Rahsia Blogger Kembali Selepas Setahun Menyepi

Makluman 1 Comment »

Perlu ke untuk kita buat sesi perkenalan semula???

Al-maklumlah setelah sekian lama blog yang ini tidak terupdate dah masuk genap setahun.

Untuk makluman semua, saya bukanlah shuth aka Mohd Suhaimy tetapi saya hanyalah penulis blog ini setahun yang lalu sebelum saya menyepi dari menulis di blog ini. Shuth kan busy orangnya.

Walaupun saya tidak menulis diblog ini tetapi dunia blogging tidak saya tinggal, jadi ilmu untuk berkongsi adalah sedikit penambahan berbanding setahun yang lalu pada awal saya menulis di blog ini.

Jangan pula beranggap semua perkara mengenai dunia blogging saya tahu dan mahir.

Saya hanya berkongsi berdasarkan apa yang saya tahu dan pengalaman saya berblog lebih kurang 2 tahun ini.

Jika terdapat apa-apa kelemahan dalam artikel yang saya kongsikan atau tidak jelas saya mohon maaf.

Anda bukan seorang blogger jika anda tiada FACEBOOK!!!

Jadi, Klik Like Jika Suka

Diamkan diri kalau tak suka…hehehe

Rahsia Blogger Masih Hidup

Makluman 4 Comments »

lawak blogMelihat blog ini semakin lama seperti rumah tinggal saya harap saya dapat meneruskan untuk update blog ini walaupun saya sendiri masih ada beberapa blog lain untuk di update.

Untuk memudahkan saya mencari idea dan memenuhi citarasa anda untuk mencari ilmu dalam berblog, saya ingin meminta pendapat/komen anda semua

Apakah Topik Yang Rahsia Blogger Perlu Tekankan untuk Masa Ini?

Saya akan cuba mana termampu dan mana yang saya tahu semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan diharap dapat merasa duit dari internet.

Apa yang saya sarankan untuk kali ini jika anda masih belum mempunyai domain dan hosting sendiri rasanya sudah tiba untuk anda memilikinya.

Banyak hosting murah sekarang dan saya sendiri baru je menukar hosting ke sini.

Sempoihosting milik Shuth juga harga berpatutan. Pilih saja mana yang anda suka.

Jika tidak mempunyai modal, boleh dapatkan domain co.cc disini ianya percuma.

Jadi jangan lupa berikan komen mengenai topik yang perlu saya tumpukan mengenai blog di Rahsia Blogger.

CO.CC:Free Domain

shuth @ truewealth open day!

Makluman 2 Comments »

Esok , 8 hb November 2008 (sabtu), saya akan berada di “Hari Terbuka Truewealth publishing” di pejabatnya di Dataran Glomac, Kelana Jaya. Saya akan memberikan “talk” berkenaan blog selama 30 minit, iaitu pada pukul 3.00ptg – 3.30 petang.

Selain saya, saudara Eruwan Gerry (Raja Lelong) , Gobala Krishnan, dan Azizi Ali juga akan turut memberikan talk mereka dengan topik-topik yang menarik.

Kepada yang berkesempatan, silalah hadir.

Maklumat lanjut, berkenaan majlis tersebut, anda boleh lawati http://www.millionairesplanet.com/twday.asp

P/s:- Saya masih lagi mencari idea, topik apa yang saya ingin perkatakan pada hari tersebut.. Oh!. Ada sesiapa boleh bagi cadangan?

Rahsia Blogger masuk carta Bestseller!

Makluman 11 Comments »
Carta Bestseller MPH (klik untuk gambar yg lebih besar)

Carta Bestseller MPH (klik untuk gambar yg lebih besar)

Setelah lebih 6 bulan berada di pasaran, minggu lepas, buku “Rahsia Blogger” tiba-tiba masuk carta top 10 best seller bagi kedai buku MPH. Saya pun tidak pasti apakah faktor utama mengapa tiba-tiba ramai pula yang membeli buku ini. Mungkin ramai yang sudah nampak potensi bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan untuk mereka.

5-6 bulan lepas, memang susah juga saya nak jumpa buku ini di MPH, kalau ada pun hanya 1-2 buah sahaja. Tetapi, minggu lepas, apabila saya ke MPH dan menyemak buku ini di dalam katalog komputer mereka, saya dapati MPH ada menyimpan stok sebanyak 20 buah untuk buku judul “Rahsia Blogger” ini.

Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah banyak memberikan sokongan dengan mendapatkan buku ini.

Semoga buku tersebut dapat memberikan anda manfaat dan seterusnya membolehkan anda menjana pendapatan dengan blog anda!

Terima kasih.

Reblog this post [with Zemanta]

Blogger Kini Dalam Bahasa Malaysia

Makluman 3 Comments »

Setelah sekian lama WordPress.com memperkenalkan versi bahasa Malaysia, kini Blogger mengikut dengan memperkenalkan versi Blogger Bahasa Malaysia. Kini anda tidak lagi perlu terpinga-pinga dalam mendapatkan bantuan, kerana kesemuanya disediakan dalam bahasa Malaysia.

Soalan-soalan seperti Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?, Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau sFTP) ke hos web luar saya?, Bagaimana hendak menempatkan AdSense dalam blog saya? semuanya terjawab dalam bahasa kebangsaan kita.

Untuk mula menggunakannya, anda cuma perlu menukar tetapan pada papan pemuka anda dan kesemuanya akan bertukar kepada Bahasa Malaysia. Anda tidak perlu bimbang, kerana ianya adalah Bahasa Malaysia sebenar dan bukannya Bahasa Indonesia atau sebagainya.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in