Jangan cari pasal dengan blogger..

Lawak Rileks 5 Comments »

Blogging Blackmail

Disebabkan blog adalah hak milik persendirian, maka ramai blogger yang seringkali menggunakan blog mereka sebagai tempat untuk melepaskan geram serta menyatakan rasa ketidak puashatian mereka terhadap sesuatu atau seseorang.

Oleh itu, sentiasa kenali rakan-rakan anda atau pelanggan-pelanggan anda… adakah mereka seorang blogger atau tidak?

Jika mereka blogger.. anda juga perlu menjadi blogger untuk mengimbangi “kuasa” mereka.
Jangan memandang rendah dan main-main dengan “kuasa” blog.. kerajaan malaysia sudah ada sedikit pengalaman mengenainya. Oh!

Jujur Menulis Blog..

Lawak Rileks 5 Comments »

”Business

Orang kata… “Fikir dulu sebelum Buang Tekan Butang Publish!”..

Tulis apa yang anda minat…

Lawak Rileks, Tips Blog 5 Comments »

Do What You Love

Saya kira, nasihat ini sudah menjadi terlalu “klise”.  Ramai orang yang berjaya akan menasihatkan anda “Buat apa yang anda suka dan duit akan datang kepada anda”..

Benarkah?

Dalam bidang penulisan blog.. kita akan sering mendengar orang memberikan nasihat yang berbunyi..“Tulislah blog tentang sesuatu topik yang anda minat..  ia akan membantu anda mengekalkan semangat untuk menulis disamping dapat membantu anda dari kekurangan idea untuk menulis blog.. dan kemudian, duit akan datang kepada anda.”

Nasihat ini memang baik, tetapi bagi saya ia masih belum mencukupi..

Ramai orang yang membuat apa yang mereka suka tetapi wang tetap tidak datang kepada mereka.  Penyanyi, pelakon, pelukis komik, mat rempit,  pengumpul dvd, posmen (jangan memain! ada tau orang yang suka menjadi posmen) , penulis sajak dan sebagainya.

Begitu juga dengan penulis blog, anda boleh menulis tentang perkara yang anda minati seperti tentang kucing, moto, kereta, iphone, nasi lemak, rahsia tahi lalat dan sebagainya…  dan wang akan datang kepada anda… err.. betul ke?

Betul! tapi tidak mencukupi…

Satu perkara yang perlu anda lakukan selain “menulis apa yang anda minat”… anda juga perlulah tahu meng”komersial”kannya..  barulah “duit akan terbang melayang” kepada anda.

Jika hanya minat melukis tapi tidak pernah menjualkan hasil lukisannya.. duit takkan datang

Jika hanya minat merempit tapi tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lumba motor.. duit takkan datang

Jika hanya minat menulis blog tetapi tidak bijak me”monetize”kannya.. susah juga duit nak datang..

Monetize =  mendapatkan hasil berupa wang menerusinya

Macam mana nak “monetize” kan blog anda? Silalah dapatkan buku “Rahsia Blogger” di pasaran sekarang… ho! ho! ho!..

Blog di hack? Backup! Backup!

Asas Blog, Lawak Rileks, Tips Blog, Tutorial Blog 6 Comments »

A Deal's a Deal

Uh!.. memang geram rasanya jika blog kita di hack! Lebih perit lagi, jika kita tidak mempunyai sebarang backup untuknya. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, kita perlulah sentiasa membuat backup bagi blog kita. Tetapi malangnya.. hampir 98% pemilik website tidak membuat apa-apa backup untuk website mereka.

Bagaimana membuat backup?

Anda boleh baca artikel dari shuth (ehem.. ehem…) di ruangan artikel wangcyber.com. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Mungkin cara backup tersebut agak panjang dan leceh untuk dilakukan… tapi jangan risau, bagi pemilik blog yang menggunakan perisian wordpress. Ada cara lebih mudah untuk membuat backup blog anda. Gunakanlah plugin “WP-DB-Backup” , dengan plugin ini, database blog anda akan dibackup dengan hanya satu klik sahaja!

Bagaimana nak install plugin?

Mudah jer! Berikut adalah kaedah “standard install plugin” bagi aplikasi wordpress
1 – Download fail plugin tersebut. biasanya dalam format zip
2 – Extract fail plugin tersebut ke dalam komputer anda guna winzip
3 – Upload fail plugin tersebut ke dalam folder “/wp-content/plugins/” guna FTP
4 – Login ke dalam control panel wordpress anda > Klik Plugins > Klik Activate pada plugins yang ingin diaktifkan.

Plugin anda siap dipasang! Selamat mencuba!

P/s:- Ke anda tidak tahu.. apa itu plugin?

Duit Google Adsense! Boleh bayar bil tak?

Buat Duit, Lawak Rileks 13 Comments »

Google KidSense

Yer, saya pasti, ramai yang sudah tahu mengenai google adsense!. iaitu sebuah program pengiklanan berdasarkan kandungan milik google. Dengan google adsense, pemilik-pemilik blog boleh membuat duit dari blog mereka. Ada yang buat baaaaaaaanyak duit dengan google adsense.. dan tidak kurang juga… hanya mampu buat siiiiiiiiiiiikit je duit dengan google adsense.

Jika anda bercadang untuk membuat duit di blog anda melalui program google adsense.. saya berikan anda 2 perkara menarik yang perlu anda tahu..

1) Setakat ini, saya tidak jumpa lagi orang yang buat baaaaanyak duit dari google adsense dengan menggunakan blog berbahasa melayu.

2) Anda perlu buat Baaanyak blog, untuk buat baaanyak duit dari google adsense, SATU blog.. tidak akan mencukupi.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in