Wordpress Plugin Image Zoom

plug-in 7 Comments »

Memasukan gambar kedalam post sememangnya menarik tapi selalunya kita perlu linkkan gambar tersebut kepada url gambar tersebut jika pelawat blog kita mahu melihat gambar yang lebih besar.

Kita akan kehilangan pelawat dan kita juga menyusahakan pelawat blog kita untuk melihat gambar-gambar yang kita post di blog kita. Inilah perkara yang berlaku kepada saya sebelum ini.

Sekarang saya boleh menyusun gambar-gambar diblog saya dengan format 125 x 125 dan masukan gambar banyak-banyak. Saya tidak kesah jika gambar 125×125 ini tidak jelas kerana apabila pelawat blog saya klik pada image tersebut gambar penuh akan keluar di tengah-tengah monitor anda.

Anda boleh mencuba plugin wp-fancyzoom

Antara banyak-banyak plugin image zoom yang saya cuba plugin ini paling simple dan mudah untuk digunakan.

Hanya upload dan activate kan plugin ini ke dalam blog wordpress anda. Plugin ini akan secara outomatiknya akan detect format-format gambar .jpg, .gif , dll dan akan zoomkan gambar kepada saiz penuh.

Walaupon anda hanya linkkan gambar tersebut pada text plugin ini juga akan zoom gambar tersebut.

Nak tengok bagaimana ia berfungsi boleh ke link ini

Forum Plugin Untuk Wordpress

plug-in 5 Comments »

Lama juga rasanya saya tidak membuat post terbaru disini dan sedihnya tiada juga penulis lain untuk update blog ini ;) .

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca rahsia blogger mengenai plugin forum untuk wordpress.

Anda sebenarnya boleh membuat forum hanya menggunakan wordpress. Baru-baru ini saya telah pun mencuba untuk membina forum di blog selangor2u saya hanya menggunakan plugin.

Terdapat beberapa plugin forum menggunakan wordpress ini di internet dan anda boleh dapatkannya secara percuma. Klik sini 

Saya pernah mencuba beberapa plugin dan yang terbaik plugin yang saya jumpa ialah menggunakan plugin simple press forum.

Memang sukar sedikit untuk paham dan memahirkan mengenai fungsi-fungsi dalam plugin ini. Jadi anda perlu explore-explore dulu mengenainya. Try and Error.

Kelebihan plugin ini :

Plugin ini memang boleh dikatakan sama dengan fungsi forum sebenar seperti dapat letak signature,avatar upload,banner signature, private message.

Kelemahan plugin ini :

Anda mungkin akan mengalami masalah kepada blog anda selepas install plugin ini. Ini berdasarkan apa yang saya alami sebelum ini ketika install plugin ini di selangor2u. Masalah ini saya atasi dengan membina blog lain dengan subdomain forum di selangor2u dan blog ini khas untuk forum.

Selamat mencuba ;)

P/s : Kalau nak sembang pasal bola leh lawat forum saya selangor2u.com/forum

Install Plugin di Wordpress 2.7 lagi.

Asas Blog, plug-in 3 Comments »

Sebelum ini, saya pernah menunjukkan cara memasang plugin di wordpress 2.7 secara “random”, tetapi pada kali ini, saya ingin menunjukkan satu lagi cara melakukannya.  Pada kali ini, anda hanya perlu search plugin yang ingin anda minati, dan kemudian, klik install. Memang tersangat-sangat mudah.

Caranya..

1) Klik pada “Plugins >> Add New”

plugin01

2)  Kemudian, masukkan keyword yang bersesuaian untuk mencari plugin di kotak search. Sebagai contoh, saya memasukkan keyword “cloud tag”

plugin02 Read the rest of this entry »

Cara Install Plugins di Wordpress2.7

Tutorial Blog, plug-in 9 Comments »

Salah satu ciri yang ter”amat” saya suka di dalam wordpress versi terkini ini (wordpress2.7), adalah ciri memasang “plugins”nya yang teramat-amat mudah.

Dengan beberapa klik sahaja! anda sudah boleh meng”install” dan mengaktifkan plugin di blog wordpress anda. Tidak perlu lagi mendownload, meng”extract” dan mengupload lagi seperti dolu-dooluu.

CARA INSTALL PLUGINS @ WORDPRESS 2.7
====================================

1. Login ke dalam control panel anda dan lihat pada bahagian dashboard. Di page dashboard, terdapat satu colum yang dinamakan “plugins”. Disini, plugins yang menarik akan dipaparkan secara rawak.

plugins

Read the rest of this entry »

Mudahkan Pelawat Anda Melakukan Carian

plug-in No Comments »

WordPress memang sedia terbina dengan fungsi carian. Tetapi fungsi carian sedia ada ini tidak begitu menyeluruh dan agak mengecewakan.

Mujurlah John Godley mencipta plugin Search Unleashed.

Plugin ini sangat hebat, ia seolah-olah menukar fungsi carian blog anda kepada enjin carian yang baru!

Antara feature yang ada pada plugin ini adalah:

  1. Carian teks secara menyeluruh termasuk operasi logikal dan carian ‘teks separa penuh’(wildcards)
  2. Mencari di post, page, komen, url, tag, dan meta-data(sungguh menyeluruh, boleh dikonfigurasi)
  3. Carian ke atas data setelah diproses oleh kesemua plugin yang aktif, bukan sebelum diproses
  4. Keyword carian di’highlight’.
  5. Keyword juga di’highlight’ jika carian datang dari Google,YahooMSNAltavistaBaidu, dan Sogou.
  6. Paling menarik, tidak perlu apa-apa pengubahsuaian pada theme anda.
Saya menggunakan satu theme WordPress yang tidak memaparkan apa-apa keputusan carian daripada fungsi carian siap terbina di dalam WordPress. Plugin ini dapat memaksa theme tersebut untuk memaparkan hasil carian saya! Betapa berkuasanya plugin ini. Anda boleh lihat demo secara langsung di sini.

Download plugin di sini.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in