi pemerhatian) daripada blogger-blogger popular adalah 

Menulis Subjek Yang Unik atau Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Sekiranya anda tidak dapat berbuat demikian, terimalah hakikat bahawa anda tidak akan menjadi blogger yang popular.

Baiklah, anda masih mahu menjadi blogger yang popular? Ikuti huraian saya di bawah.

Menulis Subjek Yang Unik

Pemilihan subjek adalah kritikal dan paling penting. Adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda menukar haluan blog anda dipertengahan jalan. Anda mungkin kehilangan pelawat sedia ada.

Cuba lihat blog-blog di sekeliling anda. Ada yang berkaitan masakan, ada yang berkaitan IT, ada yang berkaitan gadget terkini, ada yang berkaitan cari duit tambahan di internet, ada yang berkaitan penternakan dan berbagai-bagai lagi topik atau subjek yang dibincangkan.

Pilihlah subjek yang dapat anda tulis sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Jika tidak, anda akan mudah dihinggapi sindrom ‘writer’s block‘ iaitu keadaan di mana penulis tidak dapat menulis atau memulakan penulisan dalam tempoh yang sementara.

Tujuan menulis subjek yang unik adalah bagi memudahkan pemasaran blog anda. Pemasaran di sini adalah dari segi mulut ke mulut. Blog anda akan sentiasa diingati dengan 1 subjek sahaja. Dan pasti menjadi rujukan utama.

Ambil contoh, blog anda membuat ‘review’ setiap kereta buatan Proton. Subjek utama anda adalah ‘Kereta Buatan Proton’. Di dalamnya anda menulis tentang kereta-kereta yang dikeluarkan Proton, malah anda menguji setiap kereta keluaran Proton. Lebih baik lagi, anda melakukan tinjaun terhadap pengguna kereta Proton. Apakah hasilnya? Hasilnya, sesiapa yang mahukan maklumat tentang kereta Proton pasti tidak akan terlepas daripada melayari blog anda.

Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Baiklah, jika sekiranya subjek yang anda selesa untuk menulis berupa subjek popular, misalnya Politik di Malaysia, maka gunakan gaya yang unik bagi menjadikan blog anda lebih popular berbanding saingan anda.

Blogger Raja Petra umpamanya, popular kerana hasil tulisan yang dilihat mampu mencabar kredibiliti pemerintah. Husin Lempoyang pula dengan gaya satira politik. Penarik Beca dengan gaya teguran tanpa tapis terhadap pemerintah mahupun pembangkang. Contoh-contoh blogger ini saya sebutkan kerana mereka ini popular melalui gaya mereka.

Anda juga boleh begitu. Antara subjek popular yang lain adalah mengenai selebriti di Malaysia. Tulislah dengan gaya yang unik sama ada anda memilih untuk memuji, menghentam mahupun membuat gossip. Tetapi haruslah diingat, tema yang ke arah positif lebih bertahan lama berbanding tema negatif seperti menghentam, menyindir dan membuat gossip.

Pilihan ditangan anda. Tidak ada yang mustahil untuk menjadi blogger yang popular.

Nota: Saya juga mempunyai blog yang tidak popular di IyasIlias.com. Tetapi tujuannya adalah supaya saya dikenali ramai agar mudah saya berurusan di dalam perniagaan internet. Tidak seperti saya, sekiranya anda mahu menjana wang melalui blog, anda wajib memilih pendekatan popular.

Jaiku Lebih Menarik Dari Twitter

Tips Blog No Comments »

Kalau sebelum ini, Shuth ada menulis mengenai Twitter, hari ini saya memperkenalkan servis yang sama seperti Twitter daripada Google, iaitu Jaiku. Sama seperti Twitter, Jaiku juga membolehkan kita menghantar post menerusi web, sms, mahupun menerusi IM seperti YM!, MSN dan GTalk.

Tetapi baru-baru ini, Twitter telah menghentikan perkhidmatan notifikasi sms kepada follower-follower kita, dan Jaiku masih meneruskannya. Ini mungkin kerana kosnya ditanggung Google. Hehe. Jadi, menariknya mengenai Jaiku ialah, setiap kali anda melakukan update pada Jaiku anda, ianya akan menghantar sms kepada rakan-rakan anda berkenaan apa yang anda telah tulis. Menarik bukan?


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in