Mudahnya Upgrade WordPress!
plug-in 1 Comment »Tahukah anda, disebalik ramai yang sukakan WordPress, saya pernah membenci Wordpress dan berjanji tidak akan menggunakannya lagi?
Ini kerana WordPress tidak mempunyai kaedah atau modul untuk naiktaraf(upgrade) secara mudah! Betapa susahnya untuk upgrade WordPress, sehinggakan ada ebuku ditulis khas untuknya.
Tetapi kini tidak lagi. Menaiktaraf Wordpress adalah semudah klik, klik dan klik.
Terima kasih kepada Keith Dsouza yang mencipta Plugin Wordpress Automatic Upgrade.
Plugin ini dapat memudahkan proses menaiktaraf WordPress anda. Berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh plugin ini:
- ‘Back up’ file dan menyediakan link untuk mendownload file-file tersebut.
- ‘Back up’ database dan menyediakan link untuk mendownload database tersebut.
- Mendapatkan versi terbaru WordPress dari WordPress.Org
- Mengubah blog kepada keadaan penyelenggaraan(maintenance mode)
- Menyahaktif(de-activate) plugin-plugin yang aktif dan mengingatinya
- Menaiktaraf file-file WordPress
- Menyediakan link untuk anda melakukan instalasi naiktaraf
- Mengaktifkan semula plugin-plugin
Seperti saya katakan sebelum ini, anda hanya perlu klik, klik dan klik(dan jangan lupa baca dengan teliti sebelum klik
).
Ingat, baca dengan teliti sebelum klik, insyaALLAH proses upgrade anda akan berjalan dengan lancar.
PERHATIAN: Sekiranya laman utama blog anda berlainan daripada tempat anda install WordPress, seperti
Laman utama: http://faredsyauky.com/
Install Wordpress di: http://faredsyauky.com/v2
Maka anda perlu masukkan file index.php kosong di dalam folder v2 tersebut.
Saya mengalu-alukan sebarang soalan dari anda.
nota: saya akan ajar back up file secara manual dan back up database secara manual sekiranya terdapat permintaan.

